Master di NPE Highway Challenge TQ
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 10-September, Sabtu : Hari ini menjadi satu titik sejarah apabila Master telah berjaya menyertai dan menamatkan larian half marathon pertama beliau. Rakaman sejarah ini dicatatkan melalui penyertaan beliau dalam perlumbaan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017, kali ini melalui siri kedua iaitu NPE Highway Challenge dengan jarak 21 kilometer . Kami bergerak dari rumah pada jam 3.30 pagi, singgah di Taman Seri Bangi untuk menjemput kawan Master di sana. Kami bertolak dari Bangi pada jam 4.00 pagi dan sampai di tempat letak kereta Sunway Piramid pada jam lebih kurang 4.30 pagi. Perlumbaan Half Marathon Bermula Perlumbaan bermula di Lebuhraya NPE di hadapan Sunway Piramid pada jam 5.30 pagi. Master mengambil kedudukan di barisan paling belakang untuk elakkan kesesakan. Kebiasaannya para pelumba yang laju gila akan duduk di bahagian hadapan untuk elakkan ke...