[t14h22] Singgah di POSLAJU Brickfields
Kiriman sebelum ini: Pos Malaysia perkenal perkhidmatan baharu EziDrive-Thru dan Kenapalah Pejabat POS Salak Tinggi tak dibuka pada hari minggu? . Balik dari sekolah hari Jumaat lalu, Mommy ajak ke POSLAJU Brickfields Mommy mahu mengutip bungkusan di sana setelah bungkusan yang dikirim Tok Abah tidak dapat dihantar kepada Mommy kerana si penghantar tidak ketemui Mommy yang sedang bermesyuarat. Setelah beberapa hari, akhirnya POSLAJU meminta Mommy mengutip bungkusan itu di pejabat mereka di Brickfields atau lebih tepat di Jalan Tun Sambathan . Pejabat itu betul-betul selepas simpang masuk ke KL Sentral . Nasib baiklah ada juga POS Laju di sekitar KL Sentral yang buka pada waktu malam, kalau tidak jenuh jugalah nak mengambil barangan tersebut. Bosan menunggu, sempat juga Tedi ambil gambar suasana di Jalan Tun Sambathan menggunakan telefon pintra milik Master. Gambar Klinik Sri Manja bertentang dengan POSLAJU, turut kelihatan Divine Home. Alamat POS Laju Brickfields: Jalan Tun Sambantha...