Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan-jalan makan angin (travelling)

[t16e17] Tedi @ KL Towerthon

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isi Kandungan: 📊 Rumusan Masa & Peristiwa 🕒 Sampai di kawasan berkumpul jam 5.30 pagi 🏃 Master dipanggil memulakan perlumbaan 🏁 Sampai di TH03 ☁️ Ke Sky Deck Rumusan Kronologi Towerthon 2016 Masa Peristiwa / Aktiviti 04:30 AM Bangun dan bersiap di hotel penginapan. 05:30 AM Tiba di kawasan berkumpul (Pendaftaran). 06:00 AM Solat Subuh & Pelepasan kelompok pertama. 06:45 AM Master dipanggil memulakan perlumbaan. 07:30 AM Tiba di garisan penamat (Tingkat TH03). 12:00 PM Check-out hotel & cari tempat makan. 05:30 PM Selamat tiba di Sepang. Hari Ahad yang lalu ( 15 Mei 2016 ) merupakan hari yang panjang dalam hidup Tedi kerana seharian Tedi menghabiskan masa bersama Master dan Mommy di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) . Pada pagi hari kami sertai KL Towerthon 2016 di Menara tersebut sebelum pada waktu petangnya pula kami menjelajah Menara KL. Towerthon di Menara Ku...

[t16e29] Pasar Kemboja (bangunan) Parit Buntar

Imej
11:30, Pasar Kemboja, Parit Buntar. Hari ini sepatutnya gerak balik ke Sepang, namun seperti biasa Mommy nak kederat (berjalan) pula. Persinggahan jalan-jalan cari pasar Parit Buntar kami kali ini adalah Pasar Kemboja. Hasrat awalnya nak ke Pasar Kemboja yang betul-betul pasar di tepi jalan, tapi apabila tiba sahaja di Permatang Tok Mahat, kami rasa ditipu Waze kerana hanya tiang-tiang khemah yang kelihatan. Tapi Waze ternyata tidak bersalah kerana setelah Master bertanya kepada warga stesen petrol Petronas berdekatan, mereka memaklumkan bahawa waktu operasi Pasar Kemboja Parit Buntar itu adalah sehingga jam 1 petang sahaja, dan hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja. Jadi kami menukar arah ke Gudang Pasar Kemboja atau Bazar Kemboja atau Tedi panggil juga Kompleks Pasar Kemboja kerana destinasi ini adalah di dalam sebuah bangunan kekal. Lokasinya adalah:   Kualiti enam bulan sahaja? Jadi kami ke singgah di Pasar Kemboja yang di dalam bangunan. Orang lokal kata harga di sini mahal ...

[t14c12] Merayau ke Masjid Kampung Baru dan Hospital Pakar al-Islam

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Baru balik dari Kampung Baru Medical Center Harga hospital bersalin area Selangor & KL Itu nama lamanya, nama barunya Hospital Pakar al-Islam . Hospital ni terletak di seberang jalan, menghadap Masjid Jamek Kampung Baru . Tedi pergi ke sana sebab Mommy nak lawat kawan dia yang kematian bayi dalam kandungan, lebih tragis apabila makcik tu hanya menunggu hari untuk bersalin. Insya-Allah, bayi itu akan menjadi wali kepada ibu bapanya di akhirat kelak. Kemeriahan Masjid Jamek Kampung Baru Kami sampai di sana betul-betul ketika azan Isya' berkumandang. Master menuju ke masjid untuk solat berjemaah, manakala Mommy pula terus menuju wad yang berkenaan. Suasana di masjid agak meriah, tak serupa dengan masjid-masjid lain yang Tedi pernah pergi. Masjid lain pun meriah, tapi masjid ni lain macam sedikit. Tak tahu bagaimana Tedi nak kisahkan. Kehilanga...

[t15g12] Iftar, kemalangan, dan KL Raya Fest

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berbuka puasa di Nusaputra Ke Kampung Kenangan Ke PWTC KL Raya Fest Bermula dari Puchong, merayau hingga ke PWTC. Berbuka puasa di Nusaputra neng geulis vs naelofar Kembara kami bermula di Nusaputra kerana memenuhi jemputan berbuka puasa di rumah kawan Master. Pada mulanya Master agak kemalasan kerana agak keletihan, dan sebenarnya Master mahu membereskan projek taman di belakang rumah. Tapi dek kerana memikirkan salah satu hak seorang saudara muslim adalah dipenuhi jemputannya, maka Master pun pergi. Aturcaranya adalah berbuka puasa, kemudian solat Maghrib, solat Isya', tahlil dan solat tarawikh. Kawan Master turut menjempur seorang ustaz untuk imamkan solat tarawikh, dan selepas selesai solat, kawan Master dan kawan-kawannya berbicara soal bekam dengan ustaz tersebut. Master sebenarnya berminat, tetapi pada masa berbuka sebelum itu, kami menerima berita bahawa Pak Long Shah...

[t13i07] Cinta mereka berakhir di Poring

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tidak pernah Tedi sangka bahawa lawatan Tedi ke Poring akan disambut dengan sebuah kisah cinta... Foto ini Tedi ambil selepas selamat mendarat daripada canopy walk di Poring Hot Spring. Ia adalah puisi daripada seorang makcik kepada pakcik yang bernama Sydney Arthur Morrell. Pakcik ini "tidur" ketika lawatan mereka ke kawasan pelancongan ini, tak pasti sama ada beliau "tidur" selepas mendaratkan kaki ke bumi. Tedi syak yang makcik itu akan selalu ke Poring untuk mengimbau kenangan mereka di sana.   You never said I'm leaving You never said goodbye You were gone before I knew it And only God know why A million times I've needed you A million time I've cried If love alone could have saved you You would never have died In life I loves you deadly In death I love you still For in my heart you hold a place That no one else could fill It...

[t16g09] Visit Pengkalan Kubor Free Duty Zone

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tajuk bahasa omputeh tu bagi gempak sikit, bukannya apa, sebab dah banyak kali terjah Pengkalan Kubor ni. Kali ni bawa Tok Mak, Tok Ayah, Mak Ngah dan family, Pak Teh, dan Pak Su dua orang (kembar). Kami semua baru sampai dari Marang, Terengganu semalam. Bermalam di rumah Tok Abah di Wakaf Bharu. Semalam kami beraya di Ketereh kalau tak silap di Kampung Tok Piah , di rumah keluarga seorang staff Tok Ayah di sana. Malam semalam pula kami terjah Wakaf Che Yeh beli permaidani harga MYR 90 (Sembilan puluh Ringgit Malaysia). Hari ni saja ke Pengkalan Kubor, mana tau mereka nak beli coklat di sini. Punyalah sesak Pengkalan Kubor sampaikan kami terpaksa parking kereta hampir 1 kilometer jauhnya disebabkan kami tak mahu beratur cari tempat letak kereta di dalam kawasan bebas cukai ni. Master nak keluarkan duit di mesin ATM BSN di sini yang satu-satunya auto teller machine di kawa...

[t14l04] Temerloh dalam Lensa Tedi

Imej
Temerloh adalah sebuah bandar di Pahang yang terletak berhampiran Felda Sungai Lui Lensa Tedi kali ini merakam beberapa foto di sekitar Dataran Temerloh . Dataran Temerloh ini terletak berhampiran dengan Sungai Pahang yang mahsyur itu. Ikon signboard Temerloh tepi Sungai Pahang yang boleh dilihat dari Dataran Patin Temerloh atau Esplanade Temerloh. # 8, Jalan Semantan 1, 28000 Temerloh, Pahang #  https://goo.gl/maps/BMRpLDjQGrkqvdtb8  # Bandar Temerloh ini jika dirumuskan adalah bandar yang paling dekat dengan Felda Sungai Lui Negeri Sembilan. Felda Sungai Lui adalah kawasan Tanah Rancangan Persekutuan di mana Tokki menjadi pengurusnya pada masa kejadian. Bandar dalam Negeri Sembilan yang tedekat dengan Felda Sungai Lui adalah Bandar Baru Serting yang kemudian ditukar nama kepada Bandar Seri Jempol, tetapi ia bukanlah sebuah bandar walaupun namanya bandar. Jika betul-betul nak ke bandar yang sememangnya bandar, Temerloh yang terletak dalam negeri Pahang adalah pil...

[t16k27] Perabot Kayu di Chatuchak

Imej
Hari ini hari ke-4 kami melancong ke Bangkok dalam Travelog Bangkok T16K . Salah satu aktiviti pada hari ini adalah pergi ke Pasar Minggu Chatuchak (Chatuchak Weekend Market) iaitu katanya pasar terbuka terbesar di Bangkok. Tetapi sempena tajuk kiriman ini, Tedi akan fokuskan kepada gambar perabot kayu yang Tedi perasan di sekitar pasar minggu tersebut. Google StreetView menunjukkan salah satu suasana di sekitar Pasar Minggu Chatuchak Gambar pada jam 14:31 dan bertarikh 27 November 2016 di bawah ini adalah 3 keping gambar yang Tedi sempat ambil semasa kami mengejar teksi untuk pulang ke kawasan hotel setelah membeli-belah dan menjelajah Pasar Minggu Chatuchak di bandaraya Bangkok di negara Thailand . Gambar kerusi bar kayu di depan sebuah kedai perabot di Chatuchak Thailand # 20161127 # Gambar meja bar kayu ini diambil di sebuah kedai di seberang jalan bertentangan dengan Chatuchak JJ Mall . Hajatnya, Mommy berkenan nak tempah perabot seperti ini untuk diletakkan di dapur su...

[t13i04] Misi Tedi: kosongkan memori kamera.

Imej
Misi ini penting untuk kesinambungan misi esok hari Misi apakah itu sehingga memaksa Tedi mengosongkan memori kamera yang selalunya Tedi tak endahkan kerana saiz memorinya 8 Gigabyte itu boleh memuatkan beribu foto? Menjadi kebiasaan juga Tedi baru perasan banyak foto yang menarik untuk dikongsikan seperti gambar bangsal yang menempatkan Meriam Puntung ini. Dalam bangsal ini ada Meriam Puntung yang kisahnya mahsyur di Medan, Indonesia. Kononnya jelmaan seorang putera raja dalam membantu adiknya yang diculik oleh seorang putera raja kerajaan lain. Meriam ini menembak tanpa henti sehingga muncungnya menjadi merah menyala, dan kerana ditakuti meletup kebaboom, meriam ini disimbah air menyebabkannya terputus dua. Muncungnya tercampak ke tempat lain (lupa lak tapi jauh la, di Danau Toba rasanya) dan pangkalnya di sini. Panjang lagi ceritanya jadi Tedi biarkan sahaja sampai di sini, nanti jadi sinetron 200 episod pula, naya je...   Kerana esok Tedi dan Mommy dan Master dan kawan Master d...

T16K30 Tukar Thailand Baht di Malaysia atau Thailand?

Imej
Ketika kami berkira-kira untuk melancong ke negara Thailand yang juga dikenali dengan negara Gajah Putih itu, perkara pertama yang bermain di benak fikiran adalah di manakah harus kami tukarkan matawang Malaysia kepada duit Thailand Baht. Ringgit Malaysia semakin menjunam pada masa itu. Kami terfikir, adakah lebih bagus jika kami tukarkan matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Thailand Baht (THB) di Malaysia, atau sebaliknya? Pengalaman kami ketika melancong ke Vietnam pada suatu masa dahulu mengajar kami adalah lebih baik untuk kami menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada matawang Vietnam di negara Vietnam sahaja. Malahan peniaga Vietnam turut menerima matawang Ringgit Malaysia dalam urusan jual beli. Tapi kini, adakah formula yang sama terpakai untuk matawang Thailand? Lebih-lebih lagi pada saat matawang negara Malaysia jatuh merudum? Tedi mendapatkan beberapa pendapat, di antaranya: Lebih baik tukarkan Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di Malaysia kerana nilainya le...

Surau ar-Raudhah Sri Jerus

Imej
Lalulintas Sesak di Pasir Puteh Setelah lama tersangkut dalam kesesakan lalulintas di Pasir Puteh, kami singgah di sebuah Stesen Minyak CALTEX di pertengahan jalan Seperti yang telah dijangka, kesesakan lalu lintas takkan dapat dielakkan apabila ke Kelantan . Jadi pada hampir jam 6 petang kami singgah di sebuah  stesen minyak CALTEX Malaysia . Untung di sana ada  Surau Ar-Raudhah Sri Jerus . Kami berehat sebentar di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Wakaf Bharu . Gambar surau ar-Raudhah Sri Jerus, Pasir Puteh, Kelantan Tedi dapati Stesen Minyak CALTEX di Kelantan ni memang banyak, seolah-olah menjadi stesen minyak rasmi di Kelantan. Sedangkan di negeri lain, Tedi susah menemukan stesen minyak ini. Adalah menjadi fenomena biasa apabila melalui Lebuhraya Timur Barat , berbondong-bondong  lori CALTEX dalam perjalanan menghantar minyak . Gambar sebuah stesen minyak Caltex di Pasir Puteh, Kelantan Maksud Jerus Wah, susah juga nak cari maksud nama Jeru...

Singgah di TESCO Kuala Selangor

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Jam menunjukkan 8:20 malam. Kami dalam perjalanan ke Sungai Besar, terus gerak dari pejabat Master dan Mummy di Kampung Kerinchi dan Bangsar selepas mereka habis kerja. Kami singgah sebentar di TESCO Kuala Selangor kerana Mommy nak beli kain dalam. Boleh pula beliau terlupa bawa kain dalam... huhu... Selain itu kami singgah solat dan Master mungkin juga mahu minum Nescafe dulu untuk alas perut. Nak makan, Mak Long Ili dah masak katanya, takkan tak makan pula di rumahnya nanti? Kawan-kawan Tedi pada masa ini sudah berada di The Challenger Sport Centre untuk latihan badminton pada malam ini. Tedi ponteng lagi latihan badminton malam ni. Liputan Celcom di sini agak terhad dan sangat perlahan. Selalunya liputan Celcom ini hilang begitu sahaja. Celcom perlu improve perkhidmatan mereka di Kuala Selangor untuk memuaskan hati pelanggan. Tedi nak pub lish kiriman ni pun...

Tak Kuat Pula Line Celcom di AEON Kota Bharu

Imej
Bersusah-payah Tedi publish satu kiriman di AEON Kota Bharu ni tapi masih tak lepas-lepas. Mungkin kerana kiriman tersebut kandungi banyak foto. Gambar AEON Mall Kota Bharu yang terletak di Lembah Sireh dari jauh. # Sunday, 22 May 2016, 12:56 # 20160522 # DSC_3836 # Sony D2533 # Ialah lain padang lain belalang, walaupun AEON Mall ini tetap AEON Mall tapi keberadaannya di dalam negeri Kelantan ini sedikit sebanyak memerlukan adaptasi untuk kekal relevan dengan budaya tempatan. Hal ini menyebabkan Tedi berasa sedikit segar menyaksikan suasana sambil menangkap sebarang gambar yang Tedi rasakan agak unik Contohnya pada beberapa gambar ini. Patung Model Peragaan Pakaian Wanita Memakai Tudung Tedi perhatikanlah patung-patung yang peraga baju atau pakaian wanita di AEON Mall ini kesemuanya dilengkapi tudung kepala. Walaupun baju yang diperagakan tu nampak tidak sesuai dengan kesucian tudung kepala tersebut. hey let's go. Night thinking day dreaming. Couture. t-shirt lengan pan...

Merayau di Pasar Malam Taman Seroja

Imej
Harga buah naga di Pasar Malam Taman Seroja pada 20210111 ialah MYR 12 (dua belas Ringgit Malaysia) per kilogram. # Monday, 11 January 2021, 20:44 # 20210111 # IMG_20210111_204420_HHT # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # 39-17, Jalan Seroja 6, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # RPHH+2V Sepang, Selangor # 20170109: Mencari Buah di Taman Seroja Malam ini Mommy ajak singgah ke Pasar Malam Taman Seroja. Ini adalah malam pertama kami singgah ke pasar malam tersebut pada tahun 2017 ini. Pada mulanya Master macam tak percaya Mommy ajak ke pasar malam yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi tu kerana Mommy kata dia nak diet dan masak makanan sendiri tanpa gula dan garam. Tapi apabila Mommy kata dia nak beli buah-buahan, Master terus membawa kami ke sana. Kali ini kami singgah ke gerai buah-buahan, gerai ikan dan makanan laut, gerai sayur, dan juga gerai makanan. Master beli laksa sebagai santapan pada malam ini. Mommy pula makan roti sahaja. Berikut adala...

Popular