Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201312

Kerana 30 minit... Iron Man berpesan...

Imej
Letihnyalah. Baru je tiba dari Gambang. Apa Tedi buat di Gambang? Jawapannya Tedi main air di Bukit Gambang Waterpark. Tapi Tedi bukan nak cerita kisah di Gambang, tak laratlah Tedi. Tedi nak cerita hal Iron Man yang memaksa Tedi iron  pakaian seragam Tedi pada malam hari sebelum hari persekolahan. Iron Man suruh iron  untuk seminggu sekali kalau boleh, tapi dek kerana kederat Tedi ni tak seberapa, maka paling kuat pun Tedi dapat iron  1 setengah pasang je, hehe. Paksaan Iron Man itu adalah disebabkan Tedi akan mengambil masa 30 minit untuk selesai iron  sehelai baju... huhuhu... Kalau Tedi ada iron besar gedabak macam ni, tentu dalam seminit je dah boleh siap iron baju sekolah, kan? Sumber foto: My Strawberi: Cerita raya 2013 kami. 20131222

[t13l31] Dinding inspirasi

Imej
Dinding putih bersih suci tidak menjana pemikiran kreatif kanak-kanak. Itulah pesan seorang pakcik. Dia menerima pesanan itu daripada seorang kawannya yang baru pulang dari luar negara. Kawannya itu adalah ahli psikologi. Ceritanya bermula apabila si kawannya itu melawat pakcik tersebut di rumahnya. "Bersih dinding rumah kau ni" "Ha'ah, tapi susah juga nak jaga, budak-budak tengah lasak, sibuk nak conteng sana-sini." "Baguslah macam tu, kau biarkan je mereka conteng. Dinding yang putih bersih macam ni, tak bagus untuk pemikiran kreatif mereka." Berkat nasihat kawannya itu, pakcik itu mencanangkan idea yang sama ke mana-mana sahaja dia pergi. Terbaru, dia melancarkan aktiviti menconteng white   board di syarikatnya. Menjadi adat ibu bapa atau penjaga melarang kanak-kanak menconteng dinding rumah tatkala kanak-kanak berada pada zaman "kegemilangan" mereka dalam mengenal alam. Kini mungkin mereka boleh fikirkan ...

[t13l22] Gambang Water Park

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini kita main air di Gambang Water Park. Setelah puas main air kita pun menapak ke kawasan letak kereta yang terletak agak jauh nun di sana. Dalam perjalanan itu dapat juga melihat  Bas RAPID Kuantan di Bukit Gambang Resort City  dan beberapa pemandangan lain. Gambar parit atau sungai yang kami seberangi dari tempat letak kereta ke Gambang Water Park. # Sunday, 22 December 2013, 16:26# 20131222 # EFFECTS.jpg # Canon EOS 500D # Gambang Water Park, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang # P362+4M Gambang, Pahang # Bersedia untuk bertolak pulang setelah seharian mandi-manda main air di sini, bersama cenderamata yang sempat diborong. Bukit Gambang Resort City. Leisure at its best. www.bgrc.com.my . # Sunday, 22 December 2013, 16:30 # Canon EOS 500D # _MG_1668 # ~20131222~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Kota Bharu, LCCT dan Fan Run

Imej
Tedi baru je sampai dari LCCT Jam sudah menunjukkan jam 5.30 pagi. Tedi baru melabuhkan punggung di atas permaidani. Sebabnya tadi Tedi teman Master dan Mommy hantar Tok Ayah dan Nek Mak naik kapal terbang. Mereka berdua akan ke Padang, Indonesia. Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, Tedi dan Master dan Mommy baru sahaja tiba di rumah dari Kota Bharu. Penerbangan kami yang sepatutnya berlepas pada jam 10 malam dan sampai di LCCT pada jam 11 malam telah ditunda oleh pihak AirAsia. Akibatnya kami berlepas jam 11 malam dan tiba di LCCT pada jam 12.30 tengah malam! 5.45 pagi... Azan Subuh dah berkumandang sedangkan Tedi masih belum sempat melelapkan mata. Pada jam 7 pagi nanti kami akan ke Dataran Putrajaya pula untuk berlari dalam Team Malaysia Fan Run . http://www.teammalaysia.org.my/sea-games/ Sebelum ini kami sertai aktiviti ini di Dataran Merdeka, namun tahun ini ia telah dipindahkan ke Putrajaya. Apa-apa pun, selamat berlari. .

Erm... kelakar la juga...

Imej
Baru je habis nonton "Nama aku Beng" Syukur jika jadi hos AF 2013 Tedi tertarik untuk tonton teledrama ni sebab Zizan Razak berlakon. Mula-mula kelakar la juga, lepas tu Tedi naik atas untuk iron  baju sekejap. Pastu bila tengok balik, Tedi sangkakan dah beralih ke drama lain sebabnya jalan ceritanya mula ke arah romantik gitu tambah sedih-sedih sebab kematian kekasih hati. Tedi check la sinopsis, rupa-rupanya ceritanya pasal si Kamal (lakonan Zizan Razak) yang tertarik dengan jiran barunya, Lisa (lakonan Izara Aishah ). Dia meminta bantuan hantu bernama Beng yang menghuni rumah sewanya itu. Si Beng ni pula rupa-rupanya bekas kekasih Lisa yang mati sebab jatuh atas lif apabila dia menggunakan lif yang sedang diselenggara. Tedi tak layan cerita jiwang macam ni, tapi Tedi pujilah sebab peranan Kamal yang pada mulanya macam nakal-nakal rupanya adalah kawan lelaki yang jujur dan ikhlas. Cerita macam ni barulah ala-ala cerita Korea yang ada 2 hero, cu...

Sungguh efisyien!

Imej
Apakah itu efisyien? Perkataan ini dicedok daripada Bahasa Inggeris, " efficient " yang bermaksud cekap atau tersusun. Tapi Tedi bukanlah nak cerita mengenai perkataan ini. Kisahnya Tedi seperti biasa tertonton Cerekarama di TV3 (sebab Mommy tonton).   Cerita kali ni tajuknya "Yeop Kaya Ke". Ada satu babak di mana si Yeop ni diberi peluang oleh bakal bapa mertuanya untuk bermesyuarat dengan pelanggan syarikat mereka. Si Yeop ni pun pergilah. Kemudian dah habis meeting , si Yeop ni balik ke pejabat. Dalam perjalanan si Yeop berbual-bual dengan pemandu beliau. Sampai di pejabat si Yeop disambut dengan ucapan, "Tahniah, pelanggan kita tu dah ikat kontrak 5 tahun dengan kita." Sungguh cekap pelanggan mereka itu, Yeop baru sampai pejabat, mereka dah tandatangan kontrak! Inilah pengajaran yang kita jarang nampak dalam cerita-cerita Melayu. Semoga kita akan ambil iktibar dan menjadikan pelanggan Yeop itu sebagai sumber motivasi. Sekian. 20131207

Karate Kid Binge... klise...

Imej
Baru je habis tonton Karate Kid Binge. Nampaknya bukan cerita Melayu sahaja yang penuh klise, tetapi cerita omputeh  pun rupa-rupanya sama juga, terutama untuk siri Karate Kid ni. Ini adalah plot-plot yang Tedi rasakan sungguh klise dalam cerita mengenai karate ni sehinggakan Tedi boleh hafal. Watak utama adalah kanak-kanak atau remaja yang lemah. Cerita selalu bermula dengan pengenalan watak seorang kanak-kanak atau remaja yang lemah dan selalunya dibuli. Ironinya, pembulinya akan menjadi pesaingnya pada hujung cerita dalam mana-mana pertandingan karate yang ditandingi. Berjumpa guru karate tanpa sengaja. Kebanyakan cerita karate yang Tedi tonton akan disusuli dengan pengenalan bakal guru mereka yang ditemui secara tidak sengaja. Selalunya sang guru ditemui ketika hero melarikan diri daripada musuhnya, di mana sang guru akan membantu dan menunjukkan kehebatan karate. Hal ini akan mendorong si hero untuk belajar karate. Guru tidak mengajar terus. Selalunya si guru keber...

Gebu... macam gebu je...

Imej
Sudah lama Tedi nak tahu apakah maksud perkataan ini? Tedi tanya Mommy, Mommy pun tak tahu. Tapi akhirnya Tedi dapati gebu  itu bermaksud empuk ? Agak relevan juga apabila difikirkan. Kan? Keliru juga Tedi dibuatnya kerana apabila disebut empuk, Tedi akan terfikirkan mengenai daging. Bolehkah daging yang empuk disebut juga daging gebu? Rasanya macam tak sesuai je , macam tak kena je , macam tak gebu je . Ini hasil kajian Tedi dari pelbagai sumber, sekadar untuk suka-suka, bersuka ria tetapi bukan bersukaneka. Bahasa Melayu  :  Lembut :  terutamanya ubi (dan lain-lain); kuih pau juga dikategorikan sebagai kuih yang gebu; kek, terutamanya yang tidak dibakar disebut gebu apabila isinya lembut dan tidak padat. gembur : (tanah); kulit yang penuh berisi, licin dan lembut :  contohnya: "... pipinya yang gebu ..." Peribahasa " Pipi bagai pauh dilayang " bermaksud pipi yang penuh ( gebu ), barulah Tedi tahu... getah gebu : (kata nama) ge...

Gambang Resort City

Imej
Tram nombor #10 dengan tema Kuda Belang untuk melawat Safari Park dengan nombor pendaftaran BLX 6784.    Tram mengikut definisi sebenar adalah sebuah kenderaan elektrik yang bergerak di atas landasan yang diletakkan atas jalanraya. Selain itu pada abad ke-19 ia digunakan untuk troli mengangkut arang batu yang diletakkan di atas landasan.    Tram yang ini mungkin menurut tram yang digunakan di Amerika iaitu gerabak dengan 4 tayar getah. Tram Amerika ni dikatakan tiada kena-mengena dengan mana-mana tram yang sebenar.    Jika di Malaysia ni tram yang pernah Tedi naik adalah gerabak yang ditunda oleh lori, atau lori yang diubahsuai untuk membawa penumpang. # Saturday, 21 December 2013, 17:27 # 20131221 # Canon EOS 500D # Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang # P352+HF Gambang, Pahang #

Popular