[t18c19] Nor Aina ambil suntikan 1 tahun di Klinik Kesihatan Salak & Dilema Susu Formula
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam, keluarga Baginda, dan juga para sahabat. 14:30 - Di Klinik Kesihatan Salak Kami berada di Klinik Kesihatan Salak untuk mendapatkan suntikan buat Nor Aina sempena umurnya setahun. Sepatutnya disuntik semasa umurnya 12 bulan, kini dah nak 13 bulan, tertangguh kerana Aina ditahan wad lebih seminggu sebelum ini akibat nafas berbunyi. Berat Aina 6.8 kg (Timbang tanpa buka baju) Tinggi Aina 69 cm (Sempena umur setahun) Usai Aina menerima suntikan, kami pergi ke arah kereta yang diletakkan di hadapan Speed Mart 99 di unit bangunan komersial bersebelahan Klinik Kesihatan Salak. Dilema Susu: Bakteria vs Harga Kami beli susu tepung formula Nestlé NANKID OPTIPRO langkah 3 seberat 1.3 kilogram pada harga RM 69.50 . Harganya adalah RM 10 lebih mahal berbanding Anmum Step 3 seberat 1.2 kilogram, tapi sengaja Master beli sebab dalam susu NANKID OPTIPRO ni dikatakan ada bakteria. Masalah...