Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pengalaman kerja

[T21I06] Pengalaman Kerja Texas Chicken

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berikut adalah komen mereka yang pernah bekerja di Texas Chicken di sekitar Malaysia. Boleh dibaca untuk dijadikan panduan, tetapi lebih baik pergi kaji sendiri di lokasi Texas Chicken yang anda mahu bekerja itu kerana orang tua ada berkata, "seekor kerbau membawa lumpur, yang lain terpalit juga". Mungkin cuma satu cawangan bermasalah atau cuma seorang majikan bermasalah tetapi tempiasnya terkena kepada mereka yang lain. Lazimnya yang memberi penilaian selalunya mereka yang marah tetapi kalau sesebuah syarikat itu bagus, selalunya ada juga kakitangan yang membela. Tarikh Jawatan Lokasi Rating Komen 2021-08-27 CASHIER / COOK / LOBBY / SANDWICH EXPEDITED KTCC Mall, Terengganu 4.0 Tiada semangat berpasukan. Kerja keras tidak dihargai. Kadangkala menyeronokkan dan kadangkala tidak. Makanan tengah hari percuma 2021-07-21 Rahsia Singapura 1.0 Perlu menipu dalam laporan....

Pengalaman Kerja di Mr DIY

Imej
Berikut adalah beberapa cerita pengalaman kerja di Mr D.I.Y di Malaysia oleh beberapa pekerja di sana. 1. Seronok bekerja di Mr D.I.Y Jawatan: juruwang (cashier), jurujual ( promoter ) Lokasi: Kota Damansara, 21 Disember 2016  Komen: Walaupun tidak berapa bagus tetapi di Mr D.I.Y ada beberapa faedah. Para pekerja di Mr D.I.Y sangat peramah manakala penyelia (supervisor) turut banyak membantu ketika saya bekerja. Pihak pengurusan pula boleh dikatakan agak bagus. Kelebihan Tidak ramai pelanggan membolehkan saya melakukan perkara lain. (Tedi tak pasti jika ini adalah satu kebaikan bekerja di Mr D.I.Y, sila jangan beri komen sebegini kepada majikan anda ya...) Kekurangan: Waktu rehat yang singkat. 2. Seronok bekerja di Mr D.I.Y tetapi tiada masa untuk keluarga Jawatan: juruwang Lokasi: Giant Batu 9, 17 Julai 2017  Komen: Saya gembira bekerja di Mr D.I.Y tetapi bekerja di sini tiada masa untuk keluarga. Kekurangan: Faedah kesihatan. 3. Produktif d...

Pengalaman Bekerja di The Chicken Rice Shop

Imej
Pengalaman kerja beberapa orang pekerja di The Chicken Rice Shop . Menurut bacaan Tedi di wikipedia didapati bahawa The Chicken Rice Shop ni bukan sahaja gah di Malaysia tetapi telah menjangkau ke pasaran antarabangsa. Jadi kepada mereka yang mencari kerja di luar sana, Tedi berasakan syarikat ini berpotensi untuk kembangkan kerjaya anda bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi ke luar negara juga. Jika anda asset terbaik syarikat, tidak mustahil mereka hantar untuk bantu perniagaan mereka di sana? Pengalaman Bekerja di The Chicken Rice Shop Di bawah ini adalah senarai pengalaman beberapa orang pekerja The Chicken Rice Shop. 10 jam bekerja setiap hari. Rehat cuma untuk sembahyang bagi muslim. Waktu makan tengahari ialah semasa kurang pelanggan di dalam restoran. Pihak pengurusan selalu menyalahkan kakitangan untuk apa jua kesilapan. Pengurus mengerah untuk lakukan pelbagai tugas walaupun ia tidak termasuk dalam bidang tugas anda. 10 December 2018 Kangar Admin / Kru Restoran / Juruwang S...

Popular