Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201404

[t14d30] Hadiah pintu Majlis Perkahwinan Mak Lang Yan siap

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Apakah itu hadiah pintu? Sebenarnya Tedi hanya membabi buta memilih istilah "hadiah pintu" sebagai terjemahan langsung kepada isitlah "door gift" . Ia adalah cenderamata yang kita berikan kepada tetamu untuk menghargai kehadiran mereka ke majlis yang kita anjurkan. Boleh juga sebagai tanda kenangan. Kali ini hadiah pintu yang Mommy sediakan adalah untuk majlis perkahwinan Mak Lang Yan. Beberapa kumpulan hadiah pintu untuk majlis kenduri Mak Lang Yan sudah sedia Kali ini Mommy menggunakan konsep minimalis dan tema warna ungu. Tema warna itu tak boleh buat apalah kan sebab pengantin yang pilih, hehehe. Walaupun tema minimalis dipilih, isinya cuba dimuatkan dengan sesuatu yang orang ramai boleh gunakan pada kemudian hari, dan mengikut perkembangan zaman pada masa ini ia diisi dengan makanan ringan. Jika hanya diisi dengan makanan ringan tiadalah tanda kenangan ...

[t14d11] Tiba di Semporna di Sabah di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Seperti kiriman Tedi bertajuk " Bergerak ke Semporna Sabah " yang lalu Tedi ada catatkan bahawa kami tiba di Semporna pada jam 11:45 pagi setelah 1 jam 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau. Karangan ini akan fokus kepada gambar-gambar di Semporna ketika kami menanti menaiki bot ke Pulau Mabul, seperti: Gerbang Laluan ke Taman Marin Tun Sakarang Berehat sebentar di Pejabat Ejen Pelancongan Jalan kaki cari makan di Pekan Semporna Berjalan Kaki ke Jeti Menunggu bot ke Pulau Mabul di Jeti Awam Semporna Gerbang Laluan ke Taman Marin Tun Sakarang Pulau Mabul hari 1 Gerbang laluan ke Taman Marin Tun Sakaran (Gateway to Tun Sakaran Marin Park) # Gambar: kereta Perodua Kancil, van persiaran # 11 April 2014 jam 11:49 pagi hari Jumaat # 20140411-mabul (20) 20140411 201404 # Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia. Berehat sebentar di Pejabat Ejen Pelancongan Kami dibawa ke pejabat ejen pelancongan untuk meletakkan...

[t14d21] Selamat jalan Chrome dan Ad-Aware... selamat datang BitDefender.

Imej
Prestasi komputer riba Tedi semakin merudum dimamah usia. Hal ini menyebabkan Tedi memilih untuk membuang semua perisian yang Tedi tak berapa guna atau tak boleh gunakan. Kali ini Tedi memilih untuk membuang Google Chrome dan perisian antivirus Ad-Aware. Google Chrome dipilih kali ini kerana ia makan terlalu banyak memori di atas komputer yang perlahan. Sebelum ini pada komputer riba yang lebih berkuasa, Tedi memang lebih gemar gunakan Chrome kerana ciri-ciri yang ada padanya. Namun pada komputer yang tak berapa hebat, jelas ia mempengaruhi prestasi komputer riba Tedi ini. Ad-Aware yang sebelum ini Tedi pasang kerana dinobatkan sebagai antivirus percuma terbaik, terpaksa juga Tedi buang kerana ia menelan kuasa komputer Tedi ini, selain ada masalah kehilangan fail jenis .dll. Selepas membaca beberapa pendapat Tedi memilih BitDefender Antivirus Free Edition yang dikatakan sebagai antivirus percuma terbaik yang berupaya mengesan virus merbahaya dan juga tidak melahap kuasa ...

[T14D13] Travelog Mabul hari ke-3

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Mabul Turtle Hatchery Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Pulau Mabul di Sabah di Malaysia ini. Oleh sebab itu kami menghabiskan masa pada hari ini untuk merayau sekeliling pulau buat kali terakhir sebelum bergerak pulang ke Semenanjung Malaysia. Mabul Turtle Hatchery (Tempat Penetasan Penyu Mabul) Salah satu aktiviti yang menarik perhatian di Pulau Mabul adalah program penetasan penyu. Tapaknya kecil sahaja terletak agak jauh dari pantai diapit oleh kawasan kampung dan kawasan resort. Secara ringkasnya ini adalah projek yang ditaja oleh Scuba Junkie melibatkan kerjasama dari pusat-pusat menyelam di sini dan para penduduk pulau. Ini tidak menghairankan kerana tentunya kehadiran penyu akan menambah daya tarikan kepada aktiviti menyelam di sini dan kebanyakan pusat pelancongan di sini menawarkan pakej menyelam. Apa-apa pun ini adalah usaha yang m...

[T14D12] Aktiviti di Pulau Mabul Sabah hari ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Suasana di kawasan kampung Pulau Mabul Sabah pada jam 07:04 pagi. Kelihatan anak-anak Pulau Mabul Sabah sedang menuju ke Masjid Maqbul untuk belajar mengaji. Sayangnya ini sahaja gambar mereka yang Tedi sempat rakam dan kelabu asap pula tu. Kelihatan juga gerai menjual pisang goreng. # Saturday, 12 April 2014, 07:04 # 20140412-mabul (10).JPG # Canon EOS 500D # Beberapa buah bot nelayan yang disimpan di daratan di Pulau Mabul Sabah. # Saturday, 12 April 2014, 07:05 # 20140412-mabul (11).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D ƒ/7.1 1/50 18 mm ISO100 # Gambar sebuah bot fiber bernama Cyber Shot dan ada label Yamaha (mungkin bot fiber ini menggunakan enjin bot sangkut Yamaha) ditambat pada tiang sebuah rumah air di Pulau Mabul. # Saturday, 12 April 2014, 07:07 # 20140412 # 20140412-mabul (15).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D #   Kedai Runcit di Pulau Mabul Kelibat Kedai Runcit Fattah ini pula membuatkan Tedi tertanya-tanya bagaimanakah...

T14D18 Hang Tuah, Hang Jebat ... sedikit imbauan

Imej
Sempena semangat keperwiraan yang merasuk Tedi pada malam ini... Hang Jebat mengamuk menuntut bela atas hukuman ke atas Hang Tuah. Catatan lain menyatakan Hang Lekir yang mengamuk. Kemudian Bendahara Melaka meminta Sultan memaafkan Tuah yang disembunyikan di Hulu Melaka. Ini adalah kerana kawan mereka yang bertiga (selain Jebat atau Lekir) tidak mampu menewaskan Jebat (atau Lekir) yang mengamuk itu. Tedi sebenarnya agak keliru kenapa Hang Jebat tidak mengamuk semasa Hang Tuah belum dihukum bunuh? Lukisan menggambarkan Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat di atas talam - Lukisan karya Abd Ghafar Bahari. [ta.lam] |  تالم Definisi:  sejenis dulang yang tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dan lain-lain) Contoh ayat: dia keluar membawa sebuah talam yang berisi secawan kopi; kuih talam  atau  tepung talam sejenis kuih yang lapisan bawahnya dibuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala la...

[t14d19] Pusat Perhentian Merapoh

Imej
Singgah di hentian rawat dan rehat utama bas ekspress di Kuala Lipis, Pahang. Dah lama Tedi tak sampai di hentian ini, dan selalunya takkan singgah pun sebab harga makanannya mahal gila babi hutan sebab duk tengah-tengah hutan kot... Tedi pun tak tahu la... Tapi bila Tedi jejakkan kaki kali ni, terkejut juga la sebab nampak tempat ni dah berubah. Kalau dulu macam kampung koboi, sekarang dah nampak macam pekan koboi. Tapi mengikut pengalaman Tedi, tempat ni kira lebih bagus dari sebahagian tempat Tedi pernah pergi di ASEAN (macam la pergi banyak tempat, wakakaka) Tempat ini adalah hentian utama para pengguna jalan raya Kuala Lumpur - Kelantan. Kalau jalan ni dimajukan dan hentian ini dibangunkan, mungkin boleh jadi "lebuhraya" utama di Malaysia.   Dengan pencahayaan yang baik, tempat ini kini nampak ceria.   Dulu kedai kayu, sekarang dah berbatu-bata. Harga tetap mahal. Minum air teh pun RM 2 (dua ringgit Malaysia sahaja).   I...

Tedi.. tanned?

Imej
Balik ke kelas dengan semangat yang agak lemah. teddyandnibs.blogspot.com: Furburn Mungkin kerana Tedi masih terimbau ombak yang menghempas pantai yang mengelilingi Pulau Mabul? Masuk saja ke kelas, kawan-kawan menegur, "Eh Tedi, kau nampak gelap la." Eh, eh, Tedi nampak gelap? Maksudnya selama ni Tedi cerahlah ek? Tak perasan pula Tedi selama ni yang Tedi ni cerah! "Habislah kau Tedi, lama la kau nak cerah semula..." Sakatlah banyak mana pun, bukannya Tedi kisah pun Tedi cerah ke gelap ke, yang penting Tedi sentiasa comel. Tedi ok la, nampak gelap, sedikit macam udang kena panggang yang dah terlebih masak. Mommy pula tak berapa ok sebab separuh gelap separuh cerah dek penangan teduhan awning tudungnya, hehehe. Tedi sudah mengantuk, banyak nak cerita, tapi tiada daya... Selamat malam... interpretZZ.. zzzzz..ZZ..zzz....ZZZ.zzzzzzzzzz 20140415

Mabul... Tedi datang...

Imej
Setelah setahun menunggu akhirnya masa ke Mabul telah tiba. Dan penantian ini dicemari pula dengan siri penculikan pelancong di pulau di Sampoerna dengan penculik meminta USD $11 juta sebagai tebusan. Namun pihak Polis Di-Raja Malaysia pula telah memberi jaminan keselamatan kepada para pelancong yang mahu ke sana. Pagi ini seperti biasa, Tedi tak dapat bermimpi kerana tak dapat tidur, sedangkan penerbangan ke Tawau hanya beberapa jam sahaja lagi. Kami akan bergerak ke Terminal LCC dalam jam 4 pagi nanti (2 jam sahaja lagi), untuk urusan daftar masuk dan merebut tempat letak kereta yang berharga RM 16 sehari. Semalam pada jam 9 malam, semasa kami jemput Eicak dan keluarga dari Terminal LCC, kami lihat tempat letak kereta sudah dibanjiri kereta. Esok sudah tentu Master akan terpaksa berjalan jauh dari tempat letak kereta ke lobi daftar masuk. Penerbangan ke Tawau akan memakan masa 2 jam 45 (penerbangan sahaja), kalau kira masa menunggu, dekat 5 jam juga, jadi amat penting ...

Hasil tuaian cili api pagi semalam.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sudah lama tak menjenguk pokok-pokok cili api di belakang rumah. Sebenarnya selalu je Tedi jenguk tanaman cili api di belakang rumah, cuma Tedi tak sempat mengurus dan mengutip hasil tanaman cili api tersebut. Hari ini Tedi kerahkan Master untuk mengutip hasil tanaman yang ada kerana nampaknya ada lalat mahu bertelur pada sebahagian buah cili api tersebut. Tedi sempat kira sehingga 30 biji cili api tapi selepas tu Tedi dah tak sanggup nak mengira bilangan mereka, rasanya mungkin lebih 50 biji cili api. Inilah gambar pertama hasil tuaian cili api yang tak pernah Tedi dapat sebanyak ini. Sebelum ini kalau Tedi kutip, Tedi akan kutip semua tak kira saiz dan rupa, namun kali ini kami kutip yang besar-besar sahaja dek kerana jumlahnya yang banyak. Alhamdulillah, inilah hasil dek penangan hujan yang diturunkan Allah pada bulan ini... sangat berbeza dengan hasil bajaan dan siraman kami sebelum ini... Sangat berbeza. 20140421

Bulan Besar Berdarah vs Candat Sotong

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Malam ni bulan agak besar berbanding biasa. Tedi jangkakan musim mencandat sotong sudah hampir tiba, tambahan semasa di Mabul kelihatan beberapa rumah sudah menyiapkan candat. Tetapi benarkah candat yang mereka sediakan itu adalah untuk mencandat sotong? Atau mungkinkah candat mereka itu ada kegunaan lain selain menangkap sotong?  Mungkin candat juga boleh digunakan untuk menangkap ikan? Tambahan candat yang mereka gunakan adalah candat moden. Sebelah kiri adalah candat tradisional. sotonglaut.blogspot.com: Candat Torak Candat Sotong Candat adalah satu alat menangkap sotong berupa beberapa mata kail yang dililit bersama selalunya menggunakan timah dan dibalut dengan kain yang berwarna terang. www.lubuk.net: Teknik Candat Mayat Tedi tak tahu fenomena apa yang menyebabkan bulan semakin besar, tapi omputeh menyatakan Bulan Besar Berdarah bakal tiba pada Isnin nanti. Fenomena ini sebenarnya adalah sebahagian fasa gerh...

Owh... okay...

Imej
Pada suatu petang tinggal hanya Master dengan rakan sepejabatnya di pejabat. Oh OK. Albert Einstein. Mereka asyik menyiapkan kerja masing-masing. Tiba-tiba sahaja makcik (rakan sepejabat Master) tu bersuara, "Awak nak tahu sesuatu?" Master berhenti kerja sambil menjeling si makcik (mustahil Master nak merenung, jadi menjeling tu kira dah habis baguslah tu), seolah bertanya, "Apa dia?" , "Saya akan bercerai tak lama lagi." Master diam, kemudian kata, "owh... okay." , dan kemudian sambung kerja beliau tanpa berkata apa-apa. "Saya harap awak rahsiakan perkara ni." , sambung makcik itu lagi. Master jeling lagi, senyum sikit (dengan gaya yang pelik), kemudian sambung kerja beliau, seolah-olah bermaksud, "Jangan risau." Tedi pun tak fahamlah kenapa makcik tu nak bercerita dengan Master yang tak pernah bagi response apabila orang lain bercerita.  Mungkin itulah sebabnya? Kerana makcik tu tahu Master takkan sibuk-sibuk...

Udang Pembunuh hantui United Kingdom

Imej
UK mengeluarkan amaran mengenai ancaman Udang Pembunuh. Udang Pembunuh ( dikerogammarus villosus / Killer Shrimp ) memusnahkan bekalan ikan British. Udang Pembunuh berupaya mengancam hidupan liar UK dan ia juga mampu menghasilkan 200 biji telur sekaligus. Spesis ini adalah spesies bukan tempatan di UK dan hal ini menjadi alasan untuk Jawatankuasa Audit Persekitaran UK mendesak kerajaan tampil dengan peraturan yang boleh membantu menghapuskan spesies tersebut. Udang Pembunuh dikenali dengan sifatnya yang suka membunuh makhluk lain atas dasar suka-suka (bukan membunuh untuk dijadikan makanan). Hal ini menjadikannya ancaman kepada spesis lain tambahan pula ia mampu berkembang biak dengan cepat. Manusia turut menjadikan Udang Pembunuh sebagai makanan. Saiznya boleh mencapai 30 milimeter dan manusia ada juga menjadikannya sebagai makanan. Di lokasi asalnya ia tidak begitu agresif namun sikapnya ini berubah di lokasi baru. Ia disyaki merebak melalui pembukaan terusan dan...

Tanjung Bidara: Menuju pantai

Imej
Koleksi foto yang Tedi ambil semasa kami menuju kawasan pantai di Tanjung Bidara sekitar jam 6 petang. Ada kabel flying fox dari chalet kami ke kawasan pantai. Tedi sebenarnya nak terjun gunakan kabel ini sahaja, tetapi terpaksa dibatalkan hasrat murni Tedi itu kerana kabel ini untuk Flying Fox (Kelawar Terbang), bukan Flying Bear (Beruang Terbang).... saiz tak sama... tak boleh geng... Pelik betul buah ni, Tedi kata ia buah getah, tapi tiada biji getah di bawahnya. Tedi tak pasti jeti apakah ini, namun tampak ia tidak digunakan. Ini adalah buah yang berterabur di atas tanah, Tedi tak pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan buah yang ada di atas pokok. Apa jadi jika seekor beruang terbang? Dia akan ditangkap polis!!! Nak terbang pun tak boleh, kacau betullah! Musang boleh pula terbang, ini tak adil!!! 20140430

Popular