Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gula

[t21j21] Ada Apa dengan Gula?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sebelum ini Tedi pernah menaip pasal Nak kurus? Jauhi gula , jadi secara umumnya kita tahu kena kurangkan gula jika nak kuruskan badan. Taipan kali ini akan fokus lebih mendalam kepada beberapa persoalan yang bermain di minda mengenai paras gula dalam badan manusia, kerana jika tidak dikawal ia bukan sahaja mendatangkan kegemukan malah boleh mengakibatkan penyakit kencing manis atau dipanggil diabetes .   Kenapa paras gula meningkat selepas bersenam? Sebab pertama. Sekiranya jumlah insulin yang tidak mencukupi terdapat dalam darah yang membolehkan paras gula darah meningkat menjadi sekitar 250 hingga 300 mg/dl, maka senaman tidak menurunkan paras gula sebaliknya menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah. Insulin rendah ditambah dengan aktiviti fizikal merangsang rembesan beberapa hormon lain seperti epinefrin, norepinefrin, kortisol, glukagon, dan hormon pertumbuhan...

Popular