Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _haiwan_

Tapak Sulaiman Bernafas Melalui Apa?

Karangan ini adalah berkenaan cara Tapak Sulaiman bernafas. Hidupan unik ini bukan seperti seekor ikan yang memerlukan insang untuknya bernafas, sebaliknya mereka bernafas melalui kaki . Tapak Sulaiman mempunyai kaki-kaki yang dilengkapi tiub-tiub khas. Tiub ini terdiri daripada tisu-tisu nipis yang membolehkan gas melaluinya dengan mudah. Tiub kaki dan juga papulae (lubang-lubang kecil pada seluruh bahagian badan Tapak Sulaiman) berfungsi mengangkut gas oksigen daripada air laut kepada tisu-tisu, serta mengangkut gas karbon dioksida daripada tisu kembali ke air laut. Papulae pula mempunyai cilia halus (struktur seperti bulu halus) di bahagian luar dan dalam yang membantu menyebarkan air laut di atas tisu. Secara asasnya, boleh dikatakan bahawa pernafasan Tapak Sulaiman berlaku melalui proses endosmosis oksigen dan exosmosis karbon dioksida melalui tisu di tiub kaki mereka yang bertindak sebagai membran separa telap. Apakah itu endosmosis? P...

Kepupusan Pertama Mammalia kerana Perubahan Iklim

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Laporan Alam Sekitar: Kepupusan pertama mamalia akibat perubahan iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia secara langsung. Mamalia Pertama Pupus Angkara Perubahan Iklim Manusia Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini disahkan pupus angkara perubahan iklim dunia. Bramble Cay melomys: Mangsa perubahan suhu dunia akibat kegiatan manusia. Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009. Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil yang mendiami kawasan terpencil. Kali terakhir ia dilihat adalah pada tahun 2009 oleh seorang nelayan profesional. Sejak itu, tiada lagi kelibat haiwan unik ini yang dilaporkan muncul di habitat asalnya. Punca utama kepupusan adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut yang mel...

Dolfin nazak dijadikan bahan berposing...

Imej
Apa kejadahnya sampai tiada hati perut untuk tolong haiwan yang sedang cedera tu? ... Bangga la konon!   Lebih teruk daripada babi? ... Sekumpulan pelancong tanpa perasaan di wilayah Hainan, China, telah membuat keputusan yang membingungkan Tedi apabila mereka menarik seekor ikan lumba-lumba yang cedera keluar dari air dan bergambar dengannya. Bukankah mereka sepatutnya menolong haiwan tersebut? Ikan lumba-lumba itu mungkin cedera akibat berlanggar dengan sebuah bot nelayan, dan kemudian meninggal dunia akibat pendarahan yang berlebihan. Macam mana tak berlebih-lebih keluar darah, sudah cedera, tak dirawat dengan segera. Tindakan para pelancong itu telah menerima kutukan di atas platform media sosial China, Sina Weibo. "Dolphins, sebagai mamalia banyak berkembang, mempunyai IQ hanya sedikit lebih rendah daripada manusia. Tetapi orang-orang dalam gambar-gambar itu lebih teruk daripada babi," tulis seorang pengguna Sina Weibo. ... Ikan Lumba-lumba yang cedera tidak dapa...

Haiwan: Tupai Merah yang kehairanan

Imej
Seekor Tupai Merah menambat hati para penduduk di sebuah kawasan luar bandar apabila ia kehairanan dengan sebuah patung anjing. Tupai ini mungkin kehairanan melihat patung anjing yang kaku tidak bergerak seperti haiwan-haiwan lain.   Ciuman atau cuba menghidu?   Merenung tepat wajah sang "anjing" bagaikan menunggu reaksi.   Melompat-lompat di sekitar "sang anjing" dan berdiri untuk mendapatkan pandangan lebih dekat.   Menunjukkan pelbagai gerakan akrobatik dan bergantung di kepala dan mengintai melalui mulut "sang anjing"   Menjamu selera  setelah penat melakukan pemeriksaan.  

Lemur akan pupus tidak lama lagi jika tiada bantuan tiba.

Imej
Lemur, haiwan primat  yang tinggal di kawasan hutan di tempat-tempat seperti Madagascar, adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia.  Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan, kerana pembalakan berleluasa, perlombongan dan juga  pemburuan.  "Ia adalah lebih mudah untuk menangkap Lemur daripada burung," - ahli primatologi, Tovonanahary Rasolofoharivelo. Jika sesuatu tidak dilakukan tidak lama lagi untuk membantu orang-orang miskin di negara ini mencari jalan lain untuk menyara hidup ini, Lemur akan pupus dalam 20 hingga 25 tahun akan datang, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).  IUCN mendakwa bahawa dengan kira-kira $10 juta, program boleh dirancang bagi penduduk tempatan menjana pendapatan, seperti menanam kacang atau penternakan babi dan ayam, untuk menyediakan pilihan lain kepada aktivit penebangan hutan.   Sumber bacaan Tedi :   Furry lemurs 'could be wip...

[t13f23] Ratapi pemergian rakan

Imej
Selepas bosan melayan kerenah mereka bergaduh menuntut perhatian, pemilik haiwan mungkin terkejut apabila ada haiwan perliharaan mereka meratapi kematian kawan sepermainan. Kanadka terpaksa membiarkan anjing kesayangannya, Mauja, "dimatikan" selepas 2 tahun setengah berperang dengan barah. Kemudian dia mendapati anjing dan kucingnya yang lain mula berperangai aneh, mereka tidur bersama, di tempat Mauja, satu perkara yang tak pernah mereka lakukan. Tedi tengok gambar ni pun dah dapat rasakan kesedihan mereka. Gracy dan Kooky tidur bersama di tempat Mauja yang terpaksa dibunuh kerana menghidap barah. http://www.reddit.com/r/pics/comments/1go0er/i_had_to_put_my_dog_mauja_down_last_saturday_i 20130623

[t13g27] Mati dihempap lembu yang jatuh dari bumbung.

Imej
Nampaknya memang benar ajal maut itu di mana-mana. Kawan-kawan mesti kenal Singa Allah yang bernama Khalid al-Walid R.A . kan? Beliau begitu cintakan mati syahid namun akhirnya mati di atas katil. Medan perang yang penuh kucar-kacir dan bahaya itu tidak menghadirkan maut yang didamba, sebaliknya katil tidurnya yang aman damai, menyaksikan kematiannya. Joao Maria de Souza, 45 tahun mati kerana terlalu lama menunggu rawatan.

Setelah 15-tahun, Unicorn Asia kembali ditemui!

Imej
Haiwan mammalia jarang ditemui berjaya dirakam gambarnya di Vietnam. Menjejak Saola adalah seumpama menjejak Bigfoot , kecuali dalam kes Saola, manusia sedia maklum ia memang wujud. Bigfoot wujud tak? Saola juga dikenali sebagai Unicorn Asian , atau Vu Quang ox , atau Vu Quang bovid  ( Pseudoryx nghetinhensis ). Ox bertanduk panjang ini kelihatan lebih menyerupai seekor Antelop . Ini bagi Tedi tidaklah menghairankan kerana kedua-dua mereka daripada keluarga  Bovidae (walaupun keluarga Antelop masih didebatkan). Gambar haiwan mammalia, Saola, ox bertanduk panjang yang kelihatan lebih menyerupai seekor Antelope, di hutan Vietnam. Ia merupakan salah seekor haiwan yang paling jarang ditemui di muka bumi dan hilang daripada radar penglihatan manusia selama 15 tahun Ditemui pada tahun 1992,  di kawasan pergunungan yang terletak jauh di Laos dan kali terakhir dilihat pada 1998. Imej yang berjaya dirakam kamera perangkap di hutan Vietnam. Kamera seperti ini bia...

Olinguito: spesies mammalia terbaru.

Imej
Spesies mammalia terbaru dijumpai di Benua Amerika dalam tempoh 35 tahun. Kawan-kawan pernah dengar nama Olinguito?   Tedi pun tak pernah dengar. Mula-mula Tedi sangkakan ia nama sejenis spageti dek namanya yang ala-ala Italiano itu.   Rupa-rupanya Olinguito merupakan seekor haiwan berjenis mammalia yang baru sahaja dikenalpasti a.k.a ditemui di Hemisfera Barat Bumi dan lebih tepat lagi di Benua Amerika.   Olinguito ini adalah daripada keluarga Rakun (Raccoon) yang ditemui di Hutan Andean.   Penemuan ini memecah rekod sejarah sebagai penemuan Mammalia pertama di Benua Amerika dalam 3 dekad. Mungkin tak jumpa dah penemuan seperti ini. Dan penemuan ini juga bagi Tedi merupakan penemuan pertama melibatkan haiwan yang masih hidup yang Tedi tahu. Tak tahulah haiwan yang Tedi tak tahu.     Ciri-ciri Olinguito.   Haiwan karnivor a.k.a makan daging (maging). Berbulu kemerahan atau berwarna karat (macam rambut budak perempuan zaman sekarang). Berukuran sepanjan...

[t14b07] 20 Orang Utan dilepaskan ke hutan lindungan Kalimantan Tengah.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tedi menerima khabar gembira mengenai pelepasan 20 ekor Orang Utan di mana 7 ekor daripadanya jantan ke dalam sebuah hutan lindungan Bukit Batikap di Kalimantan Tengah Pembebasan ini dilakukan oleh Yayasan Kesinambungan Orang Utan Borneo ( The Borneo Orangutan Survival Foundation ). Orang Utan di mana? Sejak 2012, sebanyak 140 ekor Orang Utan telah dibebaskan ke habitat semulajadi mereka di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur . Angka itu diberi oleh pakcik Denny Kurniawan yang bertanggungjawab menjadi pengurus kepada Program Pengenalan Orang Utan (Orangutan Reintroduction Program) . Kini Bukit Batikap mempunyai 119 ekor Orang Utan. Pelakon Pulau Orang Utan Orang Utan yang dibebaskan di antaranya bernama Jupiter , Mercury , Reno , Hamlet dan Manisha . Kelima-lima Orang Utan yang Tedi sebutkan tadi adalah pelakon dalam filem Pulau Orang Utan ( Orangutan Island ) yang dit...

[t13j14] Kawan Tedi: Ulat bulu Hello Kitty.

Imej
Watak Hello Kitty yang terkenal juga ada pada alam semula jadi Siapa tak kenal Hello Kitty? Jenama dengan watak kucing pink ini boleh didapati pada banyak produk. Kini seekor kawan Tedi pula menjadi terkenal kerana paras rupanya yang menyerupai watak popular itu. Ulat Bulu Hello Kitty khabarnya telah dijumpai di serata Asia, iaitu benua asalnya Hello Kitty. Ulat Bulu Chinese Bush Brown menyerupai Hello Kitty Mungkin manusia tak kenal siapa sebenarnya Ulat Bulu Hello Kitty tu, maka mereka jadi sangat teruja. Ulat Bulu Hello Kitty sebenarnya adalah daripada spesies rama-rama Chinese Bush Brown. Ini koleksi foto yang dihebohkan orang ramai: Caterpillar in Malay is ulat bulu or beluncas   Sumber coretan Tedi ini adalah daripada: A Caterpillar That People Say Looks Like Hello Kitty. 20131014

Mercey ditikam parang ketika selamatkan tuannya

Imej
Dia setia, gagah dan berani.   Mungkin kita semua pernah mendengar slogan sebegitu terpampang pada logo tentera di Malaysia, namun cerita ini adalah mengenai Mercey.   Mercey ditikam 2 kali menggunakan parang yang hampir meragut nyawanya dalam percubaannya menyelamatkan nyawa tuannya.   Mercey adalah seekor anjing pitbull betina yang telah ditikam parang ketika dia pertahankan tuannya yang diserang 4 lelaki bersenjata dalam satu kes pencerobohan di sebuah kediaman di Edmonton.   Mercey mengalami 2 kecederaan yang boleh meragut nyawa.   Ketika pemiliknya, pegawai polis dan juga pegawai veterinar menyumbang USD$ 1000 (seribu dollar) untuk bil perubatannya, kemudian tampil seorang penderma misteri yang membayar USD$ 1000 untuk menampung keseluruhan bil itu.   Mercey kini dalam proses pemulihan dan mula berjalan sendiri.   4 penjenayah itu pula telah ditahan dan didakwa atas keganasan dan juga kezaliman ke atas haiwan.   Sekali lagi, haiwan dan manusi...

[t23h30] Ikan Tak Gatal

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kali ini Tedi ingin berkongsi dengan anda mengenai "ikan tak gatal". Karangan ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang sejenis ikan yang tidak mempunyai saraf gatal dan bagaimana ia boleh bertahan hidup di alam laut. Ikan tak gatal adalah nama umum bagi ikan dari famili Ophidiidae , yang terdiri daripada lebih 300 spesies . Ikan ini mempunyai bentuk badan yang panjang dan ramping , seperti ular, dan kebanyakan daripada mereka hidup di dasar laut . Ikan tak gatal tidak mempunyai sisik , tetapi kulitnya dilindungi oleh lendir yang mengandungi bahan kimia yang boleh menolak parasit dan bakteria . Ikan tak gatal tidak mempunyai saraf gatal kerana ia tidak perlu menggaru kulitnya untuk menghilangkan parasit atau bakteria . Ia juga tidak perlu bimbang tentang pemangsa yang akan menyerangnya kerana ia boleh menyembunyikan diri di celah-celah batu atau pasir . Ikan tak gat...

[t13j12] Kenapa tikus menyanyi?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Eh, betulkah tikus boleh menyanyi? Kalau menyanyi ala-ala Faizal Tahir tu, tidaklah. Tapi seorang ahli biologi, Brest Pasch mendapati bahawa tikus benar-benar "menyanyi" . Pasch merupakan saintis University of Texas . Hasil kajian itu diperoleh selepas 3 (tiga) tahun dia mengurung, merakam, dan bebaskan tikus. 2 (dua) spesis tikus Costa Rica yang dikajinya membuat bunyi nyaring, berdecit yang kedengaran hampir kepada gabungan bunyi kicauan burung dan bunyi cengkerik , pada julat bunyi yang sungguh tinggi sehingga hampir tidak kedengaran pada telinga manusia . Nyanyian mereka itu adalah untuk memikat calon pasangan dan juga memberi amaran kepada tikus-tikus lain untuk menjauhi kawasan mereka . Ini adalah satu maklumat yang berguna kepada manusia namun mungkin boleh disalahgunakan mereka untuk menyusahkan hidup kawan-kawan Tedi tu.. [ abcnews.go.com - Why Mice Sing: Sex, and to Protect Habitat ] 20131012

[t13g10] Beruang Kutub tolak kapal M/S Expedition keluar dari wilayahnya!

Imej
Padan dengan muka! Kan dah kena halau! Itulah, menyibuk singgah kawasan tak minta izin. Kawan Tedi tu pun nak juga kebebasan, perlukan juga ruang peribadi. "Apa kes ni Tedi?" Alkisahnya, seekor kawan Tedi yang dikenali sebagai Sang Beruang Kutub atau nama omputehnya Polar Bear telah menghalau keluar satu rombongan oleh kapal pengembaraan M/S Expedition yang kononnya hanyut ke kawasan beliau di Kepulauan Svalbard di kawasan Norwegian , di tengah jalan Lautan Arctic di antara Norway dan Kutub Utara. Kejadian ini berlaku bulan lepas, tapi kawan Tedi ni baru je share kisah beliau ini. Almaklumlah, Beruang Kutub pun takde FB. Bukannya apa, bila letak nama Beruang Kutub, Facebook dengan selamba reject dan suruh guna nama sebenar! Nak guna nama apa lagi? Takkan nak letak nama Anuar Zain kot ? Ini semua poyo ! Setelah kapten kapal itu buat tak endah dan melanggar sempadan negara Kesatuan Beruang-beruang Kutub Sedunia , maka kawan Tedi tu dengan selamba beruang telah menolak kap...

Beruang Hitam pecah masuk zoo.

Imej
Selalunya zoo berusaha untuk memastikan haiwan di dalamnya tidak keluar.     Namun sebaliknya bagi seorang penjaga Knoxville Zoo di Tennessee apabila dia menyaksikan seekor Beruang Hitam memanjat tembok 10-kaki sebelum merayau-rayau di dalam zoo itu.   Dia segera memeriksa semua Beruang Hitam dalam zoo itu, dan selepas pasti bahawa Beruang Hitam yang dijumpainya tadi adalah "penceroboh", dia segera mencarinya semula namun tidak ketemu.   Selepas tiada kesan beruang itu dijumpai, pihak zoo berpendapat beruang itu telah blah daripada zoo tersebut.   "Black Bear Falls kelolaan zoo kami adalah di antara terbaik di negara ini, jadi mungkin berita itu sudah tersebar di kalangan masyarakat Beruang Hitam." - Pengarah Eksekutif Knoxville Zoo, Lisa New.   Sumber:  Black bear scales 10-foot fence to visit Knoxville Zoo 20130627

Siapa yang terkejut ni?

Imej
Gambar jelingan maut seekor Ikan Napoleon kepada seorang penyelam   Tak dapat Tedi fikirkan apakah sebenarnya yang bermain di benak fikiran Ikan Napoleon ini? Gambar ini merupakan gambar spontan pelancong bernama Henric Carlstorm yang diambil di terumbu karang Great Barrier Reef di Australia.  "Saya tak nampak dia pun, dan mungkin dia pun tak nampak saya, sebab itulah kami sama-sama terperanjat" - Carlstorm. Ikan Napoleon, juga dikenali sebagai ikan wrasse humphead , adalah sejenis ikan karnivor berwarna cerah yang sering ditemui di terumbu karang di selatan dan tengah Lautan Pasifik. Ikan Napoleon boleh membesar sehingga 8 kaki panjang dan boleh hidup sehingga 30 tahun. Ikan Napoleon ini juga dikatakan mesra dengan manusia. "Ramai tapak menyelam di Great Barrier Reef mempunyai satu atau dua 'tetamu tetap' yang menyukai penyelam dan segera keluar untuk menyambut mereka, sehingga ia menjadi sedikit tarikan," tulis pengguna Reddit lucilletwo. Ikan Napoleon te...

Haiwan: Siput Gergasi Afrika a.k.a Siput Babi Gergasi

Imej
Kandungan: Siput Babi dalam Bahasa Inggeris Siput Babi bernafas melalui apa? Siput Babi makan apa? Siput Babi bertelur Gambar  Siput Gergasi Afrika / Giant African Land Snail Ramai blogger salah faham dengan menyatakan siput ini hanya boleh didapati di Afrika. Kenyataan itu boleh dikatakan silap kerana siput ini telah diberitakan menyerang Miami Florida . Bila Tedi lihat sekali imbas nampak Siput Gergasi Afrika ni macam Siput Babi yang popular di Malaysia? Tedi pun tak pasti kenapa dipanggil Siput Babi? Mungkin sebab dia suka sondol apa ada dalam laluannya tak kira apa jua pun? Setelah Tedi melakukan kajian melalui Google ternyata bahawa Giant African Land Snail ini adalah Siput Babi dengan nama saintifiknya  Achatina fulica . Siput ini adalah siput daratan dan berjalan menggunakan perut dan bernafas menggunakan paru-paru. Siput Babi berasal dari Afrika sebelum dibawa ke India pada kurun ke-20 dan merebak ke benua Asia. Siput Babi dianggap sebagai haiwan p...

[t23b15] Kenapa Siput Babi dipanggil siput babi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kenapa nama Siput Babi Asal-usul nama "siput babi" sebenarnya tidak sepenuhnya jelas, dan terdapat beberapa teori. Menyerupai tubuh babi? Salah satu teori yang umum adalah bahwa siput ini diberi nama "babi" karena bentuk tubuhnya yang gemuk dan bulat, menyerupai tubuh babi. Menyerupai daging babi? Selain itu, terdapat juga teori yang menyebutkan bahwa nama "babi" merujuk pada warna cokelat kemerah-merahan pada kulit siput ini yang mirip dengan warna daging babi. Merosakkan tanaman seperti babi? Namun Tedi dapat merasakan Siput Babi mendapat panggilan babi kerana perbuatan mereka merosakkan tanaman sama seperti babi hutan dan babi liar yang menggali tanah untuk cari akar tanaman ataupun ubi. Tedi berpendapat sedimikian kerana jenis babi yang dekat dalam budaya kaum Melayu adalah babi hutan yang suka menyondol pokok tanaman. Babi ini tidaklah ...

[t12l31] Anak ikan lumba-lumba bermanja dengan penyelam

Imej
Gambar seekor anak ikan lumba-lumba bermain dengan seorang penyelam Kecomelan Ikan Lumba-lumba ( Dolphin ) memang tak boleh dinafikan lagi, walaupun Tedi ternyata lebih cute  berbanding mereka. Apatah lagi anak Ikan Lumba-lumba, pasti mencairkan hati sesiapa sahaja Ini terbukti apabila seorang penyelam telah dirakam aksinya bermain dengan seekor anak Ikan Lumba-lumba. Owh, so cute , so sweet... Mommy.. Tedi nak anak Ikan Lumba-lumba seekor. 31 Disember 2012 20121231

Popular