Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201705

Ujian Pendengaran dan Mata Bayi Aina

Imej
Akhirnya selesai juga ujian pendengaran dan ujian mata bayi Aina dalam dua hari berturut-turut. Ujian Pendengaran Bayi Ujian pendengaran bayi dilakukan di Hospital Bersalin Berisiko Rendah Precint 8 di Putrajaya pada 4 Mei 2017. Tampaknya bangunan Hospital Bersalin Berisiko Rendah ni adalah blok perumahan kakitangan kerajaan yang ditukar fungsinya menjadi sebuah hospital. Kena mendaftar dulu di unit hasil dengan bayaran sebanyak RM 5 bagi rakyat Malaysia, sebelum dihantar ke Unit Ujian Pendengaran di tingkat 2. Pastikan anda membawa buku merah bayi dan juga kad kesihatan bayi. Sebelum dibenarkan naik ke tingkat 2, kami perlu mendaftar dahulu dengan pengawal keselamatan di bawah. Anak Gagal Ujian Pendengaran Bayi Aina gagal dalam ujian pendengaran tersebut di mana ujian dilakukan dengan meletakkan satu alat di telinga dan kepala bayi. Bayi harus tidur nyenyak semasa ujian dilakukan. Doktor kata mungkin bayi Aina ni gagal sebab dia selsema. Kami habis dalam jam 10 lebih di mana ka...

Komen telefon OPPO R9s

Imej
Hari ini Tedi nak kaji sikit pasal telefon pintar OPPO R9s sebab Mommy berkira-kira nak beli telefon tersebut. OPPO R9s secara umumnya telah diberi penilaian 8.2. Kelebihan Oppo R9s Melalui kajian Tedi telefon OPPO R9s ini adalah telefon pintar dengan kamera terbaik untuk telefon yang seharga dengannya. Jadi jika kalian hanya mahukan prestasi kamera maka bolehlah sambar telefon ini dengan pesanan jangan pedulikan kelemahan lain, atau boleh beli telefon lebih mahal untuk kamera sebagus OPPO R9s ni. Oppo R9s menggunakan teknologi caj super pantas VOOC menyebabkan ia boleh dicaj 75% hanya dalam 30 minit! Baterinya juga mengkagumkan kerana tahan lebih lama. OPPO R9s juga gunakan rekaan nipis dan ringan. Ia juga ada paparan menarik selain sokongan dual-SIM. Ia mempunyai ruang 64GB dan sokong SD mikro tambahan, malangnya SD mikro tambahan ini akan gunakan slot SIM 2. Kelemahan telefon OPPO R9s Kelemahan OPPR R9s adalah ia menggunakan rekaan dan perisian yang ditiru. Perisiannya sedik...

[T17E12] Carik-Carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum Juga

Imej
Kandungan:  Prakata  |  Maksud Peribahasa  |  Contoh ayat  |  Bulu ayam mewakili keluarga  |  Peribahasa sama maksud, sinonim |  Apakah maksud perkataan "carik"?  |  Jika dicarik, bagaimana boleh bulu ayam bercantum semula?  |  Gambar Bulu Ayam Dicarik-carik  |  Bukan "cari-cari bulu ayam"  |  Penjodoh bilangan bulu ayam  |  Idea menulis karangan Prakata Tadi Mommy bertanya bagaimanakah rupanya bulu ayam dicarik-carik itu? Tedi akan huraikan satu-persatu tentang peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga tersebut mengikut pemahaman Tedi. Jika anda memerlukan pemahaman lanjut sila bertanya kepada para professor atau pakar bahasa. Ada juga yang menulis peribahasa ni sebagai carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua . Tedi tak pernah kaji pula jika perkataan  juga dan  jua adalah sama maksudnya. Tedi rasa memang macam tu, mungkin ejaan jua tu adalah bahasa la...

[t17e22] Singgah di PumpOnTheGo Putrajaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Barangan yang Mummy beli di PumpOnTheGo Putrajaya untuk penyusuan badan buat si Aina. # ARIA # For MOM # jumpent # KENAPA susu SAYA SIKIT # Now Thinking for Baby # Malish # Mini d # 1 YEAR # Cardree # Malish # DISPOSABLE BREAST PADS # CIKOU SUSU # SAFER # ARIA # ELECTRIC BREAST PUM # stimulates and expresses # RM # MeMam # MaMom # 25 # Sok 150w # Breast Milk # Nursing Bra # Moulded o Sup Comfort Excellent Fit Stylish Design # # Monday, 22 May 2017, 21:54 # Sony D2533 # DSC_8706 # 20170522 # Rumah BBST Sepang # ~20170522~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t17e03] Pesan dalam Diamku

Imej
Pedih hatiku, hilang suaraku Mengapakah begini? Rasa kerdilnya diri Ku yakin ia tidak harus sesekali begini. Sumber gambar: http://www.anasmara.com/2010/07/pesan-tanpa-kata-kata.html   Tatkala dia mengungkapkan, kekusutan, dalam jiwanya, Aku hanya mampu mendengar, Menunduk bisu Berulangkali dia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku hanya menadah telinga, Tunduk membisu. Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman" , Bersabarlah dengan ujian, Cuma bergema di hati. Matanya berkaca Menambah sebak di dada, Aku tidak membantu, Lidah kelu bak ditambat rapi Membatu, bisu, itu reaksi diriku. Pedih hatiku, hilang suaraku Mengapa begini? Rasa kerdilnya diri, tiada diriku berguna, Tiada makna hidup di bumi ini, [2:09] Dia bertanya lagi Kenapa kau tak membantuku? Tidakkah kau mahu melihat temanmu bahagia? Kenapa kau hanya diam? Inikah peranan seorang teman? Kata-katanya menghiris hati, tapi perlu ku akui Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman" , Bersab...

[T18E27] Motosikal Merah untuk Aina

Imej
Mommy belikan Nor Aina motosikal elektrik berwarna merah. Motosikal ini Mommy pesan melalui kawannya yang tinggal di Ampang. Kami ambil motosikal elektrik merah ini dari Ampang pada hari Ahad lepas. Sepatutnya ambil di rumah kawan Mommy tu tapi disebabkan ada masalah komunikasi, kami sampai di rumah beliau ketika beliau sedang membeli-belah di pasaraya Sogo Kuala Lumpur. Akhirnya kami berjumpa di Tesco Extra Ampang sahaja di mana Mommy sempat membelek-belek beberapa periuk tekanan (pressure cooker) berjenama Philips yang ada promosi sekitar RM 600. Pada 24 Mei 2018, barulah Master memasang motosikal tersebut. Ia menggunakan bateri yang boleh dicaj semula. Bahagian paling sukar adalah semasa pasang sendiri (DIY) tayar hadapan kerana tidak gunakan skru sebaliknya seperti rivet di mana kita perlu ketuk besi kepada axel supaya terkunci. Apabila siap barulah diketahui bahawa motosikal mainan ni bukanlah motosikal kawalan jauh. Ada pendikit untuk dipijak dan ada butang untuk maju atau mundur...

T17E14 Towerthon Menara KL

Hari Ahad, 20170514 yang lalu Mommy dan Master telah memanjat 2058 anak tangga Menara KL melalui event Towerthon 2017. Ini adalah kali kedua mereka sertai perlumbaan panjat tangga tersebut setelah pertama kali menyertainya pada tahun 2016. Jika pada tahun lepas kami menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kali ini kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.00 pagi dan sampai di Menara KL sekitar jam 5.00 pagi. Terima kasih kepada Mak Lang dan Pak Lang dan Adam Irfan yang sudi menginap di rumah kami demi menjaga Aina yang kami tinggalkan. Tak sanggup bawa Aina bersama ke sana dan tak sanggup pula bawa dia menginap di hotel. Sampai sahaja di tapak mula perlumbaan, kumpulan Master iaitu Wave 5 telah dipanggil. Waktu itu mungkin jam 5.30 di mana waktu Subuh belum masuk. Master dan seorang rakannya yang pertama kali menyertai Menara KL International Towerthon memulakan pendakian. Perlumbaan dimulakan dengan para peserta dilepaskan 5 orang setiap 30 saat, berbeza dengan tahun lepas di man...

Kenapa Bayi Sedu?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Secara tiba-tiba sahaja bayi boleh sedu tidak berhenti-henti. Hal bayi sedu ini boleh juga menggusarkan sehingga kita pun tertanya-tanya kenapa bayi sedu? Orang tua-tua kata bayi sedu adalah kerana bayi nak membesar. Ada juga yang kata punca kenapa bayi sedu adalah kerana kekurangan air. Tedi saja nak cari kenapa seorang bayi manusia boleh tiba-tiba sedu? Jawapan kenapa bayi sedu? Terlebih makan adalah penyebab biasa berlakunya sedu. Jika perut kembang terlalu cepat atau menjadi terlalu penuh, ini boleh mencetuskan otot diafragma menjadi kejang.  Apabila menyusu badan, cuba perlahankan penyusuan dan berhenti dan sendawakan bayi apabila anda beralih dari satu payudara kepada payudara yang lain. Tapi bukan semua sedu disebabkan oleh terlebih makan. Ia boleh juga disebabkan oleh ransangan dan juga rengsaan pada otot diafragma bayi. ~20170520~ jika kiriman ini bermanfaat...

Aina 3 bulan 6 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Gambar Aina dan Adam Irfan, anak mak lang Yan. Ketika ini Aina dijaga oleh mak lang ketika Mummy dan Master bekerja. Umur Aina ialah 3 bulan 6 hari. # IMG-20170526-WA0049.jpg # 20170526 #

Aina 3 bulan 1 hari

Imej
Mesin Kopi di Meja Kawan Master Gambar sebuah mesin kopi di atas meja kawan sepejabat Master di tingkat 6 di sebuah bangunan di Bangsar South. Meja Master hanya kelihatan sebahagian sahaja. Pada dinding ditampal Kanban board. 2 bilik yang di depan tu akhirnya dipecahkan untuk dapatkan lebih ruang. Tahun 2017 adalah tahun terakhir Master di sini sebelum berpindah ke anak syarikat. # Sunday, 21 May 2017, 13:30 # IMG_20170521_133003.jpg # Dirakam dengan telefon pintar HUAWEI H30-U10 # 8, Avenue 5, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia # Suasana di Luar Rumah Gambar suasana di hadapan rumah kami ketika Aina berumur 3 bulan 1 hari. # Sunday, 21 May 2017, 17:53 # 20170521 # DSC_8645.JPG # Sony D2533 # Alat Perapian Diri untuk Bayi Alatan penjagaan bayi buat Aina seperti ketip kuku, gunting, pengasah kuku berjenama Flower Baby dan Pureen (harga RM 8.90). Katanya tahan lasak, tidak beracun, dan selamat untuk bayi. Umur Aina pada masa ini ial...

Enfalac A+ Rumusan Khas di Tesco Nilai

Imej
Sekarang Tedi ikut Master beratur di Tesco Bandar Baru Nilai nak bayar barang yang kami beli di sini. Tedi kadangkala keliru sama ada Tesco ni Tesco Bandar Baru Nilai atau Tesco Putra Nilai? Tak kisahlah. Kami ke sini kerana membeli susu Rumusan Khas Enfalac A+ Post Discharge untuk bayi Aina. Susu formula ini dirumus khusus untuk bayi pra matang atau bayi tidak cukup bulan. Berat satu tin ialah 900 gram dan harganya ialah RM 132 (satu ratus dan tiga puluh dua Ringgit Malaysia) lebih kurang. Susu ini dipilih untuk berikan bayi Aina zat yang diperlukan oleh seorang bayi yang tidak cukup bulan sepertinya. Apa-apa pun susu terbaik sudah tentunya susu ibu. Susu formula khas Enfalac A+ ini juga dipilih sebab bayi Aina sesuai dengannya. Tapi tak lama kot bagi Aina susu ni sebab harganya tu mahal juga. Sebulan mungkin 3 tin susu ni diperlukan untuk menyusu Aina. Kami beli di Tesco Nilai ni sebab di sini sahaja susu ini boleh didapati selain di Giant Nilai. Masalahnya di Giant Nilai ...

Bolehkah bayi minum air?

Langkah terbaik adalah untuk elakkan pemberian air kepada bayi sebelum umur bayi berusia 6 bulan. Ketika fasa 6 bulan pertama susu badan ibu atau susu formula adalah mencukupi untuk bayi kekal sihat. Kita elakkan pemberian air kerana ia akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan akan sebabkan bayi kekurangan zat. Ahli pediatrik juga berjaga-jaga tentang pemberian air kerana pemberian air yang terlalu banyak akan sebabkan buah pinggang bayi singkirkan sodium dan elektrolit menyebabkan bayi kekurangan garam. Jika serius ia akan menyebabkan bayi diserang sawan. Walaupun pada hari panas bayi masih tidak perlukan air, susu badan dan susu formula masih cukup untuk bantu bayi kekal terhidrat. Walau bagaimana pun jika bayi constipated, ahli pediatrik mungkin akan cadangkan pemberian air sebanyak 2 aun setiap hari untuk kembalikan bayi ke keadaan normal. Selepas bayi berumur satu tahun, bayi boleh dibenarkan menghirup air dengan lebih kerap.

Bolehkah bayi minum madu?

Imej
Jangan beri bayi anda sebarang jenis atau bentuk madu sebelum bayi anda berumur satu tahun (1 tahun) walaupun untuk mengubati batuk. Ini adalah kerana madu secara kebiasaannya boleh mengandungi sejenis spora bacterium yang dipanggil clostridium botulinum. Walaupun toksin boleh dihapuskan pada suhu tinggi tetapi spora tersebut tidak. Spora ini boleh menyebabkan sejenis keracunan makanan (botulism) yang jarang berlaku di kalangan bayi tetapi amat berbahaya buat bayi. Kehadiran bakteria tersebut tidaklah bermaksud bekalan madu manusia tercemar tetapi bakteria itu tidak merbahaya kepada orang dewasa dan bayi berusia lebih setahun .

Popular