Subaru XV: Pemasangan Lampu Brek ke-4
Hari ini merupakan hari yang agak menggembirakan kerana akhirnya penantian kami untuk memasang lampu brek ke-4 pada Subaru XV menjadi kenyataan. Ia berlaku setelah sekian lama permohonan dan aduan kami kepada Subaru Seremban (Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd) tidak mendapat sebarang layanan. Apa yang selalu brother Zul a.k.a Zack daripada Subaru Seremban (Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd) katakan adalah ibu pejabat Subaru (Motor Image Malaysia) tidak memberi jawapan, lampu brek tak sampai lagi, lampu brek dah sampai tapi wiring tak sampai, kemudian lampu brek tak sampai-sampai. Jawapan yang tidak konsisten itu agak menyakitkan hati Sehinggalah Master terserempak dan berbual dengan seorang kakitangan Motor Image yang telah meyakinkan Master bahawa Subaru XV STI berwarna hitam itu harus ada lampu brek ke-4 kerana ia masuk sekali dalam pakej aksesori Subaru XV batch tahun 2015. Pakcik dari Motor Image itu meminta Master meminta bantuan wakil jualan di mana Master membeli kereta Subaru...