Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel LRT Putra

Kad Touch n Go tidak sah

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.     Wow... karangan ini memang menduga kesabaran kerana beberapa kali Tedi kehilangannya sebelum dapat kirim di sini. Pagi Khamis, 21 Jun 2018, kami tiba dari Kelantan pada waktu Subuh. Lebih tepat lagi waktunya di sekitar jam 5:15 pagi. Ketibaan kami ini adalah setelah melalui kembara selama 9 jam dari Wakaf Bharu di Kelantan Darul Naim ke Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor Darul Ehsan. Perjalanan kami lancar, kereta banyak juga tetapi tidaklah sesak. Master mengambil pendekatan malas memotong dalam kembara kali ini. Mummy cuti, tetapi Master pula terpaksa bekerja. Master agak mengantuk, almaklumlah baru sampai kemudian nak kena ke pejabat pula, jadi Master mengelak daripada memandu kereta ke tempat kerja pada hari ini. Sebagai alternatif, Master boleh menaiki tren ERL di stesen Salak Tinggi atau menaiki K...

Jalan Bangsar

Imej
Jalan Bangsar adalah jalan yang sibuk dan agak popular. Kami selalu gunakan jalan Bangsar apabila hendak ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan Jalan Bangsar adalah pintu masuk ke Kuala Lumpur. Apabila lengang suasana di sekitar jalan ini agak mendamaikan, namun apabila sibuk, agak mencengkam jiwa. Di sekitar jalan Bangsar ni ada kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menempatkan dua keluarga saudara-mara sebelah Mummy. Jalan Bangsar pad 31.12.2011 arah menghala ke KL Sentral, daripada NPE (New Pantai Expressway) dan juga Jalan Pantai Baharu, sebelum UOA Bangsar dan Stesen LRT Putra Bangsar   Kelihatan bangunan Maybank Bangsar dan UOA Bangsar di kiri Jalan Bangsar apabila menghala ke Kuala Lumpur atau KL sentral  

Jangan Harap Kerajaan Hapuskan Tol

Imej
Beberapa bulan lepas Tedi sempat berbual dengan seorang pakcik. Pakcik ni adalah seorang berjawatan pengurus di sebuah syarikat yang berkaitan dengan tol di Malaysia ni. Perbualan kami sudah tentu berkaitan dengan tol di Malaysia ni, di mana rakyat masih menantikan kerajaan Malaysia menunaikan janji menghapuskan tol setelah memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan Malaysia "baru". Pakcik itu dengan yakin dan lantang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui Pakatan Harapan (PH) takkan dapat hapuskan tol. Tak Mungkin Hapuskan Tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Fakta pertama yang dikongsi oleh pakcik itu ialah mengenai tol PLUS. Kerajaan baru sahaja memperbaharui perjanjian konsesi dengan PLUS, jadi adalah amat mustahil untuk kerajaan menamatkan konsesi tersebut kerana akan terpaksa membayar ganti rugi dalam jumlah yang besar. PLUS adalah pemegang konsesi untuk Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 ...

Popular