Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gambar Sakinah

[t16l09] Aina dan Sakinah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 9 Disember 2018 18:02, Ahad animasi Aina bersama kak Sakinah sedang berjalan-jalan di waktu petang di Serting. Masa ni Aina sedang tengok buah ciku.   9 Disember 2018, 18:12, Ahad FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD PERUMAHAN KILANG SAWIT SERTING SELAMAT DATANG KE KAWASAN PERUMAHAN KILANG SAWIT SERTING KEDATANGAN ANDA SENTIASA KAMI HARGAI XiaomiR Redmi Note 5A ƒ/2.2 1/168 3.79 mm ISO100   ~20181209~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16f22] Tak Larat Tidur Atas Lantai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Malam ni Sakinah datang rumah. Resam kalau dia datang mesti tidur di ruang tamu di hadapan tv, di atas lantai berhamparkan toto. Tapi Master tetap cari katil juga untuk tidur, jadi tinggal Mommy sahajalah temani Sakinah tidur di bawah. Master hairan juga tengok mereka tidur di atas lantai, tidak kesejukankah? Walaupun beralaskan toto Master tetap berasa dingin lantai marmar menyerap ke dalam tulang belulang beliau. Paling teruk apabila bangun esok hari Master berasa seolah-olah paru-paru beliau dipenuhi cecair disertai hidung yang tersumbat dengan mukus. Master hanya boleh tidur di lantai jika permaidani tebal yang keras menjadi alasnya. Apakah tidur atas lantai ada kesan buruknya? Sampai sekarang Tedi belum ketemui jawapan saintifiknya. Belum lagi Tedi berkesempatan mengkaji permasalahan ini. Gambar si Sakinah sedang mewarna sebelum tidur di ruang tamu beralaskan toto. # W...

T15E28 Mana gunting?

Imej
Ahad lepas semasa Master duduk berehat di ruang tamu, Sakinah datang membawa sebungkus kerepek Kononnya dia nak Master bukakan bungkusan kerepek tersebut. Master sebenarnya malas nak beri Sakinah yang baru berusia 2 tahun tu makan kerepek, jadi Master cuba membuat helah. "Tak boleh nak buka ni. Gunting mana? Kena buka guna gunting" , kata Master kepada Sakinah seolah-olah budak kecil tu faham apa Master maksudkan. Tiba-tiba sahaja Sakinah bergegas ke dapur, lama dia diam di sana. Tedi tak sedap hati, manalah tahu Sakinah pergi ambil barang-barang tajam? Apabila Tedi pergi ke dapur, rupa-rupanya dia merenung tempat gantung gunting. Dia tunjuk seolah-olah mahu menyatakan, "itu gunting" . Master pun terpana, Tedi pun sama, terpaksalah Master membuka bungkusan kerepek tersebut. Sukar untuk membayangkan apa yang difikirkan oleh anak kecil ini, kita mungkin menyangka mereka hanya mahu bermain, sedangkan fikiran mereka mungkin lebih jauh dari itu.   Lay...

Sakinah dan kerusi itu...

Imej
  Zoom in gambar potret Sakinah mendongak ke atas | 2014-07-20-2035  Gambar Sakinah mendongak ke atas sambil memegang kerusi makan berwarna putih, turut kelihatan segulung permaidani | 20140720  20140720

Sakinah dan makhluk hijau.

Imej
Lama juga tak melihat foto-foto si ketot, Sakinah. Jadi apabila mengemas kamera tadi, tak sangka pula ada banyak gambar dia. Ini pun dah gambar 5 bulan lepas yang diambil di Dataran Nilai selepas kami pulang dari Aquaria KLCC . Masa ini dia memang suka menggigit dan semua benda nak digigitnya. Entah apalah yang sedap bebenor sampai tak berhenti menggigit jambul binatang hijau tu... Khusyuk benar menggigit sampai tak hiraukan apa dah... 20141113

Sakinah buat Biskut Dahlia

Imej
29 September 2016 Gambar kakak Sakinah sedang membuat kuih raya iaitu biskut dahlia atau biskut daisy. Biskut dahlia ni Tedi tak berapa suka sebab ada ceri walaupun sebenarnya ia sama sahaja dengan kuih semperit yang menjadi kesukaan Tedi. Beza kuih dahlia dan kuih semperit cuma dari segi rupanya sahaja dan juga kehadiran aksesori tambahan pada kuih dahlia atau kuih daisy. Kejap dahlia kejap daisy, Tedi pun tak tahulah...

Sakinah ke Uptown Sports Bangi

Imej
21-Nov-2015 09:55 pagi hari Sabtu Sakinah galas beg pink Pony Tail ikut Master pergi main badminton di Uptown Sports Bangi Sony D2533 2015-11-21-0955 Ketika ini Master telah berjaya mengumpulkan satu pasukan untuk bermain badminton daripada kalangan rakan sekerja beliau. Mereka mula bermain di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi kerana pengasas kumpulan ini iaitu Master dan Mr Zack Zaidi tinggal berhampiran Bangi. Pada zaman kegemilangan pasukan ini, mereka turut menerima tajaan daripada bos Master untuk beli bulu tangkis. Tetapi akhirnya kumpulan ini telah di-hijack menjadi kumpulan riadah mendaki bukit sebelum ia terkubur kerana masalah kecederaan yang dialami oleh Mr Zack Zaidi. Sebelum terkuburnya pasukan ini, mereka juga aktif bermain di Pantai Dalam. Salah satu lokasi bermain badminton pilihan mereka di Bangi adalah di Uptown Sports yang menyediakan perkhidmatan sewa gelanggang badminton dan gelanggang futsal, malahan meja ping pong. Suasana di Uptown Sports ini memang seles...

Popular