Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kedah Darul Aman FC

[20210106] Era Baharu DAFC: Pegangan 80 Peratus Saham Bakal Milik Gabungan Go Auto & Flumen Holdings

Imej
Infografik oleh interpretZZ.com ALOR SETAR: Satu lembaran baharu buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila 80 peratus saham Darul Aman FC (DAFC) Sdn. Bhd. bakal diambil alih oleh gabungan dua syarikat tempatan, Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn. Bhd. . Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor , mengesahkan pengambilalihan bernilai RM24 juta ini melibatkan anak jati Kedah yang berpengalaman. Selain menguruskan kelab secara konsesi 5+5 tahun, pelaburan ini turut membawa impak ekonomi besar melalui pembangunan hab teknologi hijau dan industri pertahanan di Sungai Petani yang dijangka menjana RM1.5 bilion pelaburan dan 8,000 peluang pekerjaan. 📂 Arkib Sumber Berita (Salinan Penuh) ALOR SETAR: Dua buah syarikat akan bergabung bagi membeli 80 peratus saham Darul Aman FC (DAFC) Sdn. Bhd. yang juga pemegang hak ke atas pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) . Pegangan saham itu bakal bertukar tangan daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah ...

Alves Kekal Setia Dengan Hijau Kuning: Teka-Teki Import Pertahanan Terjawab

Alves Kekal Setia Dengan Hijau Kuning: Teka-Teki Import Pertahanan Terjawab ALOR SETAR – Kedudukan Renan Alves sebagai tonggak pertahanan import Kedah yang mencetuskan persoalan sebelum ini akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan kekal bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi saingan Liga Malaysia musim 2021. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pemain berusia 28 tahun asal Brazil itu menerusi laman Facebook miliknya, sekali gus melenyapkan spekulasi yang bertebaran selama ini. "Saya gembira dapat menyambung kontrak dan berharap tahun ini adalah tahun yang diberkati Tuhan." 💚💛🦅 — Renan Alves Melengkapkan Kuota Import 2021 Sebelum ini, peminat tegar Hijau Kuning tertanya-tanya mengenai status Alves selepas hanya dua pemain import, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche , diumumkan kekal sejak Disember lalu. Senarai Import KDA FC Musim 2021: Renan Alves (Brazil) - Pertahanan (Kekal) Kpah Sherman (Liberia) - Penyerang (Kekal) Kipre Tchetche (Ivory Coast) - Penyerang ...

[t20l24] Kedah tagih pengalaman Khairul Azman

ALOR SETAR: Kehadiran legenda penjaga gawang negara, Khairul Azman Mohamed diharap dapat membantu menjadikan penjaga gol Kedah lebih tangkas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilantik menjadi jurulatih penjaga gol skuad Lang Merah bagi menggantikan Mohd Effendy Kamsah dan sudah mula menjalankan tugas, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Khamal Idris Ali, berkata skuad Kedah kini lebih fokus melakukan penambahbaikan dalam membentuk pasukan yang mantap di semua posisi. "Selamat datang legenda penjaga gol Khairul Azman ke Kedah. Kemasukan beliau satu strategi terbaru kerana kita mahu melakukan penambahbaikan dari semua aspek, termasuk kejurulatihan pada musim depan berbanding musim sebelum ini." "Berdasarkan pengalamannya, saya rasa kita akan dapat mendapat manfaat dalam memperkukuhkan pasukan terutama di benteng terakhir," katanya. Khamal juga meluahkan rasa syukur kerana usa...

[t20l24] Kedah Darul Aman FC tampilkan pasukan paling mantap

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah melengkapkan 99 peratus dalam melengkapkan sebuah pasukan bagi menghadapi beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan. Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, KDA FC bakal menjadi salah sebuah pasukan paling mantap dalam persediaan menghadapi pertarungan yang lebih mencabar tahun 2021. Menurutnya, pasukan itu hampir melengkapkan barisan pemain dan kejurulatihan serta persiapan kewangan. Katanya, pada masa sama, pihaknya juga melakukan persiapan bersungguh-sungguh dalam mengikuti ketetapan yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Insya-Allah pasukan Kedah akan menjadi pasukan paling mantap dan terbaik pada saingan musim hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kongres Tahunan KFA Kali Ke-45 di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Kedah akan membuka tirai cabaran Liga M berentap dengan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan merebut Piala Sumba...

[t22l07] Nafuzi tekad julang Kedah Darul Aman FC

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alor Setar : Ketua jurulatih baharu Sang Kenari , Nafuzi Zain mahu terus pandang ke depan bagi mengorak langkah baharunya bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Sebaik diumumkan sebagai pengendali Sang Kenari, Nafuzi yang turut terkenal sebagai arkitek pembangunan pemain muda berkata, potensi besar bakat muda yang ada di Kedah turut menjadi tumpuan utamanya. "Saya tahu cabaran besar dihadapi musim depan dan kita perlukan kombinasi terbaik pemain dalam usaha menyiapkan pasukan yang dahagakan kemenangan." "Sebagai jurulatih saya tahu hanya kemenangan akan memberi kita 'jalan' kepada penyokong dan kelab. Saya mahu hadir ke sini sebagai pemenang serta berazam melaksanakan tugas dengan terbaik pada setiap perlawanan. "Saya berterimakasih kepada pihak pengurusan KDA FC yang memberi sepenuh kepercayaa...

[t24c24] Jumlah pemain import KDA FC masih jadi tanda tanya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih berteka-teki mengenai jumlah keseluruhan pemain importnya bagi menghadapi saingan yang dijangka mencabar dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2024/2025 ini. Selepas dua minggu memulakan latihan, penantian utama sudah pasti terarah kepada jumlah keseluruhan pemain import yang akan digunakan Sang Kenari selepas mengumumkan dua pemain import iaitu Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan dan yang terkini bekas pemain Terengganu FC (TFC),  Sony Norde . Menurut Ketua Jurulatih KDA FC,  Nafuzi Zain , baki kesemua import sudah dipastikan bersama pasukan pada musim ini, dan kini hanya menunggu masa untuk tiba dalam tempoh terdekat ini. "Mengenai baki pemain-pemain import pasukan, selepas ini akan ada lagi pemain-pemain lain selain Nurullaev dan Sony Norde yang telah diumumkan menyertai pasukan. "Ini termasuk beberapa pemain import...

[t24c25] Habib, Nafuzi bersatu di Kedah Darul Aman FC

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ ALOR SETAR: Desas-desus mengenai hala tuju pemain import Habib Haroon musim ini akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Pengumuman kemasukan pemain yang beraksi bersama Terengganu FC (TFC) pada musim lalu itu dibuat media rasmi KDA FC sebentar tadi sekali gus menyaksikan Habib menjadi pemain import ketiga skuad kendalian Nafuzi Zain. Dua pemain import yang sudah dimuktamadkan Sang Kenari sebelum ini ialah pemain sayap Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan dan Sony Norde dari Haiti. "KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali di Liga M ketika bersama Terengganu FC dan aksi beliau di Liga Malaysia musim lepas menarik perhatian pengurusan untuk diikat bergandingan dengan pemain berpengalaman lain. "Pemain berusia 23 tahun ini memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari...

[t22j01] Kedah tersungkur di Darul Aman: Kedah 0 - 1 PJ City

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Harapan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk meraih tiga mata ke atas Petaling Jaya City FC pada aksi Liga Super 2022 musnah apabila tewas 0-1 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu. Jaringan tunggal R Ruventhiran pada minit ke-69 cukup buat pelawat meraih kemenangan yang sebelum itu turut memperoleh beberapa peluang namun percubaan gagal menerjah gawang gol tuan rumah. Gol tersebut berpunca daripada serangan balas PJ City yang dilakukan oleh Mahali Jasuli yang kemudiannya menghantar bola tersebut dari sebelah tepi sebelum disambar Ruventhiran untuk menjaringkan gol. Kemenangan PJ City itu menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut yang diraih oleh KDA FC sebelum ini. Pada minit ke-44, pelawat juga memperoleh peluang terbaik untuk berada di hadapan namun tandukan Shivan Pillay sekadar tersasar di tepi tiang gol KDA FC. Sang Kenari juga mempunyai peluang pada minit ke-61 den...

[t23b19] Bin Zayed penaja utama Kedah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan:  Bin Zayed penaja utama Kedah ,  Siapakah Bin Zayed International? Bin Zayed penaja utama Kedah KEDAH  Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023. Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini. "Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia. "Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa KDA FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini dan piala itu sat...

T17E27 Asnan perkuat bahagian tengah Hijau Kuning

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengikat bekas pemain tengah Terengganu FC (TFC) , Asnan Ahmad bagi memperkukuhkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Piala AFC dan baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. KDA FC dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan pemain berusia 28 tahun dan merupakan anak jati Kedah itu menjadi pemain pertama menyertai skuad Lang Merah pada tempoh perpindahan pertengahan musim ini. “Selamat datang diucapkan kepada pemain tengah, Asnan Ahmad yang kini bersama Kedah Darul Aman FC. Bagai sirih pulang ke gagang , beliau juga pernah berbakti bersama pasukan Kedah B-21 (Piala Presiden Kedah) sekitar 2013 . Bagai sirih pulang ke gagang : peribahasa Melayu yang bermaksud " kembali ke asalnya ". Dalam konteks berita ini peribahasa ini lebih bermaksud pemain itu kembali ke tempat kelahirannya dan boleh juga bermaksud pem...

T21E31 Misi Asnan Ahmad pikat hati Aidil Sharin

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sekali baca ingatkan ada jururawat yang telah memikat hati jurulatih Kedah si Aidil Sharin, rupa-rupanya berita ini mengenai Asnan Ahmad yang ada misi untuk menarik perhatian jurulatih Kedah itu agar memberinya peluang untuk bermain dalam kesebelasan pemain utama Kedah. Jangan risaulah Asnan Ahmad, jurulatih Kedah yang kami kenali itu bukanlah seseorang yang suka simpan pemain sebaliknya dia suka mencuba barisan pemain beliau.   Misi pikat hati Aidil Sharin Kuala Lumpur: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC , Asnan Ahmad perlu bekerja lebih keras untuk bersaing merebut tempat selepas berhijrah daripada Terengganu FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia 2021 baru-baru ini. Asnan mengakui teruja apabila kembali ke negeri kelahirannya selepas kali terakhir beraksi di Kedah ketika Piala Presiden pada tahun 2013, namun memberi bayangan ia bukan mudah untuk me...

T21E17 Kedah mula congak persiapan ke Piala AFC

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak mula mencongak perancangan bagi menghadapi saingan Piala AFC bermula 29 Jun depan. Mengakui pasukannya mempunyai tempoh masa mencukupi untuk mempersiapkan diri, Aidil bagaimanapun menganggap perkara paling utama adalah memastikan semua pemain bebas dari kecederaan. "Kita akan kembali berlatih pada Jumaat ini dan banyak perbincangan akan dilakukan nanti untuk kita perbaiki semua kelemahan. Kita akan menggandakan sesi latihan bagi kekalkan tahap kecergasan fizikal pemain. Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjalani latihan di Stadium Darul Aman pada 8 Mei lalu. - Foto ihsan Facebook KDA FC. # 20210508 # 1621341510956447350675.jpg # "Sekarang saya akan merancang beberapa aksi persahabatan yang kita boleh lakukan dan semuanya akan kita pantau juga dengan situasi PKP (Perintah Kawalan Perge...

UE05 Kedah Darul Aman 0 - 1 JDT, Liga Super Malaysia

Imej
Erm, apa nak kata. Kalah tapi tidaklah kecewa sangat, sebab Kedah bermain baik. Boleh kata tiada tuah. Gambar kedudukan Liga Super Malaysia pada 20210508 jam 10:44 pagi Aidil kecewa Kedah keciciran mata saat akhir ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) , Aidil Sharin Sahak kecewa jaringan saat akhir Johor Darul Ta'zim (JDT) menyebabkan skuad bimbingannya tewas 0-1 sekali gus kehilangan mata pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi. ALOR SETAR 04 MAY 2021. Pemain Kedah, Mohd Rizal Ghazali (tengah) diasak pemain JDT,Gonzalo Gabriel Cabrera Giordano (kanan) dalam perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman. STR/LUQMAN HAKIM ZUBIR # Tuesday, 4 May 2021, 10:27 # 20210504 # KEDAH_VS_JDT_1620194230.jpg # Canon EOS-1D X # Sepakan penalti Bergson da Silva pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan skuad Harimau Selatan mengatasi Lang Merah selepas Mohamadou Sumareh dijatuhkan pertahanan Renan Alves dalam kotak penalti. Gol minit tera...

Melaka United 1 - 3 Kedah Darul Aman, Liga Super Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Wow, selepas membuat kebangkitan membenam KL City 3 - 2, kali ini Kedah menjaringkan 3 biji gol lagi apabila menewaskan Melaka United 1 - 3 di Stadium Hang Jebat. Permainan kali ini agak membosankan. Debaran terasa kerana penjaga gol Kedah nampak kurang fokus dan asyik melakukan kesilapan, nasib baik kesilapannya tidak mengundang kekalahan. Gol kapten Baddrol Bakhtiar paling menarik apabila menggegarkan bahagian dalam palang sebelum melintasi garisan gol dan ditangkap penjaga gol. Jika pengadil tak perasan mungkin dia akan kata tak gol. Paling menggembirakan apabila KL City berjaya mengikat JDT dengan keputusan 1 - 1 sekaligus membenarkan Kedah merapatkan kedudukan. Berita berkaitan adalah:  KDA teruskan rentak cemerlang Gambar kedudukan Kedah Darul Aman FC yang berada di tangga ke-2 Liga Super Malaysia dijarakkan 1 mata dari pendahulu liga, JDT. # Club | Collections | Discov...

Kedah 3 - 2 KL City

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ . Perlawanan yang sungguh epik! Sebaik sahaja sampai ke rumah selepas  makan colek di Kedai Makan Nasi Kerabu Aini , Master gelisah melihatkan Kedah Darul Aman FC ketinggalan 0-1 (minit 50). Kemudian Kedah berjaya samakan kedudukan 1-1 (minit 71) menerusi permainan cantik Kipre dan Fayadh, sebelum KL City kembali mendahului 1-2 menerusi sepakan sudut (minit 79). Lama juga Kedah mengekori dan Mummy pula mula mengejek Kedah kalah. Tetapi usaha pasukan Kedah yang tidak jemu menyerang akhirnya membuahkan hasil apabila mereka samakan kedudukan 2-2 (minit 93), dan kemudian jaringkan gol kemenangan 1 minit sebelum tamat permainan (minit 96). Senarai penjaring gol dan kedudukan Kedah dalam Liga Super Malaysia selepas habis perlawanan pada 20210424.   Aidil Kagum Kebangkitan Pemain Bukan ketua jurulatih Kedah sahaja kagum malahan mana-mana peminat bola sepak patut kagum dengan sem...

Aiman Afif puas berguru dengan Baddrol

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Para penyokong ni asyik nak hentam sahaja legenda hidup Kedah ni. Apa mereka fikir tugas kapten hanya di atas padang? Tengok kapten juga berjasa kepada para pemain muda. Mereka yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman. Tetapi walaubagaimanapun ternyata Baddrol Bakhtiar tidak melatah dan memberikan jawapan dengan cara yang sesuai sebagai seorang kapten .   Aiman Afif puas berguru dengan Baddrol Alor Setar: Tunjuk ajar oleh kapten Kedah Baddrol Bakhtiar menjadi panduan dan dorongan berguna buat pemain muda posisi tengah Mohd Aiman Afif Md Afizul dalam meningkatkan prestasinya bersama skuad Hijau Kuning untuk aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Aiman yang beraksi cemerlang dengan rekod tujuh gol ketika mewakili Malaysia dalam saingan kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 dua tahun lalu berkata, ilmu yang dia peroleh daripada pemain senior dan legenda ...

Sentuhan Azamuddin Akil tetap berbisa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alor Setar : Hantaran cantik yang dihasilkan pemain berpengalaman Azamuddin Akil atau Alex untuk membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menghasilkan gol mampu menjadi senjata tersembunyi buat skuad Hijau Kuning pada perlawanan Liga Super menentang UiTM FC Sabtu ini. Dia yang juga bekas pemain kebangsaan dilihat masih menyengat dan tonggak gantian berbisa yang kerap menjadi pilihan ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak untuk menambah kekuatan serangan buat Kedah. Dua hantaran cantik bagi membantu menghasilkan gol yang dilakukan pemain senior berusia 35 tahun ini sewaktu perlawanan KDA FC menentang Penang FC dan PJ City lalu ternyata membuahkan hasil yang dinantikan. Menurut wakil jurucakap Kelab Hijau Kuning Fans Club (HKFC) Mohd Firdaus Azid, corak permainan Alex kini dilihat semakin meningkat serta berjaya membuktikan kemampuan sebagai seorang pemain 'supersub' y...

Nelson laung kata semangat buat Baddrol

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alor Setar : Legenda 'double treble' Kedah, Nelson San Martin tampil melaungkan ucapan sokongan dan semangat buat kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Baddrol Bakhtiar yang sebelum ini dikritik segelintir penyokong berkaitan prestasi semasa. Kritikan yang dipaparkan di media sosial terhadap prestasi semasa Baddrol beberapa hari lalu menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang kebanyakan penyokong Kedah yang masih menghargai usaha serta sumbangan besar yang dicurahkan Baddrol dalam arena bola sepak di Malaysia dan Kedah selama ini. NELSON (kiri) dan Baddrol ketika sama-sama berganding untuk membantu Kedah meraih kejayaan ‘double treble’. FOTO Ihsan Nelson Sam Martin Nelson yang juga bekas ketua jurulatih Langkawi City FC (LCFC) pada musim 2020 dan rakan seperjuangan Baddrol musim 2006 hingga 2008 itu memuat naik ucapan motivasi dan keyakinannya di media sosial khusus ...

Kedah teruskan latihan tertutup

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Alor Setar: Pasukan bola sepak Kedah meneruskan latihan tanpa bersentuhan di kawasan tertutup, susulan negeri itu kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 13 hingga 26 Januari. Menurut laman rasmi Facebook Kedah Darul Aman FC (KDA FC), kebenaran untuk terus berlatih sepanjang PKPB cukup melegakan pihak pengurusan bagi menjaga momentum kecergasan pemain, selepas tiga minggu melakukan persiapan pramusim menjelang bermulanya musim 2021. "Latihan (petang semalam) diadakan selepas arahan kebenaran berlatih dikeluarkan oleh Liga Bola sepak Malaysia (MFL), meliputi prosedur operasi standarad (SOP) ketat melalui kebenaran Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Keselamatan Negara," katanya. Sebelum ini kapten pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar dilaporkan berkata pemain skuad Hijau Kuning itu masih mencari keserasian gandingan pemain baharu...

Anumanthan teruja sertai KDA FC

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ BEKAS pertahanan Hougang United FC, M Anumanthan, 26, menyasarkan untuk membantu Kedah Darul Aman (KDA) FC meraih piala di Liga Malaysia 2021. Beliau mula turun berlatih bersama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak buat pertama kali di Padang Latihan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Alor Setar pada Jumaat. Pemain kebangsaan Singapura yang mampu beraksi di posisi tengah dan pertahanan itu menyifatkan penglibatannya beraksi bersama pasukan yang besar seperti KDA FC itu sebagai penghargaan buat dirinya. "Saya rasa teruja kerana diterima untuk bermain bersama sebuah pasukan yang besar seperti Kedah dan akan memberikan yang terbaik kepada pasukan ini. "Saya hadir untuk mendapatkan cabaran baru di Liga Malaysia. Sasaran saya sudah tentu meraih pelbagai piala bersama KDA FC," katanya yang ditemui sebelum menyertai latihan. Anumanthan yang lebih dikenali seb...

Popular