Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ustaz Azhar Idrus

T13A31 UAI tiada Twitter (Tedi pun tak punya Twitter jugak)

Imej
Gambar tangkap layar Twitter dan Facebook di mana Ustaz Azhar Idrus menafikan beliau memiliki akaun Twitter. Kawan Tedi beritahu Tedi yang Ustaz Azhar Idrus menafikan beliau mempunyai akaun Twitter setelah tersebar tweet kononnya daripada beliau yang memaklumkan McD di Malaysia tiada kena-mengena dengan Israel. Twitter adalah satu platform mikroblog di mana penulis berkongsi tulisan mereka dalam petikan ayat-ayat pendek tak macam blog. Ia tak perlukan tajuk untuk setiap ciapan (tweet) yang mana nak fikir tajuk pun dah jadi satu masalah. Para pembaca pula boleh membalas atau kongsi setiap ciapan sebagai retweet. Laman mikroblog lain mungkin Instagram. Pada zaman sekarang ini memang fitnah merata-rata terutamanya melalui media sosial. Kita baca tu boleh, nak percaya tu kena selidiklah terlebih dahulu. 20130131

Kursus jenazah tak laku

Imej
"Borang kursus jenazah di masjid bersepah-sepah tak laku. Borang masuk U, borang biasiswa, tiket konsert, berebut-rebut takut tak dapat. Dunia akhir zaman..." - Ustaz Azhar Idrus Posisi mayat lelaki dan perempuan di hadapan imam semasa solat jenazah. Sumber: Cara ringkas solat jenazah. Solat jenazah dilakukan dengan berdiri tegak menghadap kiblat dan jenazah diletakkan di hadapan imam. Hanya ada 4 takbir, tidak perlu ruku',  tanpa i'tidal, tanpa sujud, tanpa duduk antara dua sujud, tanpa duduk tasyahud awal dan tanpa tasyahud akhir. Ketika solat berjemaah untuk solat jenazah, kena berdiri rapat-rapat, tak perlu ruang untuk sujud, cukup dapat berdiri selesa. Ini contoh berdiri rapat-rapat ketika solat jenazah.  http://minus-ska.blogspot.com/2013/03/solat-jenazah.html 20140920

Popular