Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201305

Mengintai ...

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Falsafah Intai Maksud & Perbezaan Rujukan Setiap makhluk punya rasa ingin tahu Apa rahsia yang tersembunyi Di sebalik sesuatu apa jua Hai, intai apa tu? Siapa intai siapa ni? Intai. Intai adalah perbuatan mencuri melihat sesuatu sambil menyembunyikan diri. Intai dikaitkan dengan intip. Intai menggunakan mata. Intip menggunakan semua indera. Intai terkandung dalam intip. Intip boleh tanpa intai. Intai boleh juga berlaku tanpa menyembunyikan diri, tetapi diri kita memang sedia terselindung di sebalik sesuatu. Intai juga boleh berlaku apabila penglihatan kita terlindung oleh sesuatu. Apa Tedi mengarut ni? Lantak la. Rujukan Pesawat Intai Maksud perkataan "intai" 🏠 Kembali ke Laman Utama Diterbitkan: 20130516 | Kemaskini: 20260304 (13:47) | interpretZZ

[t13e31] Tikus Dijumpai di Marikh? Imej Misteri Curiosity Rover Kejutkan Peminat UFO.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Misteri Planet Marikh: Adakah Curiosity rover NASA benar-benar merakamkan imej seekor tikus di permukaan Planet Merah, atau adakah ia sekadar ilusi optik batu batan? Ikuti kupasan penuh misteri ini. Isi Kandungan: Penemuan "Tikus Angkasa" oleh Curiosity Teori Pareidolia (Ilusi Batu) Kupasan & Teori Kaum Tikus oleh Tedi Sumber Rujukan Berita Penemuan "Tikus Angkasa" oleh Curiosity Curiosity rover milik NASA telah merakamkan pemandangan debu-debu oren, permukaan berbatu dan yang menarik ialah gambaran menyerupai seekor tikus di Planet Marikh. # Ilustrasi: Pemandangan permukaan Marikh yang di...

Bagaimana letak scroll-bar dalam kiriman Blogger?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Tedi dah lawat banyak blog manusia. Yang menarik tu, archive  mereka yang berjela-jela tu tak makan banyak ruang, sebabnya mereka ada scroll-bar . Evolusi scroll-bar Windows Microsoft Windows Scroll Bar Evolution Archive  blog Tedi takleh nak letak dalam bentuk hierarki la sebab berjela2, ye la, dah bertahun2 usia interpretZZ ni. Kalau dapat tau camne  nak letak scroll-bar tu ok juga. Tutorial faranymboboiboy ~ Tutorial buat scrollbar pada blog archive Hari ni banyak baca cerita pasal angkasa lepas, terutamanya pasal bulan Planet Zuhal yang bernama Titan, & juga kapal angkasa Dream Chaser. Banyak juga isu mengenai Badak Sumbu, tapi Tedi tak sempat nak baca.Semoga Badak Sumbu hidup aman di dunia yang penuh dengan kekejaman manusia ni. Ada juga orang baca post Tedi ni sekarang, tapi dari Amerika Syarikat, United Kingdom & juga Kanada! Ada bunyi pelik di bawah! Tedi nak check  kejap...   20130525

[t13e27] Imam Muda Asyraf di Xinjiang

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Periksa Twitter tadi, nampaknya tuit Imam Muda Asyraf di Xinjiang agak menarik Mari Tedi abadikan sedikit, boleh dijadikan bacaan pada masa depan. Terima kasih Imam Muda Asyraf untuk maklumat berguna ni. "Ekau tahu ape nama hotel yang den tidur semalam?" "Kamu tahu apa nama hotel yang saya tidur semalam?" Hami Hotel   "Hampir kebanyakan bumi Muslim di dunia ini dikurniakan hasil bumi seperti minyak, contohnya di Xinjiang , China. Salah satu daerah majoriti Muslim" ~ @imammudaasyraf Xinjiang menggunakan tulisan berasaskan arab "Di daerah Xinjiang, kebanyakan kedai-kedai di bandar menggunakan tulisan arab. Sama seperti tulisan jawi, cuma beberapa huruf yang diubah." ~ @imammudaasyraf Xinjiang masih mundur "Walaupun kebanyakan sumber minyak dan gas yang digunakan di seluruh China seperti Beijing dan Shanghai diambil dari Xinjiang, namun...

Ucapan di antara Allah & Nabi Muhammad S.A.W.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master cerita pasal Israk Mikraj tadi, dia dapat daripada khutbah minggu lepas. Cerita Master tu boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk:  Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala  |   Allah subhanahu wa ta'ala menyambut dengan ucapan salam  |   Kemudian Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam ucap salam lagi & tak lupa salam untuk hamba2 Allah yang soleh sekali  |  Komen Tedi pasal 3 ucapan tahiyyat ni:  |  Rujukan: Rupa-rupanya bacaan tahiyyat yang manusia Muslim duk baca dalam solat itu adalah ucapan2 di antara Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta'ala. 3 ucapan itu ialah: Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala "Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yg baik-baik semuanya untuk Al...

Google vs Microsoft: gaduh pasal applikasi pemain video

Imej
Sudah lama Master tak borak dengan Tedi pasal teknologi telefon ni, pastu tiba-tiba tadi Master duk citer pasal Google bergaduh dengan Microsoft. Alkisahnya Microsoft sudah bangunkan satu apps untuk mainkan video YouTube atas Windows Phone. Applikasi tu pulak boleh download video dan mainkan video tanpa iklan . Sudah tentu la Google marah kerana Google hantu iklan! Google beri amaran kepada Microsoft dan suruh Microsoft tarik apps tersebut. Microsoft kata mereka akan cuba selesaikan secepat mungkin. Microsoft salahkan Google kerana tak sediakan aplikasi yang sesuai. Google kata, guna yang web aje dah memadai. Ada ka patut? Berlagak sungguh. Microsoft jawab mereka dengan senang hati boleh masukkan iklan tu kalau Google beri kerjasama. Lantak korang la. Nak gaduh, gaduh la. Tedi bukan layan Youtube pun. Kawan-kawan boleh baca sendiri di: YouTube warns Microsoft over ad-free Windows Phone app Google and Microsoft squabble over YouTube app 20130516

Rama-rama berkepak kaca.

Imej
Lawa kan rama-rama ni? Maklumat lanjut mengenai Greta Oto . Kepak Greta Oto lutsinar kerana tisu2 kepaknya kekurangan pigmen warna yang ada pada rama-rama lain. Selalunya ditemui di benua Amerika Tengah (Mexico hingga Panama). Nama rama2 ini dalam bahasa Sepanyol ialah Espejitos yang bermaksud Cermin Kecil . Biasan cahaya pada sudut tertentu akan membalikkan imej seperti cermin pada kepak rama2 itu. 14 Mei 2013, 20130514

Akhirnya orang Amerika juga jadi hero!

Imej
"Akhirnya orang Amerika juga jadi hero!" Itulah ulasan pendek Master apabila habis tonton " The Last Samurai " di RTM 2 semalam. Mungkin kerana kecewa nilai sejarah dalam filem itu terlampau murah. Apa kisahnya dalam filem "The Last Samurai" lakonan Tom Cruise ini? Sila la baca sendiri di Wikipedia (En): The Last Samurai . Kapten Nagren berjuang bersama Katsumoto. Blogger Tua 307: The Last Samurai wallpaper Apa yang Master tau pasal Samurai terakhir di Jepun adalah: mereka tak terlibat dengan orang Amerika Syarikat. mereka hidup dengan aman di sebuah kampung terpencil dikelilingi sawah padi, di mana jalan masuk ke kampung itu amat terkawal. mereka tidak hanya bergantung kepada pedang dan panah. Mereka ada banyak teknologi lain seperti bom asap & bom tangan. mereka tidak berperang secara berdepan kerana bilangan mereka sedikit, sebaliknya mereka menggunakan kaedah gerila. mereka kalah akibat pengkhianatan orang dalam yang memberi kedud...

Mata ikan - Pandangan Berbeza

Imej
Tadi Tedi tengok gambar-gambar yang ditangkap menggunakan Kanta Mata Ikan. Apa benda tu? Kawan-kawan mungkin boleh cari sendiri maksudnya kerana Tedi pun tidak pakar untuk menjelaskannya. Kita tengok dan baca mengenai koleksi gambar di bawah mungkin dapat menjelaskan perspektif mata ikan tersebut. Ini adalah koleksi unik oleh jurugambar Randy Scott Slavin melalui 1 projek yang dinamakan " Alternative Perspectives ". Ada beratus-ratus gambar yang beliau ambil untuk projek tersebut, ini sebahagiannya. Bangunan Empire State di New York Melalui gambar ini kita dapat tengok bahawa teknik ni digunakan untuk mendapatkan gambar panorama dan kelihatannya macam 360 darjah sudut pandangan dirakam oleh kanta mata ikan ni. Selalunya kita gunakan wideview je untuk rakamkan gambar lebih lebar, tapi kanta yang ini macam melampau sangat la pula. Battery Park, New York ... Jeti di Westport, Connecticut. Kadangkala gambar tu kelihatan sungguh seperti dalam cerita dongeng. Big Sur, California ....

[t13e17] Tedi dah terpengaruh dek Mommy?

Imej
Adoi la nye pun. Tedi sudah makin kasihan dengan manusia. Sebabnya? Tedi dah terbaca blog para manusia di Malaysia ni. Selama 4 tahun Tedi kenal blog, Tedi tak pernah baca blog mereka! Cuma Mommy je selalu citer itu ini daripada blog yang Mommy baca. Tipu? Biar la apa manusia nak kata. Tedi tak kisah. Ini kan DIARI Tedi? Sebelum ni banyak baca pasal kawan-kawan Tedi jer Juga pasal pejuang-pejuang daripada kaum manusia yang melindungi mereka Selain itu pasal Microsoft, Apple, Samsung, Sony Ericcson Gambar hiasan menunjukkan satu pasangan suami isteri bersama anak mereka di papan gelongsor di sebuah taman permainan. Tapi bila baca blog manusia di Malaysia ni Nyata berbeza Ada something fishy there ... Hahaha, tak la Blogger Malaysia ni lebih sentimental kot? Ceritacerita pun banyak yang sedih? Atau Tedi yang salah masuk blog? Istilah yang digunakan pun pelik-pelik...  Blogwalking ? Bagi Tedi kalau tak berbaloi untuk dikomen, baik tak payah komen. Walaupun Tedi pernah komen "hahahah...

Google memetakan Kepulauan Galapagos

Imej
Pemetaan Kepulauan Galagos dijalankan oleh pendaki upahan Google yang menggunakan peralatan Google Street View Trekker. Kepulauan Galapagos : rumah kepada kura-kura terbesar di dunia. lokasi yang menjadi inspirasi kepada Teori Evolusi Darwin . Google sedang bekerja keras untuk memetakan setiap inci kepulauan itu sama ada di atas atau di bawah permukaan laut. Pemetaan ini dilakukan untuk membolehkan pengguna Google Street View melihat panorama di Kepulauan Galapagos. Google berkerjasama dengan Charles Darwin Foundation dan Galapagos National Parks Directorate . Para pendaki yang diupah Google membawa peralatan Street View Trekker seberat 42-pound yang disandang di belakang. Kamera yang sama tetapi dengan versi kalis air digunakan untuk merakam kepelbagaian hidupan laut di sekitar kepulauan itu sebagai sebahagian usaha Catlin Seaview Survey . Google Maps Galapagos Islands Above And Below The Water . .. memetakan wilayah NKRI .. peluang dan usaha serta rahsia ay...

[t13e12] Gambar di sekitar Teriang / Triang di Pahang di Malaysia

Imej
  Teriang atau Triang, Tedi tak pasti mana satu ejaan yang betul, adalah pekan (ataupun mungkin bandar) terhampir dengan Felda Sungai Lui Negeri Sembilan, walaupun ia terletak dalam negeri jiran iaitu Pahang Darul Makmur. Memandangkan ia pekan, maka Teriang mempunyai kemudahan yang kadangkala diperlukan penduduk di kawasan luar bandar. Kami kadangkala ke Teriang untuk menggunakan kemudahan itu. Ini adalah koleksi gambar di sekitar Teriang yang sempat Tedi masukkan. Bas Bahau Liner Medan Selera Triang Pasar Awam Triang Triang adalah ejaan sebenar? Terminal Bas dan Teksi Triang   Bas Bahau Liner Gambar sebuah bas berwarna hijau dengan label Bahau Liner dan SKB dan Cuti-Cuti Malaysia. Gambar sebuah teksi lama bernombor pendaftaran CP 7514. Gambar sebuah motosikal.  SKB bermaksud Sistem Kenderaan Bumiputera.  Bahau Liner menghubungkan bandar Bahau di Negeri Sembilan dan bandar Teriang di negeri Pahang. Kekerapan bas ini pada masa dahulu adalah 1 jam 1 bas. # Sunday, 12 M...

[t13e21] Staff AmBank Amcorp Mall yang sungguh bongkak

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Master pergi ke AmBank di Amcorp Mall untuk bayar pinjaman kereta. Selalunya Master bayar di kaunter AmBank Kompleks Azman Hashim . eforericyong: Banks increase interest rates & how will it affect you. Lengang, takder orang! Giliran Master pun tiba. "Ye encik, ada apa?" "Saya nak bayar loan  kereta.", jawab Master. "Bayar di ATM luar sana. Senang je. Sekejap je.", jawab staf lelaki tersebut. Hek eleh, bongkak sungguh. Selalu Master bayar di kaunter relax jer , dah la ayat pun entah hapa-hapa. Bukannya ada orang pun. "Sila bayar di ATM!", kata pakcik2 ni. Takderla, gurau jer, pakcik2 ni jadi model ATM jer. Takde kena-mengena dengan cerita ni. Cerita sebenar mereka adalah " mybroadbandnews: AmBank wins award for its wireless ATM services " Master tak bayar di ATM sebab baki hutang tak dipaparkan. Selalunya kalau Master bayar d...

[t13e05] Beza Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat... master berbicara.

Tedi bagi laluan la untuk Master berceloteh pagi ni, sempena pilihanraya umum yang ke-13 pada tahun 2013. Master kata (tiru style Tun Dr. Mahathir) : Barisan Nasional adalah parti pelbagai kaum melalui gabungan parti2 berasaskan kaum masing2. Pakatan Rakyat pula merupakan gabungan parti pelbagai ideologi di mana setiap parti komponen tidak berasaskan kaum tetapi berdiri atas ideologi masing2. Contohnya PAS di atas prinsip Islam, PKR mungkin atas prinsip sosial, manakala DAP mungkin atas dasar demokratik. Ironinya, Barisan Nasional sering mencanang Pakatan Rakyat mementingkan dasar perkauman. Bagi Master, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana setiap komponen Pakatan Rakyat boleh dianggotai mana2 kaum asalkan mereka patuh kepada ideologi parti tersebut. Mempunyai 1 parti yang dianggotai oleh banyak parti komponen yang berasaskan kaum mungkin multi-racial, namun tidak menjadikan Barisan Nasional lebih anti-perkauman berbanding Pakatan Rakyat. Ini cuma pendapat ilmiah. t...

[t13e24] Ketulan dalam makanan kucing jenama Purina One Beyond

Imej
Berhati-hati dengan makanan kucing anda, mungkin ada ketulan pelik di dalamnya. Kejadian ini berlaku di Amerika Syarikat, namun boleh dijadikan pengajaran. Ketulan biru hijau dijumpai di dasar beg. Disyaki terbentuk daripada pembungkusan makanan kucing ini sebelum ia benar-benar sejuk.   Seekor kucing yang memakan makanan ini muntah-muntah.   Purina berjanji akan siasat kes ini dan menyatakan bahawa tiada aduan daripada pengguna-pengguna lain. Bacaan lanjut mengenai kes makanan kucing berketul: Mold Reported in Purina One Beyond Purina, FDA investigate claim of moldy cat food 24 Mei 2013, 20130504

[t13e18] Segmen? Apa pula tu?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Dua tiga hari sejak terjebak dalam aktivit membaca laman-laman blog di Malaysia ni, Tedi mulai menemui istilah-istilah baru. Sebelum ni Tedi mengenali istilah " blogwalking ", iaitu aktiviti melawat blog orang lain dan bertegur sapa di sana. Serupa macam kita melawat rumah jiran tetangga. Aktiviti ini dijadikan disiplin di mana para penulis blog akan memperuntukkan masa tertentu untuk melawat blog kawan-kawan mereka. Hari ni pula Tedi mula mengenali istilah " segmen ". Gambar kulit pilihan Tedi kali ini: " Teddy for her... "   Tedi bertanya kepada seorang blogger apakah itu "segmen"? Tengok nanti dia jawab tak? Mana tau manusia fikir Tedi ni ngada-ngada? Tadi dah baca pasal banyak binatang mati disyaki akibat bom . Lepas ni nak baca pasal pilih kasih di antara kumpulan haiwan lak. Tadi nak baca satu kiriman di  kakisem...

[t13e23] PM Najib tolong mansuh tol ...

Imej
    Bukan semua tol perlu dimansuhkan , tapi tol dalam bandar itu memang sungguh tak logik! (Sebenarnya bila difikirkan, logik juga, kalau Tedi fikir sebagai bos konsesi tol la.) Susah orang nak pergi kerja, nak shopping , kadang2 nak u-turn pun kena dah 2 tol!   Cuba Dato' Seri Najib baca petikan akhbar di bawah berkenaan pemansuhan tol yang diperjuangkan oleh hulubalang2 UMNO & BN sendiri. Ini membuktikan orang bawahan Dato' Seri memahami permasalahan rakyat.   Malangnya siapakah yang menghalang Dato' Seri daripada menerima maklumat yang betul?   Adakah mereka di sekeliling Dato' Seri merupakan pemimpin yang bersih, cekap & amanah? Atau mereka hanya mementingkan perut buncit masing2?   Dato' Seri jangan risau, perut Tedi pun buncit juga, tapi Tedi tak buncit sekor2, Tedi ajak kawan2 sekali. Sinar Harian, 02 Dis 2011: UMNO Selangor minta mansuhkan tol Batu Tiga Sinar Harian, 12 Mei 2012: UMNO Shah Alam desak hapus tol Batu Tiga & Sungai Rasa...

[t13e23] Tedi tanpa kata...

Imej
  Kehidupan ini Pernah Tedi lalui Tanpa teman Tedi kasihi Tedi syukuri nikmat yang diberi Tuhan Redhai kami 23 Mei 2013, 20130523

[t13e19] David Beckham sedia kembali ke Major League Soccer

Imej
David Beckham , mungkin ramai kenali dia ni. Bekas pemain Manchester United , Real Madrid , L.A Galaxy & terakhir, Paris St Germainne selain mewakili England di Piala Dunia. Beckham akan kembali ke MLS sebagai pemilik kelab? Takyah citer panjang pasal dia ni, boleh check sendiri laman web yang berkenaan. David Beckham, Tedi cuma kenal dia sebagai pakar sepakan percuma dengan sepakan yang agak2 lencong, cukup2 untuk sumbat gol. Kemahiran itu agak istimewa apabila dia boleh lakukannya dengan jarak agak jauh daripada gol. Namun kini, Christiano Ronaldo mungkin boleh lakukan lebih jauh. Dia dikatakan akan kembali ke Major League Soccer , liga bolasepak Amerika Syarikat di mana dia pernah beraksi bersama L.A Galaxy, namun kini bukan sebagai pemain, tapi sebagai pemilik kelab. Erm, Tedi tak respect  dia sebagai pemain bola, tapi kagum dengan kebolehan dia jadi kaya... hahaha. Beckham hints MLS return as owner Wikipedia (En) :  http://en.wikipedia.org/wiki...

[t13e18] Google Glass langgar privasi?

Rupa-rupanya bukan Tedi sahaja yang terfikir mengenai pencabulan kebebasan peribadi jika Google Glass dilancarkan. Betapa mudahnya nanti mengambil gambar dan merakam video menggunakan gajet cermin mata pintar Google Glass. Bukankah nanti akan ada manusia yang menyalahgunakannya? Video yang menceritakan kebimbangan ini telah diterbitkan dengan tajuk " Google Glass: do's and dont's " oleh Mashable . Tetapi biasalah kan kita takkan boleh mengekang teknologi. Semua peralatan akan ada baik buruknya mengikut siapa yang menggunakannya. Pisau mengupas buah boleh sahaja digunakan untuk menikam orang lain. 20130518

Popular