Aina dan Aidan selsema, ke Alam Megah, ke Menara TM, dan makan malam di Hotel Sama-Sama
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada hari ini aktiviti kami adalah membawa Aina dan Aidan ke klinik kerana mereka selsema dan batuk, pergi ke Shah Alam untuk ambil tudung yang Mummy sudah lama beli, pergi ke Menara TM untuk ambil barang pejabat Mummy, dan makan malam di Hotel Sama-Sama. Kiriman ini akan dikemaskini dengan konsep sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Stay tuned., Aina dan Aidan selsema Malam tadi Aina demam dan mula selsema. Aidan pula batuk. Kami mengambil keputusan membawa mereka ke Poliklinik Amalmedik Kota Warisan untuk diperiksa. Kedua-duanya tidak memberikan kerjasama yang baik apabila doktor meminta mereka buka mulut untuk diperiksa. Pada jam 2:30 petang kami berada di Poliklinik Amalmedik Kota Warisan membawa Aina dan Aidan yang selsema dan batuk. Aina demam malam semalam. Gambar Aina dan Aidan bermain buaian yang ada di dalam klinik tersebut, memakai pelitup muka kerana wabak...