Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202610

[20261023] Masalah AT Oil Temp, Tukar Valve Body di Subaru Bangi | RM 3500

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Ujian CVT Subaru XV: Tukar Valve Body di Subaru Bangi, Masalah Enjin & Tukar Bearing Master telah mengambil cuti khusus pada 23 Oktober 2026 bagi memberi tumpuan penuh untuk menguruskan penyelenggaraan kereta. Segalanya bermula pada malam 22 Oktober 2026 apabila lampu amaran AT Temp Oil tiba-tiba menyala pada papan pemuka Subaru XV milik Master — mengimbau kembali kenangan insiden sama seperti yang pernah dicatatkan dalam hantaran ini . Keesokan paginya, Master mengambil keputusan untuk tidak menggunakan khidmat trak tunda kerana pada mulanya lampu amaran tersebut tidak menyala. Namun, dalam perjalanan menuju ke pusat servis, lampu amaran itu kembali menyala dan dirasakan pemanduan Subaru XV semakin berat. Pemeriksaan & Pilihan Alat Ganti di Subaru Bangi Setibanya di Subaru Bangi , juruteknik menjalankan imbasan OBD (OBD scan) ...

[20261023] Rekod Servis Subaru XV: Tukar FR Tyre Bearing (R) | RM 620

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Petang ini Master ke Sham Tyres and Car Services untuk urusan penyelenggaraan kereta Subaru XV. Berikut adalah butiran yang dicatatkan di dalam resit: Butiran Bengkel: Sham Tyres and Car Services (002329724-U) No. 16, Jalan 8, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-8705 2911 Tarikh: 23/10/26 (Jumaat) Kenderaan: Subaru XV Item Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) FR Tyre Bearing (R) 1 620 620 GRAND TOTAL (RM) 620 ~20261023~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Sepupu Master (Arwah Zamzi) Meninggal Dunia | 20261002

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master menerima khabar kematian sepupunya pada hari ini. Arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang stent jantung di Hospital JB dan berehat di rumah adiknya sebelum meninggal dunia di sana. Keesokan harinya ( 20261003 ) kami bergerak ke Masjid Bukit Chedang di Seremban di mana arwah akan dimandikan dan disembahyangkan. Kami tiba sekitar jam 3 petang, manakala jenazah tiba kemudian sebelum jam 4 petang. Tok , Tokki , Keluarga Tok Ni , dan Tok Na sudah berada di sana ketika kami sampai. Tok Na dan Tok Ni bermalam di kebun Tok di Ulu Rokan pada malam tadi. Mengenai arwah pakcik Zamzi beliau adalah sepupu Master dari belah Tok di Terengganu . Beliau menetap di Seremban dan kali terakhir bekerja di Johor . Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale d...

Popular