Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202201

[t22a21] Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini selain rutin harian biasa, Master telah menghadiri raptai majlis perkahwinan Pak Teh di dewan perkahwinan Royal Palace di SkyTech Tower 2, bangunan sama yang menempatkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Mengikut rekod Master bergerak dari rumah sekitar jam  2:46 petang dan tiba di destinasi pada jam 3:10 petang. Memandangkan belum ada yang sampai, Master telah menjamu selera di gerai bersebelah bangunan letak kereta.   Prosedur untuk dapatkan bayaran tempat letak kereta kadar rata (flate rate parking) jika anda menghadiri majlis perkahwinan di Royale Palace Cyberjaya. # BALAI POLIS CYBERJAYA AFFY 4000 TENAGA NASIONAL BERHAD THE CYBERJAYA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG JIKA BERLAKU KEBAKARAN SILA JANGAN GUNAKAN LIF ROYALE PALACE SKYVIEW CYBERVIEW FLAT RATE PARKING RM2 PLEASE PAY AT THE PARKING COUNTER ON YOUR WAY OUT JUST MENTION YOU ARE FROM ROYALE PALACE SKYVIE...

[t22a26] Pertama Kali Gunakan e-Dompet Malaysia MAE untuk Bayar Makan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pertama Kali Guna MAE untuk Pembayaran Malam ini setelah selesai urusan pengeringan baju budak-budak di Clean Pro Taman Seroja, Master berasa sangat lapar. Oleh itu beliau mencari tempat makan dan kedai makan yang bertuah pada malam ini ialah kedai makan Desa Vista di Salak Business Park. Master tempah hidangan Maggi Goreng Mamak dan minuman Nescafe Tarik yang berharga RM 7.50. Ketika urusan pembayaran Master ternampak ada kod QR untuk pembayaran menggunakan MAE di kaunter pembayaran. MAE adalah salah satu e-dompet Malaysia di bawah syarikat perbankan Maybank. Pada masa ini selalunya Master menggunakan e-dompet Malaysia yang lain untuk pembayaran di kedai iaitu Touch 'n Go e-Wallet selain e-dompet Setel untuk pembelian minyak dan runcit di stesen minyak Petronas. Pada zaman pandemik Covid-19 ini penggunaan wang tunai adalah sangat leceh kerana kita kena keluarkan duit d...

[t22a23] Majlis Perkahwinan Pak Teh Izzuddin di Royal Palace Cyberjaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aktiviti kami pada hari ini bermula dengan bersiap-siap memakai pakaian yang sesuai dengan majlis perkahwinan. Tema warna pakaian kami ialah biru muda. Pada jam 10:10 pagi Master memecut ke SkyTech Tower 2 Cyberjaya dari rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi dan kami tiba di sana pada jam 10:30 pagi. Pada jam 11 pagi kami sebagai tuan rumah menjamu selera terlebih dahulu. Rekod daripada gambar menunjukkan bahawa Aidan telah merampas dan mengawal kamera merah jambu seawal jam 11:29 pagi menyebabkan Master kurang mengambil gambar. Pada jam 12:17 tengah hari kelihatan Aidan telah melepaskan kamera merah jambu, ini bermakna mungkin kami telah bergerak duduk di Meja Dome VVIP yang terletak di depan pelamin. Pada jam 12:30 tengah hari, pengantin mula masuk ke dalam dewan. Pada jam 4:00 petang majlis tamat dan dewan dikemas seawal jam 3 lebih. Aina dan Aidan main buai di luar...

[t22a30] Terbang balik Kota Bharu dengan AirAsia melalui KLIA2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Setelah sekian lama tidak menaiki kapal terbang kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, akhirnya kami menaiki kapal terbang AirAsia untuk pulang bercuti di Kelantan sempena cuti Tahun Baru Cina 2022. Kandungan Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 ,  E-boarding tak boleh guna di KLIA2 ,  Beg diukur dan ditimbang di KLIA2 ,  Pengalaman pertama Aidan menaiki kapal terbang ,  Beg muntah sudah tidak disediakan ,  Senarai harga tambang teksi dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu   Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 Kami seperti kebiasaan ketika menaiki kapal terbang, sekali lagi meletakkan kereta di Stesen ERL Salak Tinggi sebelum menaiki ERL ke Stesen ERL KLIA2. Jaraknya dekat sahaja iaitu cuma 2 stesen. ERL akan berhenti di Stesen ERL KLIA dan kemudian Stesen ERL KLIA2. Jadi jangan terburu-buru keluar, sila pastikan n...

[t22a22] Majlis Pernikahan Pak Teh Izzuddin

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Jika semalam Master menghadiri  Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin , pada pagi ini berlangsung pula majlis pernikahan Pak Teh Izzuddin. Lokasi majlis pernikahan tersebut adalah di Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Slot masa pernikahan adalah pada jam 11 pagi tetapi kesemua ahli keluarga perlu hadir sebelum jam 10:30 pagi. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 10:01 pagi dan tiba di kawasan masjid pada jam 10:25 pagi. Jarak perjalanan adalah 22.6 kilometer. Sempena musim Covid-19 ni hanya 10 ahli keluarga dari setiap belah pengantin lelaki dan perempuan dibenarkan masuk. Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk sama sekali, menyebabkan hanya Master dan adik-beradik beliau kecuali Mak Lang Yan menyertai majlis tersebut. Master telah mengeluarkan kamera DSLR Sony Alpha a5000 berwarna merah jambu untuk merakam gambar-gamba...

[t22a09] Aidan dan Aina disahkan dijangkiti HFMD

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Semalam semakin banyak ketulan kecil timbul pada bahagian kaki dan tangan Aina. Kami bawa Aina dan Aidan klini Amal Medik Kota Warisan untuk diperiksa. Doktor kata Aina dan Aidan mungkin dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Dia keluarkan surat rujukan kepada Nilai Medical Center. Sekitar Maghrib kami bawa Aina dan Aidan terus ke Nilai Medical Center. Selepas diperiksa doktor pakar disahkan bahawa Aina dan Aidan dijangkiti HFMD. HMFD adalah singkatan kepada Hand, Feet, and Mouth Disease atau dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut. Tiada rawatan untuk penyakit ini cuma pesakit perlu dikuarantin selama 10 hari. Ia dianggap tidak kritikal cuma mungkin akan menjadi serius jika pesakit kekurangan air selalunya akibat kehilangan selera makan dan minum kerana sakit tekak dan ulser dalam mulut.   Kronologi Aidan dan Aina dijangkiti HFMD Setelah didalami dida...

[t22a11] Kamera-kamera interpretZZ

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Banyak cerita dalam interpretZZ ini berkaitan dengan gambar yang kami miliki. Ia menjadi indeks kepada koleksi gambar dalam Google Photos milik Master. Sumber gambar ini daripada pelbagai kamera, dan adakalanya kamera itu hanya dicatatkan dengan kod sahaja menyebabkan Tedi tak dapat kenali kamera apakah yang digunakan. Jadi kiriman ini adalah untuk senaraikan jenis kamera yang kami ada. Jenama    Kod     Nama   OPPO   Reno2   Reno2 Sony   G3226   Sony Xperia XA1 Ultra Dual SONY   ILCE-5000   Sony Alpha a5000 Xiaomi   M2101K7BG   Xiaomi Redmi Note 10S Xiaomi    Redmi Note 5A   Xiaomi Redmi Note 5A Prime           ~20220111~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t22a03] Hari pertama Aina masuk prasekolah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Nampaknya ini adalah karangan pertama untuk tahun ini. Hari ini hari pertama Aina masuk ke prasekolah kerana tahun ini Aina bakal berumur 5 tahun, maka dia tidak boleh lagi duduk di Taska bersama Aidan. Prasekolah yang baru ni dekat sahaja dengan rumah kami. Tadi semasa hantar Aina dia okay sahaja mungkin kerana jangkaannya ialah dia akan dapat bermain dengan banyak permainan. Manakala Aidan pula menangis nak ikut kakaknya bersekolah di "school aji", nama yang diberikan Aina kepada "sekolah" barunya itu. Aina terpaksa bangun awal dan bersiap lebih awal kerana di sekolah barunya Aina akan mula belajar mulai jam 8:30 pagi. Aina tidak bawa botol susu kerana dilarang, dan perubahan kali ini ialah Aina kena pakai pakaian seragam sekolah dan bertudung, semoga lekat tudungnya itu. ~20220103~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima ...

Popular