Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2026

Bermain dengan Ionic.Zip dan EPPlus

Imej
Yeay... Hari ini Tedi ada satu misi. Misi untuk menggelitar satu folder yang mengandungi beberapa fail yang dipadatkan (zip). Kemudian kandungannya perlu diekstrak. Dan hasil ekstrak itu perlu dikeluarkan dalam satu fail Excel. Alhamdulillah misi Tedi berjaya! Pertama Tedi gunakan pustaka ionic.zip untuk bermain dengan fail yang dipadatkan. Kemudian Tedi gunakan pustaka EPPlus. Esok kena kemaskini fail Excel yang dihasilkan, kena teliti semula regex pattern yang digunakan kerana ada kandungan fail yang tidak diingini telah termasuk ke dalam fail Excel itu. 20150128

Lukisan Lembu

Imej
Lukisan seekor lembu dengan stroke ringkas. Ini merupakan lakaran fasa akhir bagi lukisan lembu . Untuk maklumat lanjut mengenai cara melukis lembu , sila layari Draw Central . Lukisan Lembu Holstein Lembu Holstein merupakan pilihan popular untuk dilukis kerana corak tompok hitam dan putihnya yang unik dan menarik. Namun, memandangkan baka ini bukan lembu tempatan di Malaysia, ia mungkin kurang sesuai dijadikan bahan pembelajaran utama bagi subjek tempatan. Panduan langkah demi langkah cara melukis lembu Holstein boleh dirujuk di laman web Easy Drawings and Sketches .

Balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu menaiki bas Ekspres Musafir | 20190623

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tiket Bas Ekspres Musafir dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Selatan Malam ini Master balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu Kelantan menaiki bas Ekpres Musafir bersendirian kerana Mummy sedang berpantang di Kelantan. Destinasi di Kuala Lumpur ialah Terminal Bersepadu Selatan. Ini adalah satu tradisi ketika Mummy sedang berpantang dan pernah Tedi kisahkan perjalanan Master ini dalam kiriman bertajuk  Dari Kota Bharu TESCO ke Kerinchi . Keterangan   Tiket bas EKSPRES MUSAFIR ini merekodkan butiran perjalanan dari KOTA BHARU menuju ke TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS), Kuala Lumpur . Perjalanan bas ekspres ini, yang mewakili salah satu laluan paling popular, dijadualkan pada 23 Jun 2019 dan akan bertolak tepat pada jam 09:00 malam. Tiket bas bernombor rujukan TBS190600216059 ini diperuntukkan untuk penumpang dewasa, dengan tempat duduk bernombor 8A. Harga tiket bas ta...

Tedi @ KL Towerthon | 20160517

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isi Kandungan: 📊 Rumusan Masa & Peristiwa 🕒 Sampai di kawasan berkumpul jam 5.30 pagi 🏃 Master dipanggil memulakan perlumbaan 🏁 Sampai di TH03 ☁️ Ke Sky Deck Rumusan Kronologi Towerthon 2016 Masa Peristiwa / Aktiviti 04:30 AM Bangun dan bersiap di hotel penginapan. 05:30 AM Tiba di kawasan berkumpul (Pendaftaran). 06:00 AM Solat Subuh & Pelepasan kelompok pertama. 06:45 AM Master dipanggil memulakan perlumbaan. 07:30 AM Tiba di garisan penamat (Tingkat TH03). 12:00 PM Check-out hotel & cari tempat makan. 05:30 PM Selamat tiba di Sepang. Hari Ahad yang lalu ( 15 Mei 2016 ) merupakan hari yang panjang dalam hidup Tedi kerana seharian Tedi menghabiskan masa bersama Master dan Mommy di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) . Pada pagi hari kami sertai KL Towerthon 2016 di Menara tersebut sebelum pada waktu petangnya pula kami menjelajah Menara KL. Towerthon di Menara Ku...

Sakinah kemas rumah | 20140215

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Minggu lepas cik Sakinah datang ke rumah Tedi tak pastilah apa tujuan utama beliau mengunjungi kami, tapi beliau tampak menyibukkan dirinya di sini. Di antara aktiviti beliau adalah tolong mengemas rumah. Ada gaya profesional mengemas barang ni. Tekun dan berdedikasi pula tu. [20140215] Sedang kemaskan meja kopi yang penuh dengan barang-barang. Lepas ni mesti "bersih" meja kopi tu Sakinah kemaskan. Mana dia boleh tengok meja penuh dengan barang, mesti nak kemas. [20140215] ~ 20140215 ~ Jika kiriman ini bermanfaat, sila bantu sokong blog ini dengan melawat iklan yang ada ya. Terima kasih banyak! ← Entri Sebelumnya Entri Seterusnya →

Popular