Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201803

[t18c19] Nor Aina ambil suntikan 1 tahun di Klinik Kesihatan Salak & Dilema Susu Formula

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam, keluarga Baginda, dan juga para sahabat. 14:30 - Di Klinik Kesihatan Salak Kami berada di Klinik Kesihatan Salak untuk mendapatkan suntikan buat Nor Aina sempena umurnya setahun. Sepatutnya disuntik semasa umurnya 12 bulan, kini dah nak 13 bulan, tertangguh kerana Aina ditahan wad lebih seminggu sebelum ini akibat nafas berbunyi. Berat Aina 6.8 kg (Timbang tanpa buka baju) Tinggi Aina 69 cm (Sempena umur setahun) Usai Aina menerima suntikan, kami pergi ke arah kereta yang diletakkan di hadapan Speed Mart 99 di unit bangunan komersial bersebelahan Klinik Kesihatan Salak. Dilema Susu: Bakteria vs Harga Kami beli susu tepung formula Nestlé NANKID OPTIPRO langkah 3 seberat 1.3 kilogram pada harga RM 69.50 . Harganya adalah RM 10 lebih mahal berbanding Anmum Step 3 seberat 1.2 kilogram, tapi sengaja Master beli sebab dalam susu NANKID OPTIPRO ni dikatakan ada bakteria. Masalah...

[t18c24] Bayi Aina muntah susu beku macam keju

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   [Kandungan] Bayi Aina muntah susu beku Hajat nak bawa Tok Ma ke Senotron Bangi Konvoi Le Tour de Langkawi menghadang jalan Adakah Aina sakit sebab minum Anmum Essential? Bayi Aina muntah susu beku Sepatutnya pada jam 1 petang tadi kami ada temujanji di Sonotron Tawakal . Kami bergerak dari rumah sekitar jam 12 tengahari bersama Mak Su Izati . Rancangannya adalah kami akan hantar Mak Su Izati ke Institut Perguruan Islam Bangi , sebelum bergerak ke Seksyen 8 Bandar Baru Bangi di mana terletaknya klinik Sonotron Tawakal. Kami tiba di IPG Bangi pada jam lebih kurang 12:30 tengahari . Belum sempat Master nak letakkan kereta dalam petak letak kereta di IPG Bangi tu tiba-tiba Aina muntah, habis baju dia dan baju Mommy kotor terkena muntah dia. Muntah Aina sungguh banyak, dan muntahnya macam susu basi yang dah bertukar menjadi keju! Baunya sungguh busuk. Mommy tumpang bersihkan di...

[t18c18] Invalid Column Name padahal ada ja column tu

Imej
Ini lagi satu error yang membuatkan Tedi stuck tiga hari tiga malam.  ERROR org.hibernate.engine.jdbc.spi.SqlExceptionHelper - invalid column name 'companyMain' Padahal property companyMain tu dah memang ada dalam CmsUser tu dan mapping-nya semua betul. Fikir punya fikir dan selepas solat hajat, tiba-tiba didatangkan ilham untuk rever satu class yang lain yang juga property foreign key dalam CmsUser, nama class tu StaffMain. Tedi check dalam tu memang ada companyMain juga, maka Tedi pun segera menghapuskannya. Selepas run apps, memang benarlah, itulah puncanya. Benda kecil yang menjadi besar.... huhuhu... Inilah masalahnya berkongsi kod dengan orang lain tapi tidak berada di tempat sama. Masalahnya mereka okay sahaja jadi environment dalam local machine Tedi sahajalah yang tak okay.   Mar 18, 2018 7:29:37 AM org.apache.tomcat.util.digester.SetPropertiesRule begin WARNING: [SetPropertiesRule]{Server/Service/Engine/Host/Context} Setting property 'source' to ...

[t18c14] Bawa Aina ke Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL

Imej
Pagi tadi kami ke Hospital Kuala Lumpur atas urusan membawa Nor Aina menerima pemeriksaan susulan di klinik pakar bedah plastik di sana. Temujanji kami adalah pada jam 9 pagi, tapi disebabkan oleh masalah jarak dan juga kesesakan jalan, kami sampai di sana pada jam 9.30 pagi. Aina dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur menaiki kereta Proton Persona untuk temujanji periksa parut di dahinya. Umur Aina pada masa ini ialah 1 tahun 25 hari. # Wednesday, 14 March 2018, 08:09 # DSC_1722 # Sony G3226 # Kami mengambil jalan Dengkil - Lebuhraya Damansara Puchong - Lebuhraya Maju (MEX) - keluar di Bukit Jalil - masuk ke Lebuhraya Seremban KL - masuk Terowong SMART - lalu Jalan Tun Abdul Razak - dan terus menghala ke Bulatan Pahang di mana anda sudah boleh nampak tangki air Hospital Kuala Lumpur. Kami masuk ke kawasan Hospital Kuala Lumpur melalui bangunan paedatrik, ortopedik, masjid HKL yang sedang dibina semula. Ketiga-tiga tempat itu adalah sinonim dengan Master dalam 11 tahun ...

[t18c17] Newcastle United mungkin dapat durian runtuh £20m?

Imej
Banyak hal yang berlaku di kelab bola sepak Newcastle United, sehingga ramai terlupa hal-hal yang lebih penting. Apakah hal penting tersebut? Sudah tentulah perkara paling penting adalah untuk NUFC mengekalkan penyertaan mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Kemudian baru kita boleh risaukan sama ada Rafa Benitez akan terus bersama kita, dan harapnya Mike Ashley akan pergi meninggalkan kita. Kedua-duanya akan bergantung kepada kejayaan Newcastle United terus kekal bertanding dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi kita juga lupa bahawa jika Newcastle berjaya kekal dalam liga ini, kelab bolasepak tersebut mungkin akan menerima durian runtuh. Durian runtuh bermaksud bonus atau keuntungan yang tidak disangka-sangka. Selain itu, kemenangan ke atas Huddersfield pada perlawanan seterusnya akan membolehkan kelab NUFC, dan para penyokongnya menghitung berapa tinggi Newcastle United boleh berada dalam carta kedudukan Liga Perdana Inggeris 2017/2018. Kedudukan terkini Liga...

Cerita Sama, Berita Berbeza

Imej
  Gambar di atas adalah gambar keratan akhbar hari ini yang mengulas mengenai cerita pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Negeri Selagor yang baru. Gambar ni Tedi terjumpa semasa membersihkan arkib gambar di awan nano... hehe.. Azmin Ali menggantikan Menteri Besar Selangor sebelum itu, Khalid Ibrahim. Gambar di atas menunjukkan Utusan Malaysia mengulas cerita itu dengan tajuk, " Azmin kritik Khalid " . Manakala gambar yang sama turut memaparkan akhbar Sinar Harian melaporkan berita pelantikan Azmin Ali itu dengan tajuk berita, " Azmin puji Khalid " . Mana satukah tajuk yang benar? Tedi memang susah nak percaya tajuk akhbar kerana mereka suka puter belit tajuk berita mereka supaya menarik minat orang untuk membacanya. Mereka lebih suka menggunakan tajuk yang sama membodek atau sebaliknya, menggunakan provokasi untuk melariskan jualan. Mungkin tajuk berita mereka sahaja yang gah tapi sebenarnya tiada isi apa pun. Selain itu gambar ini juga membenarkan b...

T18B24 Aina masuk wad Hospital Putrajaya kali ke-3

Imej
20180224, Sabtu, Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 2 pagi tadi . Ia adalah susulan kami bawa Nor Aina ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya sekitar jam 8:30 malam, hari Jumaat, 20180223 kerana dia mengalami masalah nafas kencang dan muntah-muntah . Aina dimasukkan ke wad kerana pada malam sebelumnya iaitu pada hari Khamis, 20180222, Aina telah menerima rawatan nebulizer sehingga jam 12:30 tengah malam, sebelum dibenarkan pulang. Jadi memandangkan masalah sama berulang, doktor pakar telah memutuskan bahawa Nor Aina perlu dimasukkan ke dalam wad. Ini adalah cerita panjang yang terpaksa Tedi pecahkan mengikut hari: 22.02.18: Bertemu nenek dan tok dari Holland 23.02.18: Bertemu semula nenek Holland mahu discaj 24.02.18: Aina dimasukkan ke dalam wad. 25.02.18: Besarnya tahi hidung Aina 26.02.2018: Aina suka tengok belon 27.02.2018: Aina tinggal seorang 28.02.2018: Hidung Aina tersumbat, tak dapat Hello Kitty 01.Mac.2018: Kami tidur di parking stadium 02...

[T18C26] 500000 kunjungi interpretZZ

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assolatu wassalamu 'ala nabi Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in Hari ini merupakan hari yang mana interpretZZ mencapai satu rekod baru. Hari ini interpretZZ telah mencapai kunjungan yang ke 500,000 (lima ratus ribu sahaja). Tangkap layar menandakan hari bersejarah di mana interpretZZ mencapai bacaan ke 500,000 Kiranya rekod kali adalah setelah interpretZZ mendapat kunjungan ke 100,000 (satu ratus ribu) pada 7 September 2014 (20140907) iaitu 3 tahun 6 bulan 18 hari yang lalu iaitu dengan perbezaan selama: 1295 hari 185 minggu 42 bulan 31080 jam Jika Tedi dengan rajinnya membuat kira-kira, secara kasarnya interpretZZ dibaca sebanyak: 308 halaman sehari 2162 halaman seminggu 9253 halaman sebulan 12 halaman sejam Jikalah nilai satu halaman tu satu sen (RM 0.01), kaya dah Tedi, hehehe. Malangnya ia hanya mimpi. Berbeza dengan zaman dulukala di mana Tedi berharap kepada ping busuk, pada masa sekarang Tedi lebih santai dan tid...

Class not found walaupun ia ada

Puaslah Tedi mencari apa masalah "java.lang.ClassNotFoundException: my.appzz.util.async.ExceptionHandlingAsyncTaskExecutor" ni padahal terang tang tang lagi bahawa kelas tersebut ada dalam kod. Lastly Tedi cuma clean kod tersebut dan rebuild dan tiba-tiba sahaja semuanya okay macam tiada apa-apa. Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.tomcat.util.digester.SetPropertiesRule begin Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.tomcat.util.digester.SetPropertiesRule begin WARNING: [SetPropertiesRule]{Server/Service/Engine/Host/Context} Setting property 'source' to 'org.eclipse.jst.jee.server:{your_system_name}' did not find a matching property. Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.catalina.startup.VersionLoggerListener log INFO: Server version:        Apache Tomcat/8.5.24 Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.catalina.startup.VersionLoggerListener log INFO: Server built:          Nov 27 2017 13:05:30 UTC Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.catalina.startup....

T18C25 Singgah di Ayer Hitam di Johor

Imej
Singgah di Ayer Hitam di Johor Ayer Hitam menjadi destinasi persinggahan kami ketika mengakhiri kembara ke Johor dan Singapura ini. Macam biasalah kaum wanita nak beli-belah barangan hiasan rumah. Produk yang menjadi kegilaan adalah pasu bunga dan juga bunga hiasan. Gambar bunga hiasan yang menjadikan Ayer Hitam destinasi terkenal. # Saturday, 25 March 2017, 17:58 # 20170325 # DSC_7922.JPG # Sony D2533 # Sementara itu Tok Abah dan Master menanti di luar kawasan kedai berkenaan. Ketika inilah Tok Abah ajak makan di Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore , ajak makan roti canai. Tetapi sempat juga kami bungkus Murtabak Singapore kerana di Singapura kami tidak berkesempatan untuk menjamah hidangan tersebut. Bolehlah kan? walaupun kami tahu rupa dan rasanya tak serupa Murtabak Singapore di negara jiran Malaysia itu. Setelah kempunan tidak dapat merasa Murtabak Singapore di negara Singapura sendiri, Tok Abah beli Murtabak Singapore di Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore ni. Tapi ...

Popular