[t17f28] Dari Kota Bharu ke TBS naik bas Transnasional
Jam 7.30 malam Kami bertolak dari Kampung Delima, singgah di Masjid Wakaf Bharu untuk tunaikan solat Isya. Jam 8.20 malam Kami sampai di Hentian Bas Tesco Kota Bharu, tapi apabila sampai di depan kaunter Transnasional, ia tutup dengan notis, semua bas dari Kota Bharu kena naik di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu. Jam 8.30 malam. Kami bergegas ke sana, Master menelefon Transnasional Kota Bharu dan dimaklumkan bahawa bas kami belum tiba dan dijangka sampai jam 9 malam. Jam 8.40 malam Kami tiba di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu. Tok Abah meninggalkan kami di situ. Master tunaikan solat Isya di surau stesen tersebut. Keadaan stesen bas yang menjadi pusat baa Transnasional, Nice, dan City Liner itu agak kecil dan serabut, Kota Bharu tampak memerlukan stesen bas yang lebih sempurna. Jam 9.00 malam Bas kami masih belum tiba. Master pergi minum neacafe panas gelas kecil di sebuah restoran Thai. Harga mahal RM 1.80, mentang-mentang dia aja niaga pada masa tersebut. Jam 9.30 mal...