Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tedi keliru

Guna duit kelas... atau guna duit derma...

Imej
Jika Tedi seekor bendahari kelas yang menyimpan duit kelas & suatu hari Tedi tiada duit untuk makan. In Full Bloom: HRM Software/Services Q1 Vendor Briefings — Strategy Matters Apa kata jika: Tedi gunakan duit kelas tu untuk Tedi makan-makan di kantin, atau Tedi minta tolong dengan kawan, lepas tu dia bagi duit, dia sedekah je. Tedi yang manakah berada di pihak yang benar? Tedi #1 atau Tedi #2? Pada pendapat Tedi yang naif ni tentulah Tedi #2 itu lebih benar, kerana dia gunakan duit yang dah jadi milik dia untuk makan, sedangkan Tedi #1 salahgunakan kepercayaan yang diberi kepadanya dengan menganggap duit kelas tu duit dia sebab tugas dia urus duit kelas. Malangnya di dunia hari ini, Tedi #1 mengeji Tedi #2 kerana sanggup makan hasil derma orang lain. Tedi #1 tidak dikeji kerana tiada siapa tahu Tedi melakukan perkara keji itu. Dunia, semakin pelik. 20130606

Kenapa sekolah Tedi tak cuti?

Imej
Berlalu sudah minggu yang meletihkan. Macam mana tak letih kalau ada 2 pembentangan dalam seminggu? Bukan mudah untuk sediakan material yang diperlukan. Tapi Tedi sungguh keliru, kenapa di waktu kanak-kanak lain enjoy  cuti sekolah mereka, Tedi pula terpaksa berhempas-pulas? Tedi cuba menyuarakan ketidakpuasan hati Tedi kepada pihak yang berkenaan iaitu Cikgu Besar Pogy. Tedi: "Cikgu Pogi, izinkan Tedi bertanya sepatah dua." Pogi: "Silakan wahai anak muridku." Tedi: "Kenapa dia orang cuti sekolah tapi tidak Tedi?" Pogi: "Apa dia?" Tedi: "Kenapa dia orang cuti sekolah tapi tidak Tedi?" Pogi: "Siapa cuti?" Tedi: "Dia orang la..." Pogi: "Owh mudah je tu.." Tedi: "Kenapa?" Podi: "Sebab kau tu bukan orang, kau tu beruang!" Cikgu Besar Pogi segera berlalu. Takper , buat lawak ganas ye..... http://pink2lip22.blogspot.com/2012/05/selamat-hari-guru.html Biar...

Hentam Shila Hamzah... tapi...

Imej
Aiseh, tertengok la pulak! Ha! Kan ayah Shila Hamzah dah marah tu! Sampai sekarang Tedi keliru kenapa nama dia ND Lala? Tanya Master memang tak dapat jawapan la sebab Master bukan layan sangat pasal artis ni. Dia kenal Mawi dan Akademi Fantasia pun sebab terbaca pada pembungkus nasi lemak! Sebelum tu tak pernah dengar AF pun. Kolot kan Master tu? Hutang gambar:  Konflik Shaarnaz Dan Nd Lala Konflik ni pun Tedi tak pernah ambil tahu, tapi Tedi kongsi la sebab dah hutang gambar. ----- Apa ceritanya Tedi oiii... tiba-tiba ambil tahu hal Shila Hamzah? Sekarang ni dalam bloglist Tedi diserbui oleh gambar2 sesusuk tubuh berbungkus baju senam yang sendat menampakkan susuk2, kontur2, bentuk2, atau permukaan2 yang tak sepatutnya dilihat oleh seekor Beruang Tedi yang comel & nafi macam Tedi ni. "Naif la sangat!" Tedi terlawat la pula salah satu kiriman itu semata-mata tertekan "more" kerana nak baca ayat twitter Shila Hamzah. "Tak kisah la tu, terlawat...

Popular