Idul Fitri 13 - Jalan sumbat raya ke-4
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu ke-2 bulan Augustus. Sedar tak sedar juga, sudah hari ke-4 umat Islam di Malaysia berhari raya. Pada hari ini tiada tentatif rasmi menyambut hari raya. Rancangan ke Kuala Krai dibatalkan. Sepatutnya pada hari ini, Mommy nak ke majlis perkahwinan bos beliau di Kuala Krai. Namun laporan trafik kurang memberangsangkan, maka kami tak jadi ke sana. Sebaliknya kami ke majlis perkahwinan lain di Lembah Sireh iaitu di Kampung Sireh. Kampung yang dikatakan tempat membesarnya Roslin Hashim dan Hafiz Hashim. Bergegas ke Hospital Tanah Merah Seterusnya dalam jam 13:00 kami bergegas ke Hospital Tanah Merah kerana sepupu Mommy bersalin tak cukup bulan (7 bulan kandungan). Kami ikut sebuah Alza jadi jalan yang dilalui memang kami langsung tak kenal. Konvoi kami terpecah sebentar di Pasir Mas kerana kesesakan jalan. Ini adalah kerana Master memang tak suka menyelit-nyelit. Tak profesional katanya. Konvoi kami bersatu semula d...