Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2026

Kenduri Kahwin Adik Kak Ogy | 20180909

Imej
Gaya Hidup Kenduri Kahwin di Desa Pandan Hari ini pergi ke Desa Pandan untuk memenuhi jemputan ke kenduri kahwin anak pengasuh Aina . Meriah kenduri kahwin ni dengan cabutan bertuah. Tengok tu, ada lauk ikan keli sambal berlada lagi, ish ish ish. Aina dan anak-anak Kak Ogy yang sibuk melayan kerenah Aina . Gambar Blok B7 di Desa Pandan . 20180909

Warna Sebenar Planet HD 189733b: Indah Maut Berhujan Kaca

Imej
Sains & Angkasa Warna Sebenar Planet HD 189733b Disahkan Saintis Tedi ternganga apabila melihat statistik carian interpretZZ menunjukkan ada carian pelik seperti "budak couple seminggu" . Daripada sibuk pasal hal budak-budak, lebih baik Tedi membaca tentang keajaiban angkasa raya! Planet yang menarik perhatian kali ini adalah Planet HD 189733b . Walaupun namanya agak saintifik dan membosankan, penemuan mengenainya sangat mengejutkan. Fakta Menarik Mengenai Planet HD 189733b Warna Biru Cobalt: Terletak sejauh 63 tahun cahaya dari Bumi , warna sebenar planet ini berjaya diimbas melalui pemerhatian Hubble Space Telescope . Pemerhatian Exoplanet: Ini merupakan penemuan warna pertama ke atas exoplanet (planet di luar Sistem Suria kita) yang mengorbit bintang/mataharinya sendiri. Persekitaran Ekstrim & Merbahaya: Jangan terpedaya dengan warna birunya yang indah seperti Bumi kerana planet ini mempunyai: Keadaan gas panas dengan suhu mencecah 1,000°C (...

Memoir seekor Tedi

Imej
Malaslah Tedi nak taip panjang-panjang petang ni, takut kurang pahala. hehehe... Kalau kawan-kawan ni hebat, di manakah lokasi kejadian? Cer teka, cer teka, cer teka... aku berlari, mengelilingi tasik sepi, angin terhenti aku kelemahan, aku kecungapan di mana kan berhenti? kesepian, lubuk hati hanya seekor, sendiri merasakan pohonan merimbun, seolah menanti ku hala bayangnya Tedi labuhkan punggung, atas rumpunan menghijau pandangan jauh Tedi lontarkan nun Istana Budaya Tedi tenung permukaan tasik, berkocak perlahan! gerak dan bunyi dalam fikiran hanya algoritma lantas berjalan, Tedi tersenyum, seekor diri suasana petang... menyambut pagi kedua-duanya, bagai tiada beza Tedi tersenyum, senyum sendiri apakah memoir ini? desiran bebuluh seolah menemani kicauan beburung riang sekali ingin sekali Tedi merebahkan tubuh ingin sekali Tedi ...

Kompleks Sukan Muadzam Shah {2}, Asrama Hijau Kuning.

Imej
Pelancongan Akhirnya Tedi Dapat Melihat Wajah Sebenar Kompleks Ini Pada Waktu Siang Alhamdulillah, ujikaji berjaya! Akhirnya thumbnails hadir kembali dalam interpretZZ . Jadi sebagai mengenang jasa foto-foto Kompleks Sukan Muadzam Shah semalam , Tedi muatnaik lagi foto-foto Kompleks Muadzam Shah , kali ini pada waktu siang. Ternyata panorama kompleks ini pada waktu siang agak menyamankan. Kepada semua peminat Hijau Kuning , bangunan yang Tedi menginap ini dinamakan Asrama Hijau Kuning . Jadi jika anda peminat Kedah , kenalah datang menginap di sini ... hehe.. Kami menginap di sini sebaik saja mendarat di jeti setelah pulang dari Pulau Langkawi . Siap ada padang bola lagi... gamaknya di sini skuad Kenari berlatih pada setiap minggu? Tiada pula Tedi nampak kelibat mereka... Kalau tak silap, ini padang hoki, kan? Rupa-rupanya ada banyak kemudahan sukan di sekitar kompleks ini. Pada mulanya Tedi terkejut juga sebab pada waktu malamnya memang tak ...

[t13l17] Tunjuk muka di Tv3

Imej
Kemanusiaan Kawan Master Sertai Rombongan Membantu Mangsa Banjir di Kuantan Ceritanya lebih kepada bagaimana terujanya dia melihat kelegaan dan keterharuan pada wajah mangsa banjir apabila mereka dibantu. Walaupun bantuan itu kecil dengan hanya kerahan tenaga membersihkan apa yang termampu. "Tak tergambar perasaan apabila melihat wajah orang susah terharu menerima bantuan" "Susah ke orang-orang kat Kuantan tu?" "Mereka mungkin tak susah sebelum ni, mereka mungkin hidup senang lebih daripada kita, tapi apabila kita ditimpa bencana atau kemalangan, maka jadilah orang susah!" Di sebalik itu kawan Master juga agak kecewa dengan mereka yang memalu gendang hero membantu mangsa banjir, heboh di berita popular TV3 , namun sebenarnya tiada apa! TV3 melaporkan kononnya mereka yang memalu gendang itu menjadi hero ketika ini, pada keadaan banjir masih teruk, membantu mangsa banjir yang kesempitan! "Tahi lembu semua itu!" , kata kawan ...

Aina di Warung Nasi Kerabu Sambal Tumis Kok Lanas | 20181014

Imej
Makan-Makan Sarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas Pagi ni kami pergi bersarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas . Walaupun nama warung tu tertulis Kok Lanas , ia sebenarnya di Desa Salak Permai . Memandangkan jaraknya tidaklah jauh sangat iaitu sekitar 6 minit sahaja daripada rumah kami, maka Tedi isytiharkan warung ini sebagai salah sebuah tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi . Warung ini menjual makanan seperti nasi kerabu, ayam bakar, daging bakar, nasi dagang, nasi berlauk, dan nasi lemak. Aina pula telah berjaya meminta keropok daripada tuan kedai. Bagi makan nasi lemak adalah dalam 5 suap dia makan. 20181014

[t18k06] Aina ketika 1 tahun 8 bulan 15 hari

Imej
Makan-Makan Singgah Lagi di Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas Sekali lagi kami ke Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas yang Tedi pernah kisahkan sebelum ini . Ini mungkin kali kedua kami sekeluarga ke sini dan kali ketiga buat Master . Biasalah kan Mommy mesti nak cari makanan Kelantan dan ini tempat baru buat Mommy dan kira masih fresh , belum jemu dan bosan lagi. Memandangkan Tedi dah pernah ceritakan perihal kedai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas ni, tiadalah masa untuk Tedi ulangi lagi. Nak cari tajuk untuk karangan ini pun sudah cukup payah kerana Tedi bukan nak ceritakan lagi mengenai gerai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas . Aina dan Ayam Bakar Cuma kali ini nak kongsi gambar Nor Aina sedang makan ayam bakar dengan peel mengada-ngadanya tu. Biasanya Aina tak suka makan ayam macam Master tapi entah kenapa kali ini Aina gemar pula makan ayam bakar tersebut, siap makan seketul drumstick . Setakat tengok gambar kolaj di atas tidak menggambarka...

Belanja RM 306,248.41 untuk pembedahan agar serupa dengan Justin Bieber

Imej
Trend Dunia Kerana minat sangup lakukan apa sahaja? Tidak terkecuali juga kepada seorang peminat Justin Bieber yang benar-benar menggilai penyanyi muda itu. Encik Toby Sheldon , 33-tahun daripada Los Angeles , seorang pencipta lagu, seorang lelaki (Tedi sangkakan hanya kaum perempuan sahaja meminati Justin Bieber ), dilaporkan sanggup membelanjakan US$97,000 untuk menjalani pembedahan kosmetik bagi menjadikan rupanya seakan-akan bintang pop remaja itu. Pembedahan itu melibatkan usaha melebarkan bahagian sisi mulutnya. Dia memaklumkan bahawa mulutnya mengambil masa sebulan untuk pulih, matanya pula tidak dapat dibuka selama seminggu selepas pembedahan. Kawan-kawannya "memuji" usahanya itu dan memanggilnya Tony Bieber . Barulah Tedi kenal siapa itu Justin Bieber , terima kasih pakcik Tony Bieber ! Sumber Info ( Gawker 20131020)

Beriklan dengan netqlix

Imej
🕒 23:30 Bukit Mertajam ➔ Sepang On the way to Sepang from our previous destination, Bukit Mertajam. Singgah di RnR Tapah untuk isi perut. Malangnya banyak kedai yang dah tutup. Tedi makan burger ayam saja untuk alas perut. Sambil makan sambil tengok skrin netqlix yang tawarkan peluang iklan di skrin tv di beberapa RnR PLUS. Good idea and good market, I think. Selain itu melalui skrin netqlix ini kita boleh tahu live traffic di lebuhraya PLUS. Okay lah.. masa untuk sambung perjalanan kami. Cloud Ads NetQlix, [logo], your brand here, [logo], 2016, Interactive Way To Advertise!, CONTACT OUR SALES NOW !, +6 010 602 0101, [ikon media sosial], netqlix, @netqlix, www.netqlix.com, www.netqlix.com, 010 602 0101, MAJLIS DAERAH TAPAH, IP0122589-A, PLUS, 11, DILARANG MEROKOK.

Kepala silinder enjin kereta Mommy retak!

Imej
Kisah mengenai kesan timing belt putus yang terpaksa kami tanggung pada kereta Proton SAGA BLM. Kandungan :  Tiada masalah? ,  Tukar bengkel. ,  Uji radiator ,  Semuanya ketentuan Illahi. Semalam seperti dirancang, Master membawa kereta Mommy ke bengkel. Sebelum itu kami ke kedai cuci kereta, sebab enjin kereta perlu dicuci untuk kenalpasti di mana kebocoran minyak enjin berlaku. Nasib baik di kawasan Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi ada kedai cuci kereta yang menyediakan perkhidmatan cuci enjin. Cuci luar kereta, dalam kereta dan enjin kereta cuma RM 15 . Walaupun Tedi agak tak setuju kerana mereka basuh enjin gunakan air, tapi nak buat macam mana lagi? Selepas siap, kami bergegas ke bengkel Keystone Motor Sport yang sebelum ini overhaul  kereta Mommy kerana timing belt  putus. Sampai sahaja di sana, Master mengadu mengenai kekeringan air radiator  dan juga kebocoran minyak, untuk kali kedua....

Beza Petronas Syntium 500, 800, 1000 dan 3000

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Ramai pula bertanya apa beza Petronas Syntium 800 dan 3000? Tedi kalau nak cerita dengan panjang lebar tentulah tak mampu nak buat, jadi Tedi ceritakan secara ringkas dan rasa-rasa sajalah. Nasib baik (dan malang) juga kami pernah gunakan kesemua siri minyak enjin Petronas Syntium tersebut, maka bolehlah Tedi ceritakan serba sedikit. Petronas Syntium 500, mineral Kita mulakan dengan minyak hitam Petronas Syntium 500 iaitu minyak enjin mineral, semi-sintetik bukan, sintetik pun bukan. Nasihat Tedi, tak payahlah gunakan minyak enjin ni sama sekali. Kami pernah gunakan sekali sahaja semasa kami tidak berwang dan akibatnya enjin menjadi kasar bunyinya... huhu... memang satu kesilapan besar yang Tedi takkan dapat lupakan sehingga ke hari ini. Petronas Syntium 800, semi-sintetik Syntium 800 pula adalah minyak en...

Popular