Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202109

[t21i08] Mummy selesai vaksin Covid-19 dos ke-2 di World Trade Centre Kuala Lumpur

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Mummy selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua. # WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR # VAKSIN COVID19 # PROTECTHEALTH # KUALA LUMPUR # Saya sudah LENGKAP 2 DOS # VAKSINCOVID.GOV.MY # # Wednesday, 8 September 2021, 18:59 # # IMG20210908185913 # 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #   Menginap di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Mummy memilih Hotel Seri Pacific kali ini kerana ia terletak betul-betul di sebelah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di mana Mummy menerima vaksin dos kedua beliau. Aidan dan Aina teruja menaiki lif yang boleh pandang ke luar ketika menuju ke bilik. # Wednesday, 8 September 2021, 17:51 # 20210908 # IMG20210908175108 # OPPO Reno2 # Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur # Aidan dan Aina memeriksa bilik air dan teruja melihat kewujudan tab mandi. Aina memang akan periksa bilik air dulu apabila ma...

[T21I06] Cara Pilih Raket Badminton

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua, Tedi harapkan anda sihat-sihat sahaja. Sudah lama tidak bermain badminton sejak rakyat Malaysia disekat pergerakan mereka dalam usaha membendung penularan Covid-19 melalui beberapa versi Perintah Kawalan Pergerakan. Tetapi hari ini Tedi akan menjawab satu pertanyaan pembaca iaitu apakah cara pilih raket badminton? Kalian boleh juga baca kiriman sebelum ini iaitu  Review Raket Pernah Saya Guna , dan Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya . Tedi faham untuk memilih satu raket badminton yang sesuai terutama kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan sukan badminton ini agak memeningkan kepala. Pening kepala sama ada tengok harga raket tu sendiri sama ada berbaloi untuk dibeli atau apabila murah kenapa murah? Nak cuba raket di kedai itu satu masalah pula terutama yang berantai. Lagipun setakat hayun-hayun kosong di kedai itu mana nak tahu...

[t21i09] Air Panas Mesin Penapis Air Cuckoo Tak Henti Mengalir

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada petang ini setibanya kami dari Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, kami dikunjungi oleh seorang juruteknik Cuckoo. Kehadiran beliau adalah untuk membaiki mesin penapis air Cuckoo yang kami sewa kerana ada masalah penapis air Cuckoo itu di mana air panas tidak berhenti mengalir sehinggakan memaksa Master menutup punca air masuk untuk membuatkan air Cuckoo tak keluar. Sebenarnya penapis air Cuckoo yang kami sewa tu sudah pun tamat tempoh sewaannya, nasib baik kami sambung tempoh jaminan, maka tidak perlulah bayar lain untuk kes sebegini. Penyambungan tempoh jaminan selepas tamat sewa beli membolehkan kita mendapat perkhidmatan dari Cuckoo seperti sebelum tamat sewa beli iaitu servis penapis air dan juga penggantian alat penapis Cuckoo yang terdiri daripada 3 jenis tabung berlainan warna. Gambar barang mesin penapis air Cuckoo yang digantikan untuk membaiki masalah a...

[T21I27] Motosikal hitam Aidan sudah sampai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sudah 3 hari Master menelaah catatan dan data berkenaan satu permasalahan dalam Pre-Alert Manifest di mana satu nombor pendaftaran tiba-tiba sahaja dikemaskini kepada  null pada satu masa tertentu. Jika dilihat pada coraknya nampak macam ada penghantaran bertindan tetapi tiada pula catatan yang menunjukkan apa-apa ralat berlaku pada masa kejadian. Catatan mengatakan proses berjaya dilaksanakan. Terlelap jugalah Master cuma memahami apakah yang telah berlaku.   Pergi ke kedai perkakasan mencari nat untuk motosikal Aidan Pagi tadi juga motosikal Aidan telah tiba. Motosikal ini Mummy beli dalam talian melalui portal e-dagang memandangkan Aina dan Aidan asyik berebut mahu menunggang  Motosikal Merah untuk Aina . Tetapi ketika Master memasangnya ada beberapa nat tidak dibekalkan. Master pun keluar mencari nat. Pada mulanya Master ke kedai aksesori kereta tetapi membatalk...

[T21I28] Contoh Ayat Gramatis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Ayat tidak gramatis ialah ayat yang tidak mengikut hukum tatabahasa dan dianggap ayat yang tidak betul dalam konteks penggunaan rasmi.   Contoh ayat gramatis Ailing dan kakaknya menghidangkan banyak makanan. Bolehkah saya menyertai majlis kamu? Kakak akan melaporkan perkara itu kepada ayah. Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit. Kebaikan yang dilakukannya hanya untuk mengaburi mata rakyat. Keluarga itu sedang menikmati makanan yang lazat. Ketua kampung berjanji menolong kami. Khairuddin baru pertama kali menyertai acara boling padang. Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembakaran terbuka. Saya mematikan suis kipas angin tersebut. Saya memilih dia, bukan kamu. Surat tuan belum saya terima. ...

[T21I21] Aidan mula kayuh basikal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada malam ini, ketika Master sibuk menyidai kain di ampaian, tiba-tiba sahaja Aidan berkata kepada Master: Daddy, ngok ni dik yuh Kalau diterjemah kepada bahasa tidak pelat ia berbunyi, "Daddy, tengok ni adik kayuh" . Aidan pada masa itu sedang duduk di atas basikal kakaknya si Aina. Tiba-tiba sahaja dia menolak kakinya dan basikal Aina itu bergerak sedikit demi sedikit ditunggangi Aidan mengelilingi kereta di bawah poch . Sejak bila pula Aidan belajar mengayuh basikal tidak pula kami sedari.   Aina gunting rambut Aidan Selepas tengah malam, macam biasa bukan mudah untuk membuatkan Aina dan Aidan tidur jika mereka berdua ada bersama. Master yang sudah lelap beberapa kali terjaga dan menempik apabila dua beradik itu buat bising. Apatah lagi apabila Master mendapati Aina telah menggunting rambut si Aidan. Aina kini sudah boleh mencapai barangan di atas almari ...

[T21I19] Ada apa dengan lipas

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Lipas adalah serangga merayap yang Tedi dengar hidup dari zaman dinosaur lagi. Kemampuannya untuk berevolusi menjamin kesinambungan hidupnya. Tetapi tidak pernah pula Tedi kaji akan kesahihan fakta itu.   Makanan lipas Lipas adalah serangga omnivor dan makan apa sahaja bahan organik mati yang ia terserempak tak kira daripada haiwan atau tumbuhan. Makanan kegemaran lipas adalah: gula-gula, makanan berminyak, daging, dan kanji. Benda lain yang menjadi makanan lipas adalah seperti: buku rambut bahan reput Tiada masalah untuk lipas makan bawang jadi jangan percaya bawang boleh menghalau lipas.   Berapa lama lipas hidup Setiap spesies lipas mempunyai jangka hayat mereka sendiri tetapi secara purata lipas hidup selama lebih kurang satu tahun. Faktor seperti bekalan makanan, habitat dan iklim mempengaruhi jangka hayat. Lipas Amerika boleh hidup selama lebih...

[T21I15] Ganti Cermin Depan Kereta Proton Persona

Semalam Master telah merisik dua buah kedai aksesori kereta di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi berkenaan cara buat tuntutan insurans untuk menggantikan cermin depan kereta Proton Persona yang retak memanjang dari bahagian penumpang menghala ke tengah. Sudah hampir separuh keretakan itu merebak. Memandangkan insurans kereta Proton Persona manual itu akan luput pada 26 September dan Pak Long Yazid mahu meminjam kereta itu ke Sungai Besar , Master berikhtiar menggantikan cermin depan kereta Proton Persona manual itu.   Harga Tukar Cermin Kereta Persona Hasil risikan Master mendapati kedua-dua kedai mengenakan bayaran RM 600 untuk gantikan cermin depan kereta sahaja. Manakala untuk tinted akan dikenakan bayaran berbeza. Tak tahulah harga itu kerana mereka tahu jumlah perlindungan cermin depan kereta Proton Persona kami ialah RM 600 atau memang harga standard. Master merasakan ianya okay memandangkan akan dibayar menggunakan tuntutan takaful kereta. Pada hari ini Master me...

[T21I06] Pengalaman Kerja Texas Chicken

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berikut adalah komen mereka yang pernah bekerja di Texas Chicken di sekitar Malaysia. Boleh dibaca untuk dijadikan panduan, tetapi lebih baik pergi kaji sendiri di lokasi Texas Chicken yang anda mahu bekerja itu kerana orang tua ada berkata, "seekor kerbau membawa lumpur, yang lain terpalit juga". Mungkin cuma satu cawangan bermasalah atau cuma seorang majikan bermasalah tetapi tempiasnya terkena kepada mereka yang lain. Lazimnya yang memberi penilaian selalunya mereka yang marah tetapi kalau sesebuah syarikat itu bagus, selalunya ada juga kakitangan yang membela. Tarikh Jawatan Lokasi Rating Komen 2021-08-27 CASHIER / COOK / LOBBY / SANDWICH EXPEDITED KTCC Mall, Terengganu 4.0 Tiada semangat berpasukan. Kerja keras tidak dihargai. Kadangkala menyeronokkan dan kadangkala tidak. Makanan tengah hari percuma 2021-07-21 Rahsia Singapura 1.0 Perlu menipu dalam laporan....

[T21I04] Router Unifi ditukar

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kebelakangan ini gajet keluarga kami menghadapi masalah dengan sambungan WiFi, terutamanya di tingkat atas rumah kami. Masalahnya ialah sama ada sambungan internet terputus, atau WiFi ada tetapi "no internet". Master telah bertanya kepada pakcik Khairi seorang rakan penyokong Kedah Darul Aman FC yang memang bekerja dalam bidang rangkaian komputer. Dia suruh Master restart router sama seperti apa yang Tedi tulis dalam  Kenapa kena reboot router? . Master kata jenuh dah asyik nak restart router tu. Jadi pakcik Khairi mencadangkan agar beli router baru yang lebih canggih dan bijak, harga dalam RM 300. Erm, nantilah, hahaha. Atau jika tak mahu beli, boleh minta TM tukar router yang digunakan sekarang ini kerana ia sudah terlalu lama. Betul juga tu. Semasa Master bertanya kepada pak teh Judin, dia ada ajar bagaimana nak analisa WiFi di sekitar rumah untuk mencari  ch...

[T21I01] Mencetak Kandungan List melalui Java

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini saja Tedi nak catatkan satu teknik terbaru yang Tedi pelajari untuk senaraikan kandungan dalam satu List, untuk kes ini berjenis ArrayList. Apa yang penting Object dalam List tersebut mempunyai fungsi toString() yang boleh difahami manusia. listData.forEach(System.out::println); Kaedah ini telah Tedi gunakan dalam JDK 8 ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Popular