Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perniagaan

Beriklan dengan netqlix

Imej
🕒 23:30 Bukit Mertajam ➔ Sepang On the way to Sepang from our previous destination, Bukit Mertajam. Singgah di RnR Tapah untuk isi perut. Malangnya banyak kedai yang dah tutup. Tedi makan burger ayam saja untuk alas perut. Sambil makan sambil tengok skrin netqlix yang tawarkan peluang iklan di skrin tv di beberapa RnR PLUS. Good idea and good market, I think. Selain itu melalui skrin netqlix ini kita boleh tahu live traffic di lebuhraya PLUS. Okay lah.. masa untuk sambung perjalanan kami. Cloud Ads NetQlix, [logo], your brand here, [logo], 2016, Interactive Way To Advertise!, CONTACT OUR SALES NOW !, +6 010 602 0101, [ikon media sosial], netqlix, @netqlix, www.netqlix.com, www.netqlix.com, 010 602 0101, MAJLIS DAERAH TAPAH, IP0122589-A, PLUS, 11, DILARANG MEROKOK.

Tidak selamanya kami menyanyi - UNIC

Imej
Unic kembang empayar perniagaan sebagai bekalan ketika tidak diperlukan nanti »Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my MENYEDARI tidak boleh bergantung harap kepada sumber pendapatan dari aktiviti seni saja, tiga anak muda yang menganggotai kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan , Ahmad Fadzli dan Fakhrul Radhi , menubuhkan syarikat, UNIC Nasyeed & Training Consultants . Selain terus aktif melalui persembahan nasyid, UNIC menggabungjalinkan konsep berhibur sambil mendidik melalui program motivasi dan kursus latihan di peringkat sekolah dan juga universiti. Berbekalkan pengalaman juga, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu UNIC Records . Tujuan penubuhan syarikat itu bertujuan memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat serta berfungsi sebagai pengedar kepada semua UNIC Records dan pelanggan mereka. Fadzli berkata, terus giat mengatur langkah dalam bidang perniagaan, UNIC bergerak se...

[t16l18] Semak Harga TESCO Bandar Baru Nilai

Imej
Petang tadi kami ke TESCO di Bandar Baru Nilai untuk membeli-belah. Ini adalah senarai harga untuk beberapa produk yang menjadi tumpuan kami di sana. Promosi Tesco minggu ini: Harga AVA Aroma Floral 1.8 liter ialah RM 5.55. Hadir bersama teknologi micro burst yang mungkin bermaksud ia akan menghasilkan letupan-letupan kecil semasa anda membasuh kain, hehe. Harga cecair pencuci kain BREEZE Liquid dengan haruman Comfort seberat 4 kilogram ialah RM 19.89 daripada harga asalnya RM 30.59. Wow... penjimatan hampir sebanyak RM 10 di situ! Pelembut fabrik DAIA 1800 mililiter pada harga RM 5.85. Harga pek isian semula untuk pelembut kain Goodmaid Floral 1.8 liter ialah RM 4.99. Letak je lah RM 5... nampak benor bohongnya tu. Kenapa mereka ni gemar benar letak 0.99 sen padahal akan digenapkan menjadi RM 1 juga nanti? Kerana daripada teori pemasaran, pelanggan akan berasakan harga sesuatu produk itu murah apabila bernombor ganjil. Yeah, ramuan penting dalam  Jus Alpukat kegemaran Mommy, si...

De5 Homestay (Homestay Wakaf Bharu, Kelantan)

Imej
Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay Wakaf Bharu juga homestay Tumpat kepada mereka yang mahu menginap di Negeri Kelantan Darul Naim. Navigasi Cepat: Harga | Pengenalan | Tempat Menarik | Lokasi & Peta 💰 Harga Sewa De5 Homestay Harga Semalaman: MYR 120.00 sahaja Hubungi Pemilik: 012-929 2102 (Cikgu Ismail) Selain kadar semalaman, De5 Homestay juga menerima sewaan sehingga sebulan dengan harga lebih berpatutan. Harga ini adalah harga baru semenjak Oktober 2019 kerana unit telah dipasang penghawa dingin. ⚠️ AMARAN PENIPUAN: Tuan homestay mendapati unit ini diiklankan di Booking.com dengan harga RM 176. Itu adalah PENIPUAN . Sila berhubung terus dengan Cikgu Ismail. 🏠 Pengenalan & Galeri De5 Homestay De5 Homestay (Delima Homestay) terletak di Kampung Delima, jajahan Tumpat. Ia berhadapan dengan Jalan Bunut Susu - Kubang Batang dan bertentangan dengan Masjid Mukim Delima. Pemandangan luar De5 Homestay berhadapan Masjid Mukim Delima. Bilik tidur selesa dengan penyama...

[t15b03] Senarai harga susu dibandingkan di Pasaraya PKT Wakaf Bharu

Imej
Dalam perjalanan menziarahi mangsa-mangsa banjir, kami singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu untuk membeli sedikit barangan untuk disumbangkan kepada mereka.   Pasaraya PKT ini sebenarnya adalah sebuah pasaraya yang mungkin tidak boleh dipanggil pasaraya pun. Ia adalah sebuah kedai dua tingkat yang menawarkan pelbagai barangan.   Sebagai sebuah pasaraya kecil tiada apa yang menjadikan ia sebuah pasaraya yang istimewa.   Namun satu "poster" berjaya menarik minat Tedi di mana pasaraya ini berusaha memudahkan para pembeli dengan menyenaraikan semua harga susu isian dalam tin untuk dibandingkan oleh para pengguna.   Senarai 19 jenama susu itu ternyata agak unik di samping membantu Tedi mengenal beberapa produk yang Tedi tak pernah dengar.   Contoh jenama susu dan harganya adalah seperti berikut: Carnation Krimer Sejat 390g (RM 2.70) Crispo Krimer Manis (RM 2.30) F&N Kalsium Tinggi (RM 2.65) F&N Krimer Sejat (RM 2.70) F&N Susu Isian Sejat (RM 2.95) Gold Coi...

[t16g01] Facebook tunjuk kawan dulu

Imej
Facebook telah mengumumkan kemaskini terbaru pada sistem Suapan Berita mereka pada hari Rabu lepas. Kemaskini itu akan membuatkan para pengguna Facebook ditunjukkan lebih banyak kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan mereka berbanding kiriman para penerbit. Facebook berkata bahawa mereka bukannya memilih apa yang patut dibaca oleh pengguna, sebaliknya mereka mahu hubungkan para manusia dan juga idea mereka. Facebook juga menyatakan bahawa kemaskini itu akan menyebabkan beberapa Laman penerbit akan kehilangan trafik. Tedi rasa bagus juga kemaskini sebegini diadakan mungkin Facebook mahu kembali ke asas di mana pada suatu masa dulu Facebook adalah tempat manusia berkongsi kiriman dan idea, bukan tempat iklan. Lagipun Facebook mungkin sedar bahawa mereka kini punyai ramai pesaing. Kalaulah ASTRO ada ramai pesaing... huhuhu... 20160701

[t13e19] David Beckham sedia kembali ke Major League Soccer

Imej
David Beckham , mungkin ramai kenali dia ni. Bekas pemain Manchester United , Real Madrid , L.A Galaxy & terakhir, Paris St Germainne selain mewakili England di Piala Dunia. Beckham akan kembali ke MLS sebagai pemilik kelab? Takyah citer panjang pasal dia ni, boleh check sendiri laman web yang berkenaan. David Beckham, Tedi cuma kenal dia sebagai pakar sepakan percuma dengan sepakan yang agak2 lencong, cukup2 untuk sumbat gol. Kemahiran itu agak istimewa apabila dia boleh lakukannya dengan jarak agak jauh daripada gol. Namun kini, Christiano Ronaldo mungkin boleh lakukan lebih jauh. Dia dikatakan akan kembali ke Major League Soccer , liga bolasepak Amerika Syarikat di mana dia pernah beraksi bersama L.A Galaxy, namun kini bukan sebagai pemain, tapi sebagai pemilik kelab. Erm, Tedi tak respect  dia sebagai pemain bola, tapi kagum dengan kebolehan dia jadi kaya... hahaha. Beckham hints MLS return as owner Wikipedia (En) :  http://en.wikipedia.org/wiki...

[t21k06] Nama Syarikat Enterprise

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Syarikat yang paling mudah dibuat ialah syarikat sendirian. Selalunya pemilik syarikat ini akan gunakan nama Enterprise kerana ia nampak lebih menarik dan kompleks. Contohnya InterpretZZ Enterprise nampak lebih gah berbanding Syarikat InterpretZZ. Kecuali jika kita mulakan syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), itu akan nampak lebih gagah di Malaysia kerana ia memiliki set peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi. Okay kita abaikan sudut teknikal kerana banyak maklumat di luar sana yang telah disediakan oleh mereka yang lebih pakar dalam bidang penubuhan dan pendaftaran syarikat. Apa yang Tedi nak fokus dalam kiriman ini adalah senarai nama syarikat enterprise terutamanya dalam Malaysia untuk dijadikan contoh atau cadangan nama syarikat enterprise tersebut. Kawan-kawan boleh juga baca idea untuk nama syarikat enterprise yang unik . AB Jafrin Enterprise Ada Nisa Enterprise ...

[T15F29] Minyak rambut lelaki Gatsby THC mahal di 7-Eleven

Imej
Selepas Tarawikh tadi baru sedar (teringat) yang minyak rambut Master telah kehabisan. Gambar minyak rambut Gatsby THC Normal iaitu minyak rambut lelaki. THC bermaksud Treatment Hair Cream atau Krim Rambut Rawatan. Tak tahulah rawatan apa? Mungkin rawatan kulit kepala atau rawatan rambut. Harganya di 7-Eleven ialah RM 5.75 untuk kandungan 125g. Kalau tiada minyak rambut, memang akan terjejaslah kekemasan Master di pejabat beliau esok. Sudahlah Master memang tak berapa nak kemas pun, rambut panjang, tak pakai tali leher, kasut tak bertumit dan macam-macam lagi. Jadi kami pun keluarlah mencari minyak rambut lelaki Gatsby, di samping mengisi petrol kereta, takut esok tak berkesempatan isi. Destinasi kami untuk beli minyak rambut lelaki kali ini adalah 7-Eleven, almaklumlah malam-malam buta ni mana ada kedai yang buka, kecuali kedai 24 jam seperti 7-Eleven. Master tak berapa suka beli barang di 7-Eleven ni kerana mereka jual arak atau disebut juga minuman keras. Di sana ada minyak rambut y...

[T21H17] Cadangan Nama Syarikat Perniagaan Perkhidmatan Pembersihan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Prakata  |  Idea nama syarikat perkhidmatan pembersihan yang menarik  |  Idea nama syarikat pembersihan yang unik  |  Idea nama syarikat pembersihan terbaik?  |  Nama syarikat yang sedia ada Prakata Master meminta Tedi mencadangkan nama syarikat pembersihan atau nama perniagaan perkhidmatan pembersihan. Mati kutu juga Tedi memikirkannya nasib baik tak mati katak. Mungkin selain idea atau contoh nama syarikat, Tedi terpaksa cari juga nama syarikat pembersihan sedia ada untuk memastikan kami tidak memilih nama perniagaan yang orang lain sudah gunakan. Panduan mencipta nama syarikat secara umum boleh disemak di  Contoh Nama Syarikat Unik .   Idea nama syarikat perkhidmatan pembersihan yang menarik Bersih Gemilap Bersih Impian Bersih Pro Bersih Solusi Cuci Dinamik Cuci Pro Cuci Semua Impian Bersih Kem...

T13G18 PayPal jadikan pakcik Chris Reynolds manusia terkaya di bumi

Imej
Puas Tedi memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan jumlah baki dalam akaun PayPal Tedi tetapi hampa. Tetapi berbeza dengan pakcik Chris Reynolds yang disedekahkan duit oleh PayPal sekaligus menjadikannya manusia terkaya di bumi. Wah, kayalah Tedi kalau senang macam tu Gambar pakcik bernama Chris Reynolds yang "menjadi" manusia terkaya di dunia apabila akaun PayPal beliau menunjukkan baki $92 quadrillion. Seorang pakcik bernama Chris Reynolds terkejut apabila menerima satu email daripada PayPal pada hari Selasa lalu (semalam la tu). Kenapa dia terkejut? Sebab penyata bulanannya menyatakan bahawa akaunnya mempunyai baki $92 quadrillion ! Apa itu 92 quadrillion? 92 quadrillion ialah 92 dengan 15 digit 0 selepasnya, atau dalam bahasa mudahnya $92,000,000,000,000,000. Jumlah itu akan menjadikannya sebagai manusia terkaya di muka bumi .  Jumlah sebenar yang tertera pada akaun pakcik itu ialah $92,233,720,368,547,800. Namun itu hanyalah mimpi semata-mata kerana...

T16F12 Rozita Che Wan di Tesco

Imej
Sebelum MAster berbual dengan jiran-jiran pada waktu malam berkenaan " Mahal Sangat Kena Pulau ", siangnya kami membeli-belah. Ada pula koleksi Rozita Che Wan di Tesco Bandar Baru Nilai ni dengan harga mahal gila RM 300 sepasang. Koleksi ini adalah koleksi eksklusif Rozita Che Wan untuk Tesco . Tapi yang Tedi musykil ada pula yang design nak sama dengan koleksi Razman (atau Rizman ?) pada tahun lepas yang turut bekerjasama dengan Tesco. Tedi rasakan mereka ini cari koleksi baju mana-mana lepas tu tepek (tampal) label Rozita Che Wan lepas tu bolehlah jual mahal. Tedi tengok ada je baju yang tampalannya dah tercabut pun. Zaman sekarang kan banyak design baju ditampal bunga. Apa-apalah, siapa yang mampu bolehlah beli koleksi ini di Tesco ya... # Sunday, 12 June 2016, 14:53 # 20160612 # 1465714398009 # HUAWEI H30-U10 #   20160612

T16F12 Mahal Sangat Kena Pulau

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Semalam pakcik-pakcik di taman perumahan kami sibuk berbual mengenai sebuah kedai makan yang berhampiran. Kedai makan itu menjadi tempat mereka selalu singgah minum pada malam hari. Pada suatu masa dulu ia menjadi tempat persinggahan utama tapi kebelakangan ini ia dipulaukan dan mereka mula beralih ke kedai mamak yang berhampiran pula. Sebab dipulaukan?  Harga yang dikenakan agak mahal sebagai contoh telur separuh masak sebiji adalah RM 1.50. Apa yang Tedi perasan adalah kedai itu tidak menyediakan menu dan harga makanan yang dijual. Ia menyebabkan para pelanggan tidak dapat bandingkan harga. Tedi melihat adalah satu kerugian bagi kedai itu apabila mereka melaksanakan polisi sedemikian.  Masakan mereka bukannya tidak sedap,  tapi kalaulah pelanggan sampai lari ke kedai mamak,  itu maksudnya apa? Sedangkan harga di kedai mamak Tedi rasakan mahal. ...

Pizza Hut cipta rekod dunia penghantaran pizza paling tinggi atas daratan

Imej
Pizza Hut telah mencipta rekod ' Penghantaran pizza  atas darat pada altitud paling tinggi ' dalam Guinness World Record apabila berjaya menghantar pizza pada ketinggian 19341 kaki  (5895.1368 meter) di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania . Pizza Hut cipta rekod hantar pizza ke Gunung Kilimanjaro Pengurus Besar dan para pekerja Pizza Hut Afrika , ditemani oleh beberapa penunjuk arah berpengalaman, mendaki gunung tersebut dengan menggunakan beg sandang belakang istimewa untuk membawa pizza tersebut. Gambar beg sandang istimewa Pizza Hut untuk hantar pizza ke Gunung Kilimanjaro Pizza itu mengambil masa 4 hari untuk dihantar. Satu berita yang agak menyesakkan dada bagi mereka yang sedang kelaparan atau mengidam nak makan pizza. Agak-agaknyalah kan, berapa upah perlu dibayar kepada penghantar pizza tersebut? dan bagaimanakah kita mahu membuat pesanan? Apa yang penting, mereka yang mendaki Gunung Kilimanjaro kini sudah boleh menikmati pizza sambil menikmati pemandangan...

Logo BING dah bertukar rupanya.

Imej
Tadi Master suruh Tedi risik satu nombor telefon. Ini adalah kerana Master dapat satu panggilan daripada nombor 22990 . Master berasa sangsi dengan panggilan itu lalu meminta Tedi mencari nombor 22990 nombor dari mana ? Setelah Tedi selidiki didapati bahawa nombor 22990 ini digunakan CELCOM untuk promosi nada panggilan . Setelah mengetahui berkenaan nombor telefon 22990 ni adalah nombor apa , Master berjanji takkan menjawab sebarang panggilan dari 22990 selepas ini. Perubahan logo enjin carian Bing Selepas itu barulah Tedi perasan sesuatu yang pelik pada BING.com. Logonya dah jadi bersegi, tak bulat macam selalu. Ini adalah logo BING.com yang lama. Tedi pun cubalah risik, rupa-rupanya dah lama logo ni bertukar. Tapi takkanlah Tedi tak perasan kan? Macam musykil pula. Logo bersegi ini disertai dengan ejaan bing menggunakan font Segoe supaya lebih serasi dengan barisan logo Microsoft. Logo BING.com yang baru, lebih bersegi tajam, diikuti penggunaan warna oren yan...

Kedai buku boleh gunakan coklat untuk tingkatkan jualan.

Imej
Kedai-kedai buku kini mula menghadapi kesukaran dek kecanggihan zaman teknologi maklumat Bukan sahaja sukar untuk menjual buku, malahan mereka sukar menarik minat manusia singgah ke kedai mereka. Seorang penyelidik dari Belgium menyatakan bahawa jawapan bagi masalah ini ialah coklat. Aroma coklat cair yang menyelerakan mungkin akan membantu meningkatkan hasil jualan sesebuah kedai buku. (FOTO: RVLSOFT/ SHUTTERSTOCK ) Lieve Douce dari Hasselt University telah melakukan eksperimen 10 hari yang menunjukkan bahawa apabila sesebuah kedai buku mengepam bau coklat ke dalam kedai mereka, pelanggan akan 2.22 kali lebih banyak memeriksa buku-buku yang ada di kedai mereka. Kajian itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40% (empat puluh peratus sahaja) ke atas penjualan buku-buku romantik dan buku-buku masakan (atau buku mengenai makanan dan minuman). Penjualan buku sejarah dan aksi pula akan meningkat 22% (dua puluh dua peratus sahaja). Ini adalah satu penemu...

Harga Susu Isian Bulan April

Imej
Erm, rasanya dah tiba masa cari bekalan susu isian untuk bulan ni... tapi produk mana yang paling berbaloi? Rakyat Malaysia, termasuk juga Tedi memang minat susu isian sama ada peka, atau cair, atau juga sejat. Bekalan sedia ada dah berkurangan, jadi terpaksalah merisik harga di pasaran semasa. Susu Isian Sejat Gambar Produk Harga (RM) Pengeluar Dairi Champ Susu Isian Sejat 400g. 2.95  Etika Dairies Sdn Bhd F&N Susu Isian Sejat 400g. 3.49   F&N Dairies ( Malaysia ) Sdn Bhd   Marigold Susu Isian Sejat 390g. 3.70  Malaysia Milk Sdn. Bhd.   Marigold Susu Isian Sejat 400g. 3.85  Malaysia Milk Sdn. Bhd Susu Sejat Penuh Krim Gambar Produk Harga (RM) Pengeluar Ideal Susu Sejat Penuh Krim 400g 3.90   F&N Dairies ( Malaysia ) Sdn Bhd Marigold Susu Sejat Penuh Krim 390g 3.80 Malaysia Milk Sdn. Bhd Marigold Susu Sejat Penuh Krim 400g  3.99  Malaysia Milk Sdn. Bhd K...

Sepetang di You Auto

Imej
Semalam pergi periksa kereta Proton SAGA BLM Mommy. Kami ke wakil Pusat Servis Proton di Bandar Baru Salak Tinggi (You Auto Sdn Bhd), sebabnya ada minyak hitam menitis keluar. Selain itu Master ajak kawannya bawa kereta Proton Savvy beliau untuk diperiksa. Seal salur minyak hitam rosak. Mekanik angkat kereta tu (bukan macam Superman) dan periksa bawah enjin. Ada minyak hitam menitis melalui nat salur keluar minyak hitam. Nat ni pomen akan buka apabila mereka nak keluarkan minyak hitam. Mekanik pun gantikan satu benda namanya seal , katanya dah rosak, mungkin kehausan (bukan sebab cuaca kemarau). Dia tak caj apa-apa, kira percumalah tu. Gear lima susah nak masuk. Lepas tu Master bertanyakan hal ada satu bunyi halus apabila tukar gear lima. Memula Master sangkakan kena tukar plat klac kereta, tapi  mekanik tu kata itu tanda bosch (ejaan ni betul ke tak, wallahua'lam) pecah. Dia pergi ke bawah kereta dan tunjukkan satu benda, dia usik j...

Pusat Boling Ole Ole Super Bowl di Mydin Mall Seremban 2

Imej
Ramai bertanya kepada Tedi, adakah terdapat tempat permainan di dalam Mydin Mall Seremban 2? Nombor telefon (contact number) bowling Mydin Seremban 2 (S2) : 06-601 1106 Soalan itu agak sukar untuk dijawab... kerana Tedi tidak pula menumpukan perhatian kepada sebarang tempat hiburan di sana, kecuali Pusat Boling Ole Ole Super Bowl di tingkat paling atas. Kenapa hanya tempat itu sahaja yang Tedi fokus? Kerana memang Mydin tak pernah ada Pusat Boling (merujuk kepada Mydin Mall USJ sahaja sebab Tedi tak pernah sampai Mydin Mall Melaka dan Terengganu). Jadi kepada peminat tegar permainan boling, bolehlah mendaftarkan diri anda ke sana. Terkejut pakcik tu apabila gambarnya dirakam oleh seekor beruang yang cute macam Tedi ni... Coretan lain: http://interpretzz.blogspot.com/2014/09/mss-di-mydin-mall-seremban-2.html http://interpretzz.blogspot.com/2014/01/besarnya-mydin-mall-seremban-2.html http://interpretzz.blogspot.com/2013/07/membeli-belah-di-aeon-s...

Popular