Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201611

[t16k26] Hari ke-3 di Bangkok, melawat Pasar Terapung Amphawa

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pasar Terapung Amphawa Hari ketiga di Bangkok. Pemandangan pintu gerbang Pasar Terapung Amphawa yang merentangi salah satu cabang sungai Mae Klong, dilihat dari atas jambatan. 🕒 Jam 12:00 Tengah Hari 📅 26 November 2016 📍 Lihat Lokasi Google Maps Kembara Bangkok Hari Ke-3: Suasana meriah di kawasan pintu masuk. Terdapat gerai yang menjual pelbagai makanan tempatan dan kemeja-T cenderamata. 🍴 Makanan Keropok Ikan Kembung (6 bungkus: 100 Baht) 👕 Cenderamata Kemeja-T (Dewasa: 100 Baht | Kanak-kanak: 80 Baht atau 2 helai: 150 Baht) 🕒 Jam 12:11 Tengah Hari 📸 Kamera: Sony D2533 Pemandangan dari atas jambatan menunjukkan keunikan peniaga yang menyediakan makanan di atas perahu. Antara menu yang menarik perhatian ialah hasil laut bakar yang dimasak segar di atas sungai. 🛶 Konsep Jualan Jualan terus dari perahu kepada pelanggan di tangga tebing sunga...

[t16k25] Kembara Bangkok hari ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gerak Dulu Dalam seksyen Gerak Dulu ni terselit koleksi gambar ketika kami berjalan dari hotel ke jalan besar. Van takkan masuk ke kawasan hotel kerana kesesakan yang ada di kawasan itu. Buang masa jika van datang menjemput kami. Lebih baik kami berjalan kaki ke tempat van akan menjemput kami. Kawasan ini sesak kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Terdapat pasar pagi atau mungkin pasar sepanjang hari di kawasan ini di mana pada waktu pagi sebegini mereka akan mula melakukan persiapan untuk berniaga, jadi kawasan ini memang sibuk. Gambar bahagian depan sebuah pusat urutan berwarna ungu di Thailand bernama Sangkarn Massage yang menyediakan urutan Thai, urutan kaki, urutan minyak, dan urutan aroma. Dibuka dari jam 11 pagi sehingga 12 malam. Nombor telefonnya ialah 084-702-8664 dan Wi-Fi percuma disediakan. # Friday, 25 November 2016, 08:34 # 20161125 # DSC01518.JPG # Dirakam menggun...

[t16k24] Kenapa angkat wiper kereta?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ini adalah soalan ayang sering berlegar di minda Tedi, apabila melihat manusia mengangkat wiper kereta mereka apabila mereka meletakkannya di tempat letak kereta, lebih-lebih lagi apabila mereka meninggalkan kereta mereka untuk satu tempoh yang panjang. Apabila kereta diletakkan di tempat panas, dalam keadaan tertutup, suhunya boleh mencecah 70 darjah Celcius. Itu adalah suhu cermin hadapan yang tentunya akan memanaskan juga getah pada pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper). Pengelap cermin kereta yang kepanasan itu pula akan menyejuk pada waktu malam, ataupun apabila digunakan bersama air. Kitaran proses pemanasan dan penyejukan yang berulangan ini akan menyebabkan getah pada pengelap cermin kereta (windshield wiper) hilang daya elastiknya sekaligus menjadi keras dan rapuh. Elastik adalah sifat pada bahan yang menyebabkan ia kembali dengan segera kepada bentuk asalnya...

Ke manakah penguin mati pergi?

Imej
Manusia tentunya tahu ada ramai penguin di Antartika. Tapi pernahkah manusia bertanya, kenapa manusia tidak pernah menemukan bangkai penguin di atas ais di Antartika. Sedangkan jika mengikut logik nisbah bilangan penguin dan habitatnya, tentulah akan dapat ditemukan bangkai penguin di mana-mana di atas muka bumi kiub ais itu. Ke manakah kesemua bangkai penguin itu pergi? Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa penguin adalah haiwan yang penuh ritual yang hidup dalam keadaan yang tersusun dan penuh kompleks. Penguin sangat pentingkan keluarga dan akan berpasangan untuk seumur hidupnya. Jika ada seekor penguin ditemui mati di atas permukaan ais oleh masyarakat penguin, ahli keluarganya dan rakan sosialnya akan menggali lubang di dalam ais menggunakan kepak dan paruh mereka. Apabila lubang itu cukup dalam, penguin yang mati akan digulingkan ke dalamnya dan kemudian ditanam. 20161106

[t16k19] Kekurangan Iodin Boleh Jadikan Bayi Anda OKU

Imej
Sejenis garam mineral yang sering terlepas pandang oleh ibu mengandung adalah Iodin. Kajian oleh Web MD menunjukkan bahawa ibu mengandung dan ibu yang menyusu badan sering kekurangan Iodin. Apakah faktor berlakunya kekurangan iodin pada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak? Para pengkaji di American Academy of Pediatrics yakin bahawa kekerapan mengambil makanan telah diproses memainkan peranan, kerana kandungan garam dalam makanan telah diproses tidak di-iodin-kan. Satu kaji selidik yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition yang melibatkan 1026 wanita di seluruh United Kingdom yang sedang mengandung atau mempunyai anak yang berumur sehingga 36 bulan, menunjukkan bahawa ibu yang sedang hamil tidak mengambil makanan kaya iodin seperti susu dan keju, telah membantutkan perkembangan otak anak mereka. Iodin diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk perkembangan fetus (janin). 96% ibu mengandung yang diselidik sedar tentang zat umum yang dicadangk...

[t16k28] Hari Terakhir di Bangkok

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar pada hari terakhir (hari ke-5) percutian kami melancong ke Bangkok edisi T16K . Memandangkan kami perlu naik kapal terbang pada jam 2:15 petang , aktiviti kami terhad di sekitar hotel berjalan-jalan, sebelum daftar keluar dan bergerak ke lapangan terbang antarabangsa  Don Mueang International Airport . Penerbangan antarabangsa ni kena daftar masuk awal jadi sekitar jam 12:15 tengah hari kami sudah berada di lapangan terbang . Perjalanan menaiki teksi ke lapangan terbang dalam 15 minit hingga 20 minit . Jadi hari terakhir ini bukanlah hari melancong di Bangkok tetapi hari untuk kami transit sahaja dari Bangkok ke Kuala Lumpur . Hari terakhir di Bangkok (T16K) Gambar pramugara AirAsia sedang menjual cenderamata AirAsia dalam kapal terbang AirAsia penerbangan AK885 dari Bangkok (Dong Mueang) ke Kuala Lumpur (KLIA2) # 20161128 # Monday, 28 November 2016, 17:21 # DSC02352 #...

[t16k27] Perabot Kayu di Chatuchak

Imej
Hari ini hari ke-4 kami melancong ke Bangkok dalam Travelog Bangkok T16K . Salah satu aktiviti pada hari ini adalah pergi ke Pasar Minggu Chatuchak (Chatuchak Weekend Market) iaitu katanya pasar terbuka terbesar di Bangkok. Tetapi sempena tajuk kiriman ini, Tedi akan fokuskan kepada gambar perabot kayu yang Tedi perasan di sekitar pasar minggu tersebut. Google StreetView menunjukkan salah satu suasana di sekitar Pasar Minggu Chatuchak Gambar pada jam 14:31 dan bertarikh 27 November 2016 di bawah ini adalah 3 keping gambar yang Tedi sempat ambil semasa kami mengejar teksi untuk pulang ke kawasan hotel setelah membeli-belah dan menjelajah Pasar Minggu Chatuchak di bandaraya Bangkok di negara Thailand . Gambar kerusi bar kayu di depan sebuah kedai perabot di Chatuchak Thailand # 20161127 # Gambar meja bar kayu ini diambil di sebuah kedai di seberang jalan bertentangan dengan Chatuchak JJ Mall . Hajatnya, Mommy berkenan nak tempah perabot seperti ini untuk diletakkan di dapur su...

T16K30 Tukar Thailand Baht di Malaysia atau Thailand?

Imej
Ketika kami berkira-kira untuk melancong ke negara Thailand yang juga dikenali dengan negara Gajah Putih itu, perkara pertama yang bermain di benak fikiran adalah di manakah harus kami tukarkan matawang Malaysia kepada duit Thailand Baht. Ringgit Malaysia semakin menjunam pada masa itu. Kami terfikir, adakah lebih bagus jika kami tukarkan matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Thailand Baht (THB) di Malaysia, atau sebaliknya? Pengalaman kami ketika melancong ke Vietnam pada suatu masa dahulu mengajar kami adalah lebih baik untuk kami menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada matawang Vietnam di negara Vietnam sahaja. Malahan peniaga Vietnam turut menerima matawang Ringgit Malaysia dalam urusan jual beli. Tapi kini, adakah formula yang sama terpakai untuk matawang Thailand? Lebih-lebih lagi pada saat matawang negara Malaysia jatuh merudum? Tedi mendapatkan beberapa pendapat, di antaranya: Lebih baik tukarkan Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di Malaysia kerana nilainya le...

Baguskah pelan webe?

Imej
Pasti ramai rakyat Malaysia sudah mengetahui akan kewujudan perkhidmatan telco webe. webe adalah anak syarikat TM Berhad. TM beli syarikat telekomunikasi P1 dan kemudian menjenamakan semula P1 kepada webe. Mungkin TM tidak mahu nama buruk P1 terpalit kepada webe, di mana P1 sinonim dengan kelajuan capaian rangkaian telekomunikasi yang perlahan. Tedi beruntung kerana sempat menjadi pengguna pioneer kepada pelan webe, iaitu sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Akaun pioneer ini ditawarkan kepada pelanggan TM dan P1 yang terpilih. Bagaimana kami dipilih? Tidaklah Tedi mengetahui kaedahnya. Selepas menjadi pengguna pioneer webe ini, soalan pertama yang sering ditanyakan kepada Tedi adalah, apakah setting APN webe ? Kali ini selepas pelan webe ditawarkan secara rasmi dan terbuka kepada orang ramai, soalan yang sering ditanya ialah, "Bagus ke pelan webe ni?" Ia adalah satu soalan yang mencabar untuk dijawab pada ketika ini. Jika mereka bertanyakan soalan yang sama sebelum w...

[t16k27] Melancong ke Bangkok hari ke-4

Imej
Diari hari ke-4 kembara di Bangkok ini dipenuhi dengan aktiviti free and easy... shopping... shopping. Chatuchak Weekend Market  Kami ke sana menaiki tuk-tuk. Pasar ni terletak di sekitar Jatujak Plaza. Macam-macamlah mereka jual. Figura aksi Detektif Conan yang menjadi kegilaan Mummy. Tapi cukuplah sekadar window shopping... atau mungkin ada beli seketul dua... tak ingat pula.. macam tak ada je dalam stor. # Sunday, 27 November 2016, 12:00 # 20161127-bangkok-hari-4 (72).JPG # SONY ILCE-5000 # Unnamed Road, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Negara Thai # Gambar kraftangan anyaman berbentuk haiwan yang pelbagai dijual di Chatuchak Weekend Market. # Sunday, 27 November 2016, 14:27 # 20161127-bangkok-hari-4 (87)-EFFECTS.jpg # SONY ILCE-5000 # weekend market, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Negara Thai Gambar deretan jersi lelaki dan jersi wanita kelab bolasepak Eropah seperti Manchester United, Liverpool, Inter Milan, Bar...

Popular