Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bangkok

[t16k25] Kembara Bangkok hari ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gerak Dulu Dalam seksyen Gerak Dulu ni terselit koleksi gambar ketika kami berjalan dari hotel ke jalan besar. Van takkan masuk ke kawasan hotel kerana kesesakan yang ada di kawasan itu. Buang masa jika van datang menjemput kami. Lebih baik kami berjalan kaki ke tempat van akan menjemput kami. Kawasan ini sesak kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Terdapat pasar pagi atau mungkin pasar sepanjang hari di kawasan ini di mana pada waktu pagi sebegini mereka akan mula melakukan persiapan untuk berniaga, jadi kawasan ini memang sibuk. Gambar bahagian depan sebuah pusat urutan berwarna ungu di Thailand bernama Sangkarn Massage yang menyediakan urutan Thai, urutan kaki, urutan minyak, dan urutan aroma. Dibuka dari jam 11 pagi sehingga 12 malam. Nombor telefonnya ialah 084-702-8664 dan Wi-Fi percuma disediakan. # Friday, 25 November 2016, 08:34 # 20161125 # DSC01518.JPG # Dirakam menggun...

[t16k28] Hari Terakhir di Bangkok

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar pada hari terakhir (hari ke-5) percutian kami melancong ke Bangkok edisi T16K . Memandangkan kami perlu naik kapal terbang pada jam 2:15 petang , aktiviti kami terhad di sekitar hotel berjalan-jalan, sebelum daftar keluar dan bergerak ke lapangan terbang antarabangsa  Don Mueang International Airport . Penerbangan antarabangsa ni kena daftar masuk awal jadi sekitar jam 12:15 tengah hari kami sudah berada di lapangan terbang . Perjalanan menaiki teksi ke lapangan terbang dalam 15 minit hingga 20 minit . Jadi hari terakhir ini bukanlah hari melancong di Bangkok tetapi hari untuk kami transit sahaja dari Bangkok ke Kuala Lumpur . Hari terakhir di Bangkok (T16K) Gambar pramugara AirAsia sedang menjual cenderamata AirAsia dalam kapal terbang AirAsia penerbangan AK885 dari Bangkok (Dong Mueang) ke Kuala Lumpur (KLIA2) # 20161128 # Monday, 28 November 2016, 17:21 # DSC02352 #...

[t16k27] Perabot Kayu di Chatuchak

Imej
Hari ini hari ke-4 kami melancong ke Bangkok dalam Travelog Bangkok T16K . Salah satu aktiviti pada hari ini adalah pergi ke Pasar Minggu Chatuchak (Chatuchak Weekend Market) iaitu katanya pasar terbuka terbesar di Bangkok. Tetapi sempena tajuk kiriman ini, Tedi akan fokuskan kepada gambar perabot kayu yang Tedi perasan di sekitar pasar minggu tersebut. Google StreetView menunjukkan salah satu suasana di sekitar Pasar Minggu Chatuchak Gambar pada jam 14:31 dan bertarikh 27 November 2016 di bawah ini adalah 3 keping gambar yang Tedi sempat ambil semasa kami mengejar teksi untuk pulang ke kawasan hotel setelah membeli-belah dan menjelajah Pasar Minggu Chatuchak di bandaraya Bangkok di negara Thailand . Gambar kerusi bar kayu di depan sebuah kedai perabot di Chatuchak Thailand # 20161127 # Gambar meja bar kayu ini diambil di sebuah kedai di seberang jalan bertentangan dengan Chatuchak JJ Mall . Hajatnya, Mommy berkenan nak tempah perabot seperti ini untuk diletakkan di dapur su...

T16K30 Tukar Thailand Baht di Malaysia atau Thailand?

Imej
Ketika kami berkira-kira untuk melancong ke negara Thailand yang juga dikenali dengan negara Gajah Putih itu, perkara pertama yang bermain di benak fikiran adalah di manakah harus kami tukarkan matawang Malaysia kepada duit Thailand Baht. Ringgit Malaysia semakin menjunam pada masa itu. Kami terfikir, adakah lebih bagus jika kami tukarkan matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Thailand Baht (THB) di Malaysia, atau sebaliknya? Pengalaman kami ketika melancong ke Vietnam pada suatu masa dahulu mengajar kami adalah lebih baik untuk kami menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada matawang Vietnam di negara Vietnam sahaja. Malahan peniaga Vietnam turut menerima matawang Ringgit Malaysia dalam urusan jual beli. Tapi kini, adakah formula yang sama terpakai untuk matawang Thailand? Lebih-lebih lagi pada saat matawang negara Malaysia jatuh merudum? Tedi mendapatkan beberapa pendapat, di antaranya: Lebih baik tukarkan Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di Malaysia kerana nilainya le...

Kembara Ekstrem Geng Serai

Imej
Geng Serai adalah satu kumpulan berbasikal orang Eropah yang ditaja dan melakukan satu ekspedisi kembara kayuhan basikal sejauh 2000 (dua ribu) kilometer dari Bangkok ke Singapura sekitar tahun 2005. Tujuan kembara mereka adalah untuk mengutip dana bagi membantu mangsa Tsunami Thailand 2004 . Apa Maksud Geng Serai? Dari mana mereka memperolehi nama Geng Serai? Kerana serai adalah ramuan utama dalam masakan Tom Yam atau di kalangan omputeh disebut Tom Yum , jadi maksud nama Geng Serai tersebut adalah merujuk kepada kumpulan berasal dari Thailand. Mereka bukanlah orang Thailand jadi nama itu merujuk kepada di mana kumpulan itu diasaskan. Selain itu maksud Geng Serai adalah "sekumpulan manusia yang bercita-cita tinggi tetapi kekok dalam hubungan bermasyarakat" . Agak pelik juga maksud nama Geng Serai tersebut memandangkan mereka boleh bersosial dengan baik. Atau adakah mungkin mereka maksudkan yang mereka ni bersosial sesama bangsa mereka sahaja? Geng Serai dianggotai oleh...

Popular