Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Piala FA Malaysia 2019

Kedah musnah impian FELDA United di Jengka

Yeah, Kedah menang jumpa Perak di perlawanan akhir Piala FA Malaysia. Walaupun sekadar menang aggregate, bolehlah daripada tiada. Ini laporan berita kemenangan Kedah yang dilaporkan oleh Harian Metro. IMPIAN FELDA United mengulangi pencapaian mara ke pentas final Piala FA musim lalu musnah biarpun menang 3-2 pada aksi separuh akhir kedua bertemu Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi. Keputusan itu menyaksikan skuad Lang Merah mara ke final dengan agregat 3-3 untuk bertemu Perak. Kedua pasukan mempamer aksi bertenaga sebaik wisel perlawanan ditiup pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin. Pasukan pelawat menguji skuad The Fighters m-4 melalui rembatan kencang luar kotak penalti penyerang import mereka, Fernando Rodriguez Ortega namun sekadar melewati penjuru kanan gol FELDA United dikawal Norazlan Razali. Keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti m-24 menyaksikan bola dirembat pemain Kedah terkena tangan pemain pertahanan FELDA United. Pengadil perlawanan tidak ter...

Kedah Kecewakan Felda United

ALOR SETAR: Kedah memperoleh bekalan tipis apabila menewaskan FELDA United 1-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, malam tadi.  Beraksi penuh semangat di hadapan penyokong sendiri, Kedah membuat gerakan untuk mencari gol awal  tetapi tandukan pemain tengah Jonatan Bauman tersasar selepas menerima hantaran Zaquan Adha pada minit ke-5.  Kedah terus mengasak pintu gol lawan dengan percubaan pemain mudanya Hidhir Idris pada minit ke-10 melepasi palang gol tatkala FELDA tampak lebih gemar bertahan dan kekal berdisiplin dalam menangkis serangan yang dilancarkan tuan rumah.  Penjaga gawang FELDA Norazlan Razali terus memastikan gawangnya tidak dibolosi apabila menyelamatkan dua percubaan menerusi tandukan daripada Bauman pada minit ke-31 dan Renan Alves pada minit ke-36. Pada babak kedua, Kedah terus melancarkan usaha memburu gol tetapi sepakan percuma oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-49 berjaya ditepis keluar Norazlan. Serangan bertali a...

Popular