Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202007

French Press Coffee Maker Kapal Api

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Adakah anda sedang mencari Coffee Maker terbaik atau bercadang membeli Mesin Kopi Espresso ? Sebelum melabur wang untuk peralatan dapur yang mahal, baca kisah penemuan French Press Master pada 20200721 ini. French Press Kapal Api: Penemuan klasik yang menjimatkan bajet dapur Master. Beberapa hari yang lalu, Tedi ada kongsikan hasrat Master untuk memiliki sebuah Coffee Maker atau pembuat kopi elektrik. Namun, takdir nampaknya lebih memihak kepada penjimatan bajet dapur Master. Semuanya bermula pada petang 20200721 . Ketika Master sedang membasuh botol susu Aina, Master dapati puting botolnya bocor. Pencarian ganti di kabinet dapur membawa kepada satu penemuan peralatan kopi yang sangat klasik. Review: French Press Coffee Maker Kapal Api Benda yang Master temui itu bukanlah sekadar penapis biasa, tetapi ia adalah sebuah French Press Coffee Maker (juga dikenali sebagai Cafetière ). ...

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master mengadu mulut dia terasa kering apabila bangun tidur pada waktu pagi. Kenapa mulut kering apabila kita bangun tidur? Ini adalah persoalan yang akan Tedi kaji dan kupas pada hari ini.  Mulut kering ketika bangun tidur berpunca daripada gaya kita tidur. Sebenarnya lebih tepat jika dikatakan berpunca daripada bagaimana kita bernafas ketika tidur. Besar kemungkinan kita tidur dengan mulut terbuka, atau kita bernafas menggunakan mulut ketika tidur.   Kenapa Bernafas Menggunakan Mulut Semasa Tidur? Punca kita bernafas dengan mulut ketika tidur ada banyak. Kita bernafas menggunakan mulut ketika tidur mungkin kerana hidung kita tersumbat. Selain bernafas dengan mulut, mungkin juga memang tabiat kita tidur dengan mulut ternganga. Atau mungkin sahaja kita tidur bermimpikan makan ayam goreng sebab itu mulut menganga... gurau je.. hehe. Selain itu berdengku...

[t20g11] Ringkas itu lebih

Berzaman-zaman Tedi tak faham apakah maksud "less is more". Tapi rasanya Tedi dah faham apabila mula gunakan blogger apps ni. Sebelum ni memang Tedi tak suka Blogger apps ni sebab terlalu simple. Fungsi yang disediakan amat terhad. Tapi kini Tedi mula menghargai keterbatasan yang ada pada Blogger apps ini. Tedi kini boleh bercerita pasal sesuatu tanpa fikirkan mengenai persembahannya di dalam interpretZZ. Tedi hanya mengarang dan fokus kepada karangan itu semata-mata. Tedi tidak perlu menghadap komputer riba berjam-jam. Tedi hanya perlu taip sesuatu yang ringkas, dan kemudian jika ada masa Tedi akan kemaskini menggunakan komputer riba. Seban itulah jika kawan-kawan perasan Tedi banyak kemaskini kiriman sedia ada. Itu adalah untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam kiriman asal. Dengan fungsi Blogger apps yang ringkas ini, Tedi boleh hasilkan lebih banyak karangan. Ringkas itu lebih. 20200711

Coretan interpretZZ dicuri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Jika kawan-kawan dapat perhatikan bahawa gaya penulisan Tedi dalam interpretZZ ini telah berubah. Tedi mula menaip karangan ringkas tanpa sebarang penggayaan pada persembahan. Bukankah Tedi selalunya meletakkan gambar disertai dengan caption yang menjelaskan interpretasi pada setiap gambar tersebut? Tedi mungkin akan melupakannya buat sementara waktu kerana Tedi menjumpai ada laman web yang lebih terkenal telah menyedut kiriman-kiriman Tedi. Malahan laman web mereka pula berada di ranking atas carian Google padahal Tesi yang bersusah-payah memilih, menyunting dan menerbitkan satu-satu kiriman. Nak edit gambar bukannya senang, paling cepat Tedi dapat siapkan 1 gambar dalam 15 minit belum masuk teks yang diperlukan untuk menceritakan peristiwa yang berkaitan dengan gambar tersebut. Alih-alih ada pihak yang senang saja mencuri kiriman Tedi. Mereka kata laman web mereka yang membuatkan ramai pelawat mengunjungi blog interpretZZ ini. Tetapi tipu semu...

[t20g21] Master Tolak Huawei

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada masa sekarang banyak iklan gajet Huawei dimainkan. Jika kita tonton YouTube sahaja entah berapa banyak iklan Huawei, belum masuk " review " daripada para YouTuber mahupun artis. Kenapa banyak sangat iklan Huawei? Jika kawan-kawan tak tahu, Huawei telah diharamkan di Amerika Syarikat. Pengharaman ini mungkin atas dasar perang ekonomi yang  dilancarkan oleh Donald Trump. Pengharaman ini juga menyebabkan Huawei kerugian kerana kehilangan pasaran yang menguntungkan. Selain itu Huawei juga tidak dibenarkan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh Google, ini menyebabkan mereka tidak boleh gunakan sistem operasi Android yang terkenal itu. Huawei membangunkan sendiri sistem operasi mereka yang dinamakan HarmonyOS dan juga stor aplikasi mereka sendiri yang diberi nama AppGallery .  Oleh sebab itu Huawei telah bertindak agresif dalam membangunkan prod...

[t20g07] Logitech M331 Silent - Mouse terbaru Master

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master jarang membeli tetikus Tetikus atau lebih popular sebagai mouse adalah satu peralatan komputer atau satu aksesori komputer yang penting kepada para pengguna komputer. Tetikus membantu pengguna untuk memilih sesuatu ikon atau menu di dalam komputer. Walaupun penting, Master jarang membeli tetikus, sebaliknya Master banyak menggunakan tetikus yang disediakan oleh majikannya. Malangnya majikan terbaru Master tidak sediakan tetikus, terpaksalah Master beli sendiri kali ini.   Master minta Mummy belikan tetikus Hari ini Mummy nak keluar rumah bersama-sama kawannya. Mummy nak makan sushi bonanza di AEON Mall Bandar Baru Nilai. Mummy tanya Master jika ada apa nak dikirim. Master meminta Mummy belikan tetikus. Terpaksa beli sebab esok Master nak ke pejabat barunya. Takkan nak buat kerja tanpa tetikus? Boleh sahaja gunakan touch pad tetapi ia agak leceh. Tetikus Logitech M331 Silent adalah tetikus tanpa wayar yang dikatakan selesa ...

Doa Perpisahan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Kandungan:  Bicara Pasal Doa Perpisahan  |  Lirik Lagu "Doa Perpisahan"  |  Sejarah Lagu Doa Perpisahan  |  Pemahaman Tedi Pasal Doa Perpisahan Bicara Pasal Doa Perpisahan Tajuk Lagu: Doa Perpisahan Munsyid:  An-Naurah (1992) ,  Brothers (1998: Satu Perjuangan, 2015: Sabar) Penulis Lirik dan Pencipta Lagu:   DinaHairi Doa Perpisahan ni mungkin sesuai untuk majlis perpisahan dengan iramanya yang sayu, siapa tak tahan pasti akan berjurai air mata. Betapa tidak Doa Perpisahan mengenang kembali saat pertemuan dan kenangan semasa di dalam perjuangan tidak kisahlah sama ada semasa belajar bersama, sertai aktiviti kemasyarakatan, ataupun bekerja bersama. Semua itu perjuangan kerana di atas jalan kebaikan. Oleh sebab itu lagu Doa Perpisahan selalu berkumandang dalam majlis perpisahan sekolah sama ada murid tamat belajar di sekolah itu ataupun perpindahan guru ke sekolah lain.   Lirik Lagu "Doa Perpi...

Jasper Report untuk CSV

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master kena buat laporan menggunakan Jasper Report yang bakal dieksport ke dalam fail berjenis CSV atau nama penuhnya  comma separated value . Memandangkan Master bukanlah pakar dalam membangunkan laporan menggunakan Jasper Report terpaksalah Google apa yang patut. Berikut beberapa laman web yang telah dilawati dan mungkin perlu dirujuk pada masa hadapan Reka laporan untuk eksport CSV Laman ini memberikan beberapa panduan dalam rekaan laporan khusus untuk dieksport sebagai fail CSV. https://community.jaspersoft.com/wiki/designing-reports-csv-export   Macam mana buang "page" dalam Jasper Report Kalau dah fail berjenis CSV, kita tak perlukan  page (mukasurat). Sebab CSV kan nanti boleh digunakan untuk import data, kalau ada  page nanti tajuk setiap lajur  ( column) tu akan berulang. Jenuh nanti jadi data sampah. Kena marah dengan bos atau pelanggan baru padan dengan muka. Untuk yang ini, Master godek-godek dan...

Beza x86 dan x64

Beza x86 dan x64 ialah jumlah bit yang diproses. x86 memproses 32-bit. x64 memproses 64-bit. Jadi memandangkan notebook Master menggunakan Windows 10 64-bit, Master boleh install perisian yang ditanda x64.

Main Wau di Tasik Idaman

Semalam kami ke sebuah tapak semaian di jalan Bangi - Dengkil kerana Mummy nak beli tanah untuk tanam pokok dalam pasu. Ketika berada di tapak semaian itu kami terdengar bunyi mengaum macam bunyi dron. Kami mendongak ke langit dan kelihatan sayup-sayup di langit ada beberapa wau sedang terbang.  Master mengintai dan cuba meneka di manakah kawasan wau-wau itu dimainkan. Mungkin di kawasan tinggi jauh dari situ. Selepas selesai urus niaga di tapak semaian tersebut, Master menuju ke Tasik Idaman tapi kali ini melalui jalan di hadapan Ban Lung (mungkin sebuah tempat sewaan jentera berat) bersebelahan sebatang sungai. Kami melewati suatu kawasan kampung yang banyak rumah besar di sana walaupun lorongnya kecil sahaja muat untuk sebuah kereta lalu. Malahan ada pula rumah teres dan juga mini apartment. Ada pula maahad di sebelah tasik, agak indah pemandangannya. Kami sampai ke sebatang jalan yang ditambak membelah Tasik Idaman kepada dua. Di situ kelihatan orang ramai berkumpul, kami sangk...

Aidan panjat meja makan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Petang tadi semasa Mummy sibuk memasak di dapur, dan Master pula sedang mengambil kain cucian untuk disidai, tiba-tiba sahaja Aina menjerit dengan sedikit pelat Mummy, mummy.. adik panjat.. adik panjat Mummy biarkan sahajalah dulu sebab memang hobi adik (Aidan) tu memanjat sana sini. Kotak mainan dipanjat. Sofa dipanjat. Rak almari dipanjat. Grill pintu pun dipanjat. Tetapi apabila dijenguk. Uish terkejut beruk dibuatnya. Aidan dah duduk atas meja makan sambil tuang air ke lantai! Dia panjat kotak mainannya untuk naik atas kerusi sebelum dia panjat meja makan berwarna putih tersebut. Umur bayi lelaki tersebut ialah 1 tahun 1 bulan dan 28 hari.   ~~~20200725~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Silap Guna Mesin Basuh Merugikan Kita

Basuh pakaian menggunakan mesin basuh mungkin nampak mudah. Hanya tekan satu butang dan mesin basuh akan melaksanakan tugasnya. Tapi kita mungkin tak perasan jika kita silap ketika menggunakan mesin basuh, kita akan mengalami kerugian yang besar dari segi wang Ringgit. Pakar dari laman web Moneypig menyatakan bahawa pilihan kitaran cucian dan suhu air yang betul akan memelihara pakaian kita di samping menjimatkan bil elektrik dan memelihara alam sekitar. Selain itu kita juga perlu memilih kadar muatan yang betul. Cucian sejuk adalah sesuai untuk pakaian berwarna gelap juga pakaian ringan seperti pakaian pejabat. Cucian sejuk tak gunakan banyak tenaga elektrik. Cucian suam adalah sesuai untuk pakaian sintetik, juga untuk pakaian berwarna terang yang terkena kotoran berat seperti minyak. Cucian panas sesuai untuk pakaian kapas berwarna putih dan juga pakaian yang menyentuh kulit seperti pakaian dalam. Cadar juga patut dibasuh dengan cucian panas. Delicate, hand wash, atau wool cycle Mesi...

Perbaharui Cukai Jalan Subaru XV 2020 Atas Talian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm Pada tahun 2020 ini wabak Covid-19 telah melanda dunia, tidak terkecuali negara Malaysia ini. Rakyat Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana rakyat tidak dibenarkan bergerak sesuka hati. Salah satu masalah yang muncul akibat Perintah Kawalan Pergerakan ialah manusia tidak boleh bekerja di pejabat seperti biasa. Hal ini sekaligus menghalang urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan, kerana pelanggan dan penyedia perkhidmatan masing-masing tidak dapat bergerak. Tetapi sebenarnya Covid-19 ni membawa rahmat kepada manusia. Ia menyedarkan manusia bahawa tidak semestinya kedua-dua pihak perlu bertemu. Urusan perniagaan sebaliknya boleh dijalankan di atas talian.   Takaful Ikhlas hubungi Master Tiba-tiba sahaja Takaful Ikhlas hubungi Master, menawarkan kepada Master pilihan untuk memperbaharui insurans kereta menggunakan email. Setelah Master bersetuju...

Macam nak beli coffee maker

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master gemar minum kopi. Sebab tu Master minum Nescafé. Nescafé adalah jenama kopi segera yang terkenal di Malaysia. Nescafé memudahkan penggemar kopi menikmati kopi dengan cepat. Walaupun sedimikian ada penggemar kopi yang tidak suka minum kopi segera seperti Nescafé. Kategori peminat kopi yang tidak minum Nescafé yang Tedi kenal ada 2 jenis. Kategori pertama adalah mereka yang tidak minum Nescafé kerana bagi mereka kopi segera adalah kelas bawahan.  Kategori kedua adalah orang seperti Master yang mendapati bahawa harga kopi segera Nescafé ini lebih mahal berbanding serbuk kopi kisaran tempatan. Ini boleh difahami kerana nak hasilkan kopi segera adalah lebih rumit berbanding hasilkan kisaran biji kopi. Master pun mula beralih ke kopi tempatan, pada masa sekarang guna Kopi Hang Tuah. Beza harga kopi Hang Tuah jika dibandingkan dengan Nescafé ialah satu per empat. Masalahnya gun...

Aircond kereta sedut udara dari mana?

Pak Lang Epul kata aircond kereta sedut udara panas daripada bahagian bawah dashboard tempat duduk penumpang hadapan.   Sebab itulah alas kaki di bahagian tempat duduk penumpang hadapan itu patut dibersihkan selalu, untuk elakkan udara berdebu disedut masuk ke dalam sistem aircond kereta kita.   Tedi cuba mencari dalam internet tapi masih belum berjumpa jawapan yang diperlukan.   Apa yang menarik perhatian adalah terdapat 2 jenis udara yang diambil oleh aircond kereta. Udara pertama adalah udara luar, manakala udara kedua adalah udara kitar semula.   Udara kitar semula adalah udara dari dalam kabin kereta. Kita dicadangkan untuk menggunakan udara kitar semula apabila cuaca panas kerana ia akan menggunakan udara di dalam kabin yang telah sejuk.   Namun ada kelemahan udara kitar semula ini, iaitu kehadiran oksigen yang makin berkurangan kerana aircond hanya berfungsi untuk menyejukkan udara dan bukannya membekalkan oksigen.   Oleh sebab itulah kit...

Aidan dan Aina kacau Master bekerja

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Gelagat Aidan dan Aina mengganggu Master bekerja dari rumah sejurus sahaja mereka bangun tidur. Gambar IMG_20200717_102303_HHT ini telah dirakam pada 20200717 (Friday, 17 July 2020, 10:23) dengan menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.   ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Kenapa Sidai Kain Rompong-rompong?

Sejak dari kecil salah satu tugasan Master di rumah ialah sidai kain yang baru dibasuh di jemuran. Tugasan menyidai kain juga diteruskan Master hingga kini. Dan hingga kini juga masih ada yang mempertikaikan kaedah Master sidai kain di jemuran. Jika dulu Tok Mak, kini Mummy pula. Komen mereka sama sahaja iaitu Master sidai baju tak tersusun, tak sama jenis, bercampur-aduk yang kecil dan besar. Tetapi itulah yang orang tak tahu. Master sidai kain sebenarnya mengikut teori ruang, sebab itulah Master sidai baju rompong-rompong. Apa itu rompong? Rompong bermaksud ada bukaan atau celah di antara sesuatu. Jadi apabila Master sidai kain Master akan usahakan untuk setiap kain mendapat ruang yang selesa, sebab itu Master tak susun dekat-dekat. Selain itu jika tiada pilihan, Master akan campurkan baju saiz besar dan baju saiz kecil, supaya akan ada celah melalui baju yang kecil itu untuk angin lalu. Kenapa perlu ada celah untuk angin lalu? Kerana selain tenaga haba, tenaga angin juga memberi imp...

[t20g13] Baguskah Air Fryer Philips?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Seorang kawan bertanya kepada Master, okay tak kalau dia beli air fryer ? Air fryer ni kalau diterjemah terus ke dalam Bahasa Melayu bolehlah disebut sebagai penggoreng udara. Teori menggoreng gunakan air fryer ialah bahan makanan akan dikenakan udara panas. Minyak atau lemak yang ada dalam makanan akan menjadi panas dan makanan itu digoreng dalam minyak atau lemaknya sendiri. Tapi kalau dipanggil penggoreng udara mestilah orang akan keliru kenapa nak goreng udara? Bagaimana udara digoreng? Kenapa nak goreng udara? Maka Tedi pun kekalkanlah penggunaan istilah air fryer tu dalam kiriman ini. Berbalik kepada soalan kawan Master tu, Master ambil masa yang agak lama untuk menjawabnya. "Kalau beli masa ni, mungkin berbaloi." Sebab harga air fryer pada masa Mummy beli dulu harganya mahal mencecah ribuan Ringgit Malaysia. Maklum sahajalah ia benda baru dan hanya Philips sa...

Aidan Naik Ruam Merah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sekitar jam 2-3 pagi Aidan tiba-tiba melalak terjaga dari tidurnya. Puas juga lakukan pelbagai cara sebelum Aidan tidur semula. Master perasan pada badannya ada naik bintat-bintat halus. Bayi 1 Tahun Diserang Ruam Pada siang hari kelihatan badan dan muka Aidan ada ruam merah seperti gatal-gatal atau alahan. Master syak Aidan diserang campak tetapi dia tidak demam dan aktif sahaja sepanjang hari. Cuma Aidan lebih kuat merengek apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Master juga syak Aidan alah kepada makanan, tapi Mummy kata selama ni Aidan tidak alah dengan udang. Semalam Mummy bagi Aidan makan udang. Masalahnya dengan makanan laut ialah bukannya jenis makanan tu, tetapi kesegaran makanan laut itu sendiri. Semakin kurang segar sesuatu makanan laut, semakin kuat kesan alahan yang dihasilkannya. Hal ini pernah Tedi kaji dan siarkan dalam kiriman bertajuk " Mulut Gatal Natijah Makan Keropok ". Jadi jika kita tak pernah kena alahan a...

Ganti Kunci Pintu Bilik

Ini adalah rekod penggantian kunci pintu bilik di rumah kami manalah tahu akan ada gunanya pada masa hadapan. Pintu Bilik Utama 20200711 Minggu ini kunci pintu bilik utama rumah kami di Sepang telah patah. Mungkin puncanya ialah budak-budak Aina dan Aidan tu suka hempas pintu. Master telah beli kunci pintu bilik yang baru pada petang tadi di Taman Seroja. Harganya ialah RM 10. Ada lagi beberapa jenis, mungkin ini adalah jenis paling murah. Master pasang kunci itu pada jam 10 malam lebih kurang.  Nasib baik ada panduan pengguna disertakan, jadi Master tidak perlu meng-Google bagaimana cara mencabut kunci lama, sebelum digantikan dengan kunci baru. Alhamdulillah dalam jam 10:30 malam Master dah boleh menonton filem Beverly Hills Cop 2 di saluran 402 FOX Action Movies HD melalui Unifi TV.

Popular