Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Medan (Indonesia)

[t13i04] Misi Tedi: kosongkan memori kamera.

Imej
Misi ini penting untuk kesinambungan misi esok hari Misi apakah itu sehingga memaksa Tedi mengosongkan memori kamera yang selalunya Tedi tak endahkan kerana saiz memorinya 8 Gigabyte itu boleh memuatkan beribu foto? Menjadi kebiasaan juga Tedi baru perasan banyak foto yang menarik untuk dikongsikan seperti gambar bangsal yang menempatkan Meriam Puntung ini. Dalam bangsal ini ada Meriam Puntung yang kisahnya mahsyur di Medan, Indonesia. Kononnya jelmaan seorang putera raja dalam membantu adiknya yang diculik oleh seorang putera raja kerajaan lain. Meriam ini menembak tanpa henti sehingga muncungnya menjadi merah menyala, dan kerana ditakuti meletup kebaboom, meriam ini disimbah air menyebabkannya terputus dua. Muncungnya tercampak ke tempat lain (lupa lak tapi jauh la, di Danau Toba rasanya) dan pangkalnya di sini. Panjang lagi ceritanya jadi Tedi biarkan sahaja sampai di sini, nanti jadi sinetron 200 episod pula, naya je...   Kerana esok Tedi dan Mommy dan Master dan kawan Master d...

Hanya untuk para karyawan

Imej
Selamat pagi! Hari ini Tedi bangun awal, sekitar jam 5 pagi, tapi bukan disebabkan Piala Dunia!  Nak pergi jenguk Brazil lawan Croatia pun Tedi malas, kerana bolasepak itu memang menarik jika ditonton, tapi kalau tak ditonton ia tak menarik, maka Tedi tak berasa rugi apa-apa pun kerana Tedi tak menontonnya. Pagi ini Tedi cuma nak beri amaran kepada kekawan yang berkunjung ke Medan di Indonesia , sila jangan serbu mana-mana tandas di sana lebih-lebih lagi jika anda bukan seorang karyawan! Ternyata orang Medan menyanjung tinggi para karyawan sehinggakan ada tandas khas buat mereka... Tapi janganlah kembang hidung sangat jika anda sorang perngkarya di Malaysia, terus mahu masuk ke tandas VIP seperti ini semata-mata kerana anda adalah seorang karyawan! Kerana "karyawan" yang dimaksudkan mereka adalah "kakitangan" atau "pekerja".. Maksudnya? Tandas itu khas buat pekerja mereka saja... :P 13 Jun 2014.

Popular