Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201804

T18D20 Logik Kabur mudahkan kehidupan

Imej
Logik Kabur? Fungsi fuzzy pada mesin basuh Maksud Fuzzy Lain-lain Logik Kabur? Apa benda tu? Mungkin itulah persoalan yang bermain di minda kalian kan? Logik kabur tu Tedi terjemah terus daripada Bahasa Inggeris perkataan "fuzzy logic". Apakah dia  fuzzy logic tersebut? Ia adalah satu jenis kepintaran buatan yang membolehkan peralatan atau mesin untuk membuat keputusan berdasarkan kepada beberapa input yang tidak jelas (kabur). Jika kawan-kawan tidak biasa dengan istilah kepintaran buatan ia adalah terjemahan kepada artificial intteligence atau selalunya disingkatkan kepada AI  yang secara pendeknya Tedi simpulkan sebagai kebolehan mesin meniru keupayaan manusia berfikir.   Fungsi fuzzy pada mesin basuh Contoh terbaik penggunaan  fuzzy logic ni adalah pada mesin basuh automatik seperti mesin basuh HAEIR yang kami gunakan sekarang. Apabila kita masukkan baju dalam mesin basuh automatik dengan ciri  fuzzy logic ni, apakah perkara pertama akan dilakukannya? Ia...

[t08d08] Ambil kit larian MMU E-Bee Run di D'Pulze Cyberjaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda.   Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini. Leicester City 1 - 2 Newcastle United ,  Hafizh Syahrin di MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo ,  Rakan Sepejabat Master sertai Standard Chartered KL Marathon ,  Makan di Restoran Saba Cyberjaya ,  Ambil kit larian MMU e-Bee Run di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya ,  Singgah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan Untuk catatan pada hari ini, 8 April. Leicester City 1 - 2 Newcastle United Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perda...

T18D12 Bermula era Redmi Note 5A Prime

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assolatu wassalamu ála rasulullahi wa alihi wa sohbihi ajmaín Karangan ini adalah catatan aktiviti kami sekeluarga pada 12 April 2018. Bawa baby Aina ke Pusat Rawatan Harian dan Klinik Pakar HKL Hari ini aktiviti kami bermula dengan membawa si bayi, Nor Aina, ke Hospital Kuala Lumpur. Kali ini temujanji Aina adalah dengan klinik pakar neurosurgeri kalau tak silap. Tujuan pemeriksaan kali ini adalah memastikan retak pada kepala Aina takkan membawa kesan buruk kepadanya. Belakang kepala Aina retak setelah dia tercampak dalam sebuah kemalangan yang kami sekeluarga alami di Cyberjaya. Tedi belum berkesempatan merakam kisah kemalangan tersebut. Segala puji bagi Allah. Doktor yang memeriksa bayi Nor Áina memaklumkan bahawa dia tidak mengesan sebarang pembesaran pada keretakan pada kepala Aina. Doktor tunjukkan di bahagian mana yang retak pada kepala bayi Aina, dan kata selalunya ia dibiarkan pada bayi kerana ia boleh sembuh sendiri, tetapi boleh jadi juga keretakan i...

Deftech perkenalkan variasi AV8 Gempita di DSA 2018

Imej
KUALA LUMPUR - Anak syarikat DRB Hicom Bhd, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), hari ini memperkenalkan varian terbaharu, kereta perisai beroda (AMV) yang paling canggih, AV8 Gempita – Pengawasan (SURV) dan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh (RCWS). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - Foto Bernama SURV dan RCWS, yang sedang dipamerkan pada pameran Defence Services Asia ke-16 (DSA 2018), merupakan sebahagian daripada dua varian dalam 12 variasi AWV AV8 Gempita yang sedang dipersiapkan untuk penghantaran kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah satu kontrak yang dianugerahkan pada 2011, merangkumi reka bentuk, pembangunan dan pembuatan 259 unit Gempita. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech Lt Kol Datuk Amril Samsudin berkata, SURV akan digunakan oleh Unit Infantri Mek...

Aina patut masuk wad

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.   Ini adalah karangan mengenai aktivita harian kami sekeluarga untuk tarikh 16 April 2018.   Sekali lagi ke Klinik Dr. Siti Kota Warisan Gambar kaunter di Klinik Siti di Kota Warisan Semalam sekali lagi kami ke klinik Dr. Siti di KIP Sentral di Kota Warisan di Sepang di Selangor di Malaysia. Tujuan utama kami adalah untuk bawa Nor Äina ambil neb kerana ada bunyi kuat ketika di bernafas. Doktor yang memeriksa Nor Áina menyatakan bahawa bayi berusia setahun sebulan itu patut dibawa ke hospital dan ditahan di wad untuk periksa bunyi seperti jangkitan kuman di paru-paru sebelah kiri. Bunyi whizzing di sebelah kanan pula kedengaran reda setelah Aina ambil neb. Aina menangis bersungguh-sungguh kali ini semasa ambil nebulizer dan kelihatan hingus pekat banyak keluar daripada hidungnya. Adakah perlu beli neb? Mungkinkah n...

DSC02846-COLLAGE

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Tedi pun tak tahu kenapa Google suka sangat dengan gambar ini. Tapi ya Tedi pun menggemari pilihan Google ini, maka Tedi tajukkan kiriman ini dengan nama gambar ini. Gambar DSC02846 adalah gambar photoshoot Aina sempena ulangtahun kelahirannya yang pertama. DSC02846 dan IMG_20200923_180516 Gambar Aina semasa berumur 1 tahun dan 3 tahun. Gambar kedua (IMG_20200923_180516) adalah semasa Aina bermain di taman permainan.  Gambar pertama diambil dengan kamera SONY ILCE-6000 manakala gambar kedua menggunakan kamera Redmi Note 5A. #DSC02846-COLLAGE.jpg#   DSC02846 dan IMG20200222210933  Gambar IMG20200222210933 ini adalah gambar semasa Aina sertai larian pertamanya iaitu Starlight Run di Putrajaya pada 22 Februari 2020 iaitu sehari selepas ulangtahun kelahiran Aina yang ke-2. Gambar Aina semasa berumur 1 tahun dan 3 tahun. Gambar kedua adalah semasa Ai...

Kambing Perap, Karpet Aina, dan TeaLive

Imej
Newcastle United kalahkan Watford 1-0 Akhirnya Newcastle United berjaya memenangi perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019. Namun begitu, pertahanan Newcastle United masih teruk dan memerlukan penambahbaikan. Ayoze Perez berjaya menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan tersebut setelah dibawa masuk mengantikan Muto yang mengalami kecederaan. Kambing Perap Menyengat Pergi memenuhi jemputan kenduri akikah anak kawan Mommy di Bangi, di kawasan Sungai Merab lebih kurang.  Di  kenduri akikah tu ada lauk kambing grill. Pakcik yang membakar kambing tu kata dia jual kambing perap tu dengan harga MYR 45 (empat puluh lima Ringgit Malaysia sahaja) untuk bungkusan satu kilogram. Qaleenas Kitchen | Kambing Perap Menyengat | 017-6026271 | campuran madu dan 15 (lima belas) rempah istimewa Pakcik tu kata produk kambing perap tu dibuat di kawasan Bangi dan dia sedia hantar secara percuma ke Salak Tinggi jika pembelian dalam 6 kilogram. Hafizh Shahrin dapat keduduka...

Popular