Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel alam sekitar (environment)

Kepupusan Pertama Mammalia kerana Perubahan Iklim

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Laporan Alam Sekitar: Kepupusan pertama mamalia akibat perubahan iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia secara langsung. Mamalia Pertama Pupus Angkara Perubahan Iklim Manusia Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini disahkan pupus angkara perubahan iklim dunia. Bramble Cay melomys: Mangsa perubahan suhu dunia akibat kegiatan manusia. Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009. Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil yang mendiami kawasan terpencil. Kali terakhir ia dilihat adalah pada tahun 2009 oleh seorang nelayan profesional. Sejak itu, tiada lagi kelibat haiwan unik ini yang dilaporkan muncul di habitat asalnya. Punca utama kepupusan adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut yang mel...

Bagaimana kilat terjadi pada awan volkanik

Para penyelidik Jepun telah menemui jawapan bagaimana petir boleh terhasil pada awanan debu Gunung berapi. Melalui penggunaan kamera berkelajuan tinggi dan alatan penderia akustik, mereka mendapati bahawa petir awan volkanik hanya terdapat berdekatan lohong kawah gunung berapi sahaja. Ini adalah kerana apabila debu volkanik itu dilepaskan, lahar gunung berapi (magma) akan mencaskan cas elektrostatik pada debu itu. Apabila debu itu menjauhi lohong gunung berapi tersebut, cas elektrostatik yang terkumpul pada debu itu akan mengalami proses nyah-cas melalui penghasilan petir. 20160620

T16D14 Kaitan Jerung dan Pemanasan Global

Imej
Manusia mungkin takutkan jerung apatah lagi apabila melihat susunan giginya yang menawan itu. Tapi tahukah manusia bahawa jerung turut membantu mengamankan dunia? Nasib kita bergantung kepada jerung. Jerung memainkan peranan penting yang manusia tidak berapa sedari dalam mengawal perubahan iklim dunia. Jerung merupakan pemangsa utama yang makan penyu, ketam, dan ikan pari, yang mana masing-masing menjadikan tumbuhan lautan yang menyerap karbon sebagai makanan. Apabila populasi jerung berkurangan, spesis haiwan yang sepatutnya jadi makanan mereka akan berlebihan. Saintis menganggarkan jika hanya 1 peratus sahaja tumbuhan penyerap karbon di lautan berkurangan, 460 juta tan karbon akan terbebas ke atmosfera, kuantiti pencemaran yang dihasilkan oleh 97 juta kereta. Jerung terancam kerana ada kegiatan haram yang memburu mereka hanya untuk mendapatkan sirip mereka. Sirip jerung atau sirip ikan yu adalah makanan eksotik yang tidak terbukti khasiatnya. 100 juta jerung terancam se...

Diari Mata Layu

Imej
Tedi berbaring di atas perbaringan sambil melunjurkan kaki menghadap jendela dengan tirainya tersingkap luas. Kelihatan di seberang jalan sana hutan nan menghijau dengan bumbung beberapa blok bangunan yang terbengkalai, tewas dilingkari alam semulajadi. Nasib baiklah bangunan-bangunan itu tidak menggunakan bumbung asbestos yang pastinya akan mereput ditelan masa. Kedengaran siulan burung yang Tedi tidak kenali spesisnya. Ia bersiul sendiri tanpa ditemani teman atau keluarga. Tidak Tedi tahu sama ada ia memang bersendirian.

Bank Indonesia Benarkan Deposit Sampah Untuk Wang

Imej
Wow! Memang mengkagumkan! Bank Sampah Mutiara di bandar Makassar di Indonesia memberikan pilihan kepada para pelanggan mereka untuk meminjam wang tunai dan membayarnya menggunakan sampah-sarap! Nampak gila bukan? Tapi Tedi rasakan inilah kebijaksaan dalam sikap perikemanusiaan yang hebat. Para penduduk di sana membawa sampah-sarap yang boleh dikitar semula seperti botol plastik dan kertas ke pusat pengumpulan yang dikenali sebagai bank sampah, di mana kesemuanya akan ditimbang sebelum dinilaikan dengan wang. Manusia di sana juga boleh membuka akaun simpanan dan menyimpan jumlah tukaran itu ke dalam akaun simpanan mereka. Daripada rakyat untuk rakyat Pengurus Bank Sampah Mutiara, Suryana menyatakan bahawa idea itu datangnya daripada rakyat, diuruskan oleh rakyat, dan hasilnya adalah untuk rakyat. Ideanya adalah untuk mengatasi masalah sampah-sarap menimbun, masalah kekurangan tanah untuk dijadikan tapak pembuangan sampah, masalah kekurangan teknologi pengurusan sampah, dan member...

Popular