Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel filem dan drama

[t23g10] Menyampah dengan Tuan Anas Mikael 5 hari beraya

Imej
Hari ini tertonton salah satu episod Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya . Drama bersiri Tuan Anas Mikael ni bukanlah kegemaran Tedi, tapi makcik yang jadi mak kepada Cik Ayu Maisarah tu comel dan kelakar. Lagi-lagi kalau dia gaduh dengan anak gadis dia. Memang gembira je tengok perbalahan anak-beranak tu. Tapi untuk sekuel raya ni Tedi rasa menyampah, bukan sebab ceritanya tapi disebabkan barisan pelakon tambahan dalam drama ini. Bukan seorang, ada dua orang pula tu! Seorang pelakon tambahan wanita yang menamakan diri beliau Erra Fazira dan seorang lagi pelakon tambahan lelaki yang menamakan dirinya Hans Isaac . Erra Fazira tidak berapa Tedi gemari sebab mulut dia cabul semasa dia menjanda dulu, komen sesuka hati mentang-mentanglah dia diva. Hans Isaac pun sama juga mulut seperti tiada insurans, tapi Tedi tak berapa ingatlah pasal dia, not worth it , kata omputeh. Boleh dikatakan Tedi memang akan  banned rancangan TV seperti drama yang dibintangi artis-artis yang Tedi banned diseb...

[T16C13] Asal perkataan bimbo dan maksud bimbo

Imej
Apakah itu Bimbo? Pada masa ini iklan drama " Aku bukan Bimbo " sering dimainkan di layar televisyen, dan Tedi serta Mommy sering terserempak dengan iklan tersebut. Kalau sekadar terserempak tidak mengapalah, tapi perkataan bimbo itu asyik ditanya apakah maksudnya oleh Mommy. Tedi jawab dengan jawapan klise, "Mommy Google-lah" , tapi seperti biasa Mommy malas nak Google, melainkan ia gossip artis. Baiklah... setelah sekian lama... pada pagi ini Tedi mencari apa makna bimbo itu. Rupanya ia adalah daripada Bahasa Inggeris slanga (rojak?) yang bermakna, "perempuan yang nampak menarik tapi otak kosong (a.k.a bodoh?)  - selalunya wanita muda yang menggunakan tarikan seks" . Bodoh mungkin tak berapa sesuai tapi kalau tak berilmu pengetahuan itu mungkin ya. Perkataan ini wujud seawal 1919 di Amerika Syarikat , tapi pada masa itu ditujukan kepada lelaki yang tidak cerdik atau yang jenis brutal membabi-buta . Almaklumlah pada zaman dulu mereka yang kuat...

T17K11 Tiada Pari-pari Jahat, yang jahat hanya kita

Imej
Wow!!! Sambil kelip-kelip mata sikit jangan nampak ada air mata... Hihihi.. Ini Kali kedua Tedi tonton filem Syurga Yang Tidak Dirindukan . Tedi tak pernah rasa filem ni adalah sebuah filem sedih. Gambar para pelakon wanita Syurga yang tidak dirindukan. Tapi tadi pada part si Nadia anak Patresya buat persembahan barulah Tedi perasan dalam persembahannya itu ada satu mesej yang sangat mendalam dan mengusik perasaan Tedi. Dia kata bahawa di dunia ini tiada pari-pari baik atau pari-pari jahat. Yang jahat adalah kita kerana kita asyik dalam kebahagiaan sehingga kita tak perasan penderitaan orang lain. Penderitaan mereka itu membuat mereka menjadi jahat. Jika kita saling membahagiakan nescaya tiada kejahatan di dunia ini. Pari-pari :  dewa atau roh perempuan yang elok rupanya.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) Ayatnya itu sungguh dongeng sebab tajuk persembahannya itu ialah Dongeng Madani . Tetapi ia ada kebenarannya. Tekanan hidup mungkin akan memaksa seseorang untuk mela...

Dia Semanis Honey episod finale

Imej
Tedi tak tengok sangat cerita Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana ni. Hari ni kebetulan sempat tonton pula drama bersiri ni. Memang Tedi agak terhibur dengan drama komedi ni. Tak pernah Tedi tonton drama ada babak Tok Kadi kena culik! Adoi pecah perut Tedi dibuatnya, tapi ini bermakna drama Dia Semanis Honey ni tidak klise... err... pada babak tu je la. Selain itu aksi Bella bunuh mak dia guna bantal pun agak kelakar. Inilah pertama kali Tedi tengok babak bunuh orang guna bantal di mana Tedi tengok si pembunuhnya sopan-santun. Sedutan dari drama bersiri Dia Semanis Honey episod ke-16 Rasanya kalau macam tu lah aksi si pembunuh tu memang kena tendang je dengan si mangsa. Tengok mangsa punya meronta-ronta tu pun lebih bertenaga daripada aura membunuh si pembunuh. Polis pula datang 3 orang saja, si penjenayah pun lebih ramai berbanding polis. Tapi itu bermakna Polis Di-Raja Malaysia adalah sangat hebat dan supercop . Mula-mula Polis macam nak serbu tapi kemudian dialog klise ...

Erm... kelakar la juga...

Imej
Baru je habis nonton "Nama aku Beng" Syukur jika jadi hos AF 2013 Tedi tertarik untuk tonton teledrama ni sebab Zizan Razak berlakon. Mula-mula kelakar la juga, lepas tu Tedi naik atas untuk iron  baju sekejap. Pastu bila tengok balik, Tedi sangkakan dah beralih ke drama lain sebabnya jalan ceritanya mula ke arah romantik gitu tambah sedih-sedih sebab kematian kekasih hati. Tedi check la sinopsis, rupa-rupanya ceritanya pasal si Kamal (lakonan Zizan Razak) yang tertarik dengan jiran barunya, Lisa (lakonan Izara Aishah ). Dia meminta bantuan hantu bernama Beng yang menghuni rumah sewanya itu. Si Beng ni pula rupa-rupanya bekas kekasih Lisa yang mati sebab jatuh atas lif apabila dia menggunakan lif yang sedang diselenggara. Tedi tak layan cerita jiwang macam ni, tapi Tedi pujilah sebab peranan Kamal yang pada mulanya macam nakal-nakal rupanya adalah kawan lelaki yang jujur dan ikhlas. Cerita macam ni barulah ala-ala cerita Korea yang ada 2 hero, cu...

Sungguh efisyien!

Imej
Apakah itu efisyien? Perkataan ini dicedok daripada Bahasa Inggeris, " efficient " yang bermaksud cekap atau tersusun. Tapi Tedi bukanlah nak cerita mengenai perkataan ini. Kisahnya Tedi seperti biasa tertonton Cerekarama di TV3 (sebab Mommy tonton).   Cerita kali ni tajuknya "Yeop Kaya Ke". Ada satu babak di mana si Yeop ni diberi peluang oleh bakal bapa mertuanya untuk bermesyuarat dengan pelanggan syarikat mereka. Si Yeop ni pun pergilah. Kemudian dah habis meeting , si Yeop ni balik ke pejabat. Dalam perjalanan si Yeop berbual-bual dengan pemandu beliau. Sampai di pejabat si Yeop disambut dengan ucapan, "Tahniah, pelanggan kita tu dah ikat kontrak 5 tahun dengan kita." Sungguh cekap pelanggan mereka itu, Yeop baru sampai pejabat, mereka dah tandatangan kontrak! Inilah pengajaran yang kita jarang nampak dalam cerita-cerita Melayu. Semoga kita akan ambil iktibar dan menjadikan pelanggan Yeop itu sebagai sumber motivasi. Sekian. 20131207

Nampak pengaruh Naruto dalam Ejen Ali The Movie - Misi: Neo

Imej
Semalam Tedi sempat menonton filem Ejen Ali The Movie - Misi: Neo di TV3 sempena malam raya pertama. Sudah lama Tedi nantikan, tapi nak tonton di panggung wayang gambar (pawagam) memang susahlah. Tedi nantikan jika Unifi TV akan jual filem ni tapi hampa. Mungkin suatu masa nanti ia akan dijual di Unifi TV. Ada tempias Naruto? Tedi anggap filem ini memang bagus. Bukan sahaja dari segi aksi, malahan dari segi emosi. Sukar nak jumpa filem tempatan yang memberi kesan di hati. Selain itu Tedi nampak ada tempias Naruto dalam filem ini. Ada tempias atau tidak, ia masih filem yang diolah dengan baik. Naruto adalah satu anime dari Jepun yang penuh drama dan aksi. Jalan ceritanya agak sukar diduga. Seperti mana siri anime Dragon Ball yang menjadi panduan dan aspirasi kepada generasi mangaka, akhirnya Naruto pula menurut langkah Dragon Ball dan menjadi aspirasi kepada penerbit manga seterusnya. Naruto sebenarnya turut menerima inspirasi daripada Dragon Ball. Ejen Ali diinspirasikan daripad...

Natijah demam atau Love You Mr Arrogant?

Imej
Master terjaga daripada lena. Cerita di bawah ini mungkin ada kena-mengena dengan drama yang menjadi kegilaan anak saudara Mommy sehinggakan Master "tertonton" drama Melayu ni.   Master memandang ke sekitar. Kawasan rumah banglo yang luas itu membuatkan dia buntu seketika. Keadaannya agak mamai setelah entah berapa lama Master terlena di sofa empuk itu. Rumah siapakah ini? Akhirnya Master kembali sedar yang dia berada di rumah mertuanya, atau lebih tepat di rumah keluarga bini mudanya. Tipikal cerita Melayu, kahwin mesti dengan anak orang kaya. Barulah juga dia teringat yang dia tak pernah jenguk bini mudanya itu. Tak dilayan. Tak dipedulikan pun? Masanya dihabiskan bersama Mommy. Aneh sungguh, bukan selalu orang layan bini muda ke? Perasaan menyesal menyelubungi diri. Master menuju ke sebuah bilik, dia tahu di bilik itu selalu bini mudanya menumpang mandi. Master nak menjenguk bini mudanya itu, nak minta maaf. Entah kenapa di hatinya penuh sesal. Lagilah p...

Popular