Puasa dan Diabetes
Amalan beribu tahun semakin dilupakan, dilakukan apabila hanya diwajibkan. Pengenalan: Artikel ini adalah berkenaan kepada puasa, namun akan menyentuh banyak tentang Vivix yang sedang Tedi selidiki. Hari ini seharian Tedi mengkaji mengenai Vivix, satu jenis makanan tambahan yang dikatakan bagus untuk melawan diabetes. Dan setelah Tedi gelintar laman sesawang di serata dunia, memang nampaknya banyak yang Tedi jumpa berkenaan keberhasilan Vivix menentang diabetes. Namun Tedi terus bersikap skeptikal kerana harga Vivix ni mahal, dan Tedi tak rasa Allah SWT ciptakan alam ini hanya untuk dinikmati oleh mereka yang kaya-raya sahaja. Tapi Tedi tentu sahaja akan mencubanya jika benar ia oleh membantu. Sikap skeptikal Tedi ini bukan sahaja didorong oleh harga Vivix yang mahal itu, tapi kerana ia dinaungi oleh Shaklee, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat. Adakah Tedi anti-Amerika? Tidak juga, cuma Tedi lebih yakin yang syarikat dari sana lebih mengejar keuntungan. Apakah itu Viv...