Cahaya-Cahaya Aneh di Gunung Tahan
Tadi berbual dengan abang CK pasal pengalaman dia mendaki Gunung Tahan puluhan tahun dahulu. Tibalah pada satu bahagian ceritanya mengisahkan dia dan kawan-kawannya melihat cahaya-cahaya aneh menuju ke arah mereka. Pada waktu itu mereka sudah berada di bahagian tinggi Gunung Tahan, mereka sudah memasang khemah dan menyalakan unggun api. Mereka berkumpul di sekitar unggun api sambil berbual-bual dan minum teh. Jam pada malam itu menunjukkan jam 9 malam. Pada masa itulah mereka melihat ada cahaya di kaki gunung sedang mendaki naik menuju ke arah mereka. Mereka menyangkakan bahawa cahaya itu adalah daripada kumpulan pendaki yang baru sampai. Cahaya itu ada lima semuanya, dan ia bergerak dengan jelas ke arah mereka. Cahaya itu bukan cahaya torch light, ianya berada di kejauhan, tetapi ia besar. Mereka mula menyedari bahawa cahaya-cahaya itu bukan dari pendaki Gunung Tahan, kerana kelajuan pergerakan cahaya itu adalah pada kadar kepantasan yang mustahil untuk kumpulan pendaki menurut...