Pengetam Rambut Enchen Sudah Sampai | 20211009
Ulasan Produk Pengalaman Membeli Mesin Pengetam Rambut Xiaomi Enchen Boost بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Akhirnya sampai juga mesin pengetam rambut yang Master beli melalui portal beli-belah Shopee . Mesin berharga MYR 33 (tiga puluh tiga Ringgit Malaysia sahaja) itu dibeli pada 20210804, dan kemudian dihantar penjual ke PosLaju pada keesokan harinya. Hari ini 20210809, ia sampai setelah 5 hari. Padahal PosLaju dari Bangi sahaja. Pada zaman Covid-19 ini orang ramai tidak lagi pergi ke kedai gunting rambut kerana takut dijangkiti virus tersebut. Jadi salah satu pilihan yang ada ialah dengan membeli mesin pengetam rambut ini dan pandai-pandailah rapikan rambut sendiri. Paling senang dicukur botak. Master pun sudah rimas dengan rambut yang terlalu panjang dan akhirnya membuat keputusan untuk membeli mesin pengetam rambut tersebut. Kandungan Kiriman Beli Xiaomi Enchen Boost Kenapa Beli Xiaomi Ench...