Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Proton Saga BLM 1.3MT IAFM

Kereta mati 6 kali dalam perjalanan!

Imej
Isi Kandungan: 1. Kronologi Masalah Kereta 2. Punca Enjin Mati Tiba-tiba 3. Throttle Body & Penyelenggaraan Dugaan Perjalanan 100 Kilometer Hari ini sepatutnya Tedi bersekolah petang, dan pada waktu paginya Tedi temani Master ambil kereta di bengkel. Kereta yang mana? Proton SAGA BLM 1.3 MT tu lah. Master hantar kereta tu pada Sabtu lalu kerana nak tukar cakera klac (clutch plate) . Setelah ambil kereta pada jam 11 pagi, kami bergegas ke Bandaraya Kuala Lumpur . Tapi kami mula mengalami masalah setelah tiba di bandar tersebut apabila kereta kami tiba-tiba mati. Matinya tiadalah tersengguk-sengguk, tapi apabila perlahan di satu-satu tempat, tiba-tiba sahaja ia senyap, rupa-rupanya enjin mati. Nasib baik ia tidak berlaku semasa dipandu laju. Oleh sebab itu, Master mengambil keputusan untuk berpatah balik sejauh 50 kilometer dari Bangsar semata-mata untuk menghantar kereta itu ke bengkel ke...

[t14a30] Rahsia Bumper "Sembuh" Sendiri: Kisah Proton Saga BLM Dirempuh Sebelum Ke Kota Bharu

Imej
Hari ni Master kelik awal dalam jam 5.30 petang. Sebabnya kami nak kejar bas ke Kota Bharu yang khabarnya bertolak jam 7.30 malam. Dah lama kami tak naik bas dan ini kali pertama naik bas di Dataran Nilai. Dirempuh dari belakang ketika keluar simpang Dalam perjalanan pulang tak berapa kilometer dari pejabat Master, kereta Proton SAGA BLM kami dirempuh dari belakang ketika Master berhenti sebentar untuk tunggu jalan clear . Nampak remuk sikit je, tapi tak tahulah kalau ada kecederaan dalaman. Pelanggar kereta kami tu minta maaf dan dia masih muda lagi walaupun tua daripada Tedi. Kereta Perodua Myvi dia teruk la juga dan kelihatan sejenis cecair mengalir keluar daripada keretanya, menunjukkan ada sesuatu yang bocor. Ni yang Master malas ni. Tidak lama kemudian datang beberapa orang mungkin yang digelar Tonto menawarkan khidmat menarik kereta kepada kami. Namun secara baiknya kami menolak kerana kami kan nak naik bas. Laporan polis pun kami tak buat kerana bagi kami kereta Proton Saga B...

T18A23 Tuntut Kerugian Sepenuhnya di Takaful Ikhlas Bangsar South

Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya ( total loss ) daripada Takaful Ikhlas. Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 (sebelas ribu ringgit Malaysia) untuk kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM tahun 2009. Nilai diinsuranskan ialah RM 13000 (tiga belas ribu ringgit Malaysia) Kandungan karangan kali ini: Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss Nasib baik Takaful Ikhlas dekat Berapa lama tuntutan insurans total loss diproses? Ada tarikh luputkah untuk terima tuntutan total loss?  Lokasi ke IKHLAS  Point di Bangsar South Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss Mengikut surat tawaran yang diterima Mommy, kami kena serahkan (mengikut kes kami): Semua kunci kereta yang diisytiharkan sebagai total loss . Kami cuma ada satu kunci sahaja iaitu kunci pendua manakala kunci utama semasa kami kemalangan telah hi...

[t17i19] Tukar minyak gear dan suis tingkap auto SAGA BLM

Imej
16-September 10:00 pagi ,Kosmopleks. Tedi ikut Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM ke sebuah bengkel di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Destinasi kami pada kali ini adalah bengkel SY Tyres And Services di alamat No. 23, Jalan 10 , Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Nombor telefon 012-2522435 . Hajat kami adalah untuk menukar minyak gear transmisi manual kereta Proton SAGA BLM tersebut. Harga Tukar Minyak Gear Manual: RM 45 Bila ditanya berapakah harga ganti minyak gear manual SAGA BLM, mekanik kata RM 45 sahaja. Master jadi keliru dan tanya lagi jika dua botol diperlukan iaitu bermaksud jumlah harga tukar minyak gear SAGA BLM tu menjadi RM 90? Tidak. Itu jawapan mekanik. Hanya RM 45 sahaja kerana mereka gunakan kaedah pam. Master tak faham apa maksud mekanik tu tapi dia tidak kisah asalkan harganya RM 45 sahaja. Selalunya kalau kami ke pusat servis Proton, mereka akan gunakan dua bot...

[t14j20] Berapa lama masa tukar cakera klac Proton SAGA BLM?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pagi semalam Tedi temani Master pergi ke bengkel untuk tukar cakera klac (clutch disc). Rupa cakera klac yang perlu diganti apabila susah tukar gear atau hilang kecekapan pacuan kereta. Kos di Pusat Servis Proton lebih mahal kerana mereka akan tukar barang-barang yang berkaitan dan bukan hanya tukar cakera klac sahaja.   Cakera klac ( clutch plate ) ini rasanya perlu diganti kerana dah susah nak tukar gear dan ada bunyi halus ketika tukar gear 4 dan 5, tambahan jarak perjalanan sudah mencecah 150000 (seratus lima puluh ribu) kilometer sedangkan purata jangka hayat cakera klac ( clutch plate ) adalah sekitar 100000 (satu ratus ribu) kilometer. Sampai sahaja di bengkel, si mekanik kata tak dapat siapkan dalam masa sehari, kena tinggal kereta di bengkel semalaman. Itu bukan satu pilihan buat kami kerana kami tiada pilihan pengangkutan lain. Memandangkan Master tidak berkenan deng...

Review tayar Viking CityTech CT5

Imej
Kiriman kali ini Tedi sediakan khusus untuk tidak menghampakan permintaan beberapa kenalan yang mahukan Tedi memberikan komen atau review berkenaan tayar Viking CityTech CT5 yang kami gunakan sejak bulan Mei 2016 yang lalu. Bagi mereka yang belum tahu, tayar Viking CityTech CT5 tersebut kami beli dari Lim Tayar cawangan Bangsar . Harga tayar Viking CityTech CT5 bersaiz 185/60R14 itu kami beli pada harga RM 170 sebiji bagi menggantikan tayar Michelin Energy XM2 yang digunakan pada kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual . Harga tayar Viking di Malaysia untuk tahun 2017 boleh disemak di sini . Jadi  review Tedi kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami menggunakan kedua-dua tayar, bukan nak membandingkan, cuma sebagai ukuran sahaja. Pengalaman menggunakan tayar Viking CityTech CT5: Ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding Michelin Energy XM2, mungkin kerana bunganya yang lebih lebat. Tapi bunyi itu tidak ketara jika kereta dipandu laju dan radi...

[t17l21] Kami Kemalangan di Cyberjaya

Imej
Tarikh 21 Disember pada jam 7:28 malam seperti dicatatkan dalam garis masa Google map, menjadi detik malang buat kami kerana telah mengalami kemalangan di susur keluar ke Dengkil di Cyberjaya. Kejadian ini berlaku ketika bayi Aina berusia 10 bulan 1 hari. Master hilang ingatan bagaimana kejadian itu berlaku dan masih tak dapat mengingati dengan jelas. Apa yang Master ingat adalah beliau memutuskan untuk tidak berhenti untuk solat Maghrib di RNR Seri Kembangan dan sebaliknya mahu menunaikan solat Maghrib di rumah. Apa yang jelas dalam fikiran Master ialah sejurus selepas kemalangan ialah Master ternampak asap, kemudian Master mengeluarkan Aina dan dibawa ke belakang kereta oleh seorang lelaki (yang kemudiannya kami kenali sebagai Konstabel Shafiq dari IPK Kuala Lumpur). Master kemudiannya membuka pintu belakang kiri dan Mommy keluar dari kereta. Konstabel Shafiq mengarahkan Master mengumpul semua barangan berharga dengan bantuan beberapa orang di sana. Seorang staf Hospital Putrj...

[t17a25] 1 liter minyak petrol berapa kilometer?

Imej
Ini adalah satu soalan yang subjektif kerana jawapannya akan mengikut kenderaan yang manusia gunakan. Tedi boleh menjawab soalan ini mengikut pengalaman kami menggunakan dua buah kenderaan iaitu Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual dan Subaru XV STI Transmisi Automatik Lineartronic. Proton SAGA BLM 1.3 IAFM MT 2009 Sudah lama Tedi tidak kemaskini catatan rekod penggunaan petrol untuk Proton SAGA BLM ni, jadi Tedi akan jawab ikut pengalaman lalu yang dicatatkan dalam kiriman lepas-lepas-lepas iaitu Penggunaan Purata Petrol Proton SAGA BLM ,  Prestasi Merosot ,   dan Rekod Penggunaan Bahan Api . Proton SAGA kami manggunakan minimum 5.9 liter petrol untuk setiap 100 kilometer, dan maksimum 7.1 liter petrol per 100 kilometer. Itu bermakna dengan 1 liter minyak petrol, jarak yang boleh dicapai oleh Proton SAGA BLM ialah di antara 14 kilometer hingga 16.95 kilometer. Secara puratanya 1 liter minyak petrol bersamaan 15.475 KM (kilometer). Subaru XV STI 2.0 2015 Seperti yang ...

[t16j15] Berbicara Hal Kereta Conti (Continental)

Imej
Pagi ini Tedi nak melalut sedikit pasal kereta conti kerana ada dua kisah yang agak menggelikan hati Tedi apabila terdengar perkataan "kereta conti". Kereta Jaguar adalah salah sebuah kereta conti (continental) kerana berasal dari benua Eropah Apakah kereta conti? Kereta conti (disebut "konti") adalah nama manja kepada kereta continental yang dihasilkan rekaannya oleh syarikat pengeluar kereta Eropah. Tetapi ada juga yang menganggap kereta buatan Amerika Syarikat sebagai kereta continental. Contoh jenama yang popular di Malaysia adalah seperti BMW, Mercedes Benz, Ford, AUDI, VW, Renault dan Peaugeot. Negara-negara yang mengeluarkan kereta continental terbaik adalah seperti Jerman, Itali, Perancis dan England. Kelakarnya mengikut pembacaan Tedi, istilah kereta conti ini adalah digunakan oleh orang Malaysia dan terkenal juga di Singapura kerana lazimnya cukai untuk kereta keluaran benua Eropah adalah lebih mahal berbanding kereta keluaran negara Asia. Kereta continen...

[t17a11] Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM

Imej
Petang tadi Master balik lambat kerana ada penilaian prestasi kerja tahunan atau dalam bahasa Inggeris disebut appraisal . Terpaksalah Mommy dan Tedi menunggu Master di lobi pejabat beliau di Bangsar South. Jam 8 malam barulah Master menunjukkan batang hidung beliau yang mancung bak seludang tu kepada kami berdua. Sampai sahaja di lobby Master memaklumkan bahawa kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM yang semalam kami hantar kepada Pak Lang telah siap dibaiki, dan kami boleh menjemputnya di Batang Benar. Kandungan: Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan  |  Ganti Minyak Enjin SHELL Helix7 (Hx7) 4 liter  |   Berapakah kos upah tukar bearing tayar Proton SAGA BLM? Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan Kali ini Master meminta Pak Lang menggantikan bearing tayar sebelah kiri yang disyaki rosak, tetapi sebaliknya bearing yang rosak dan menghasilkan bunyi bising itu adalah bearing tayar belakang sebelah kanan kereta Proton SAGA BLM tersebut. Kos untuk sa...

[t16f16] Terlanggar Burung

Imej
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah subhanahu wa ta'ala juga kita semua kembali. Semalam semasa memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam di Jalan Bangi-Dengkil menghala ke persimpangan Dengkil, Master telah terlanggar seekor burung yang sedang terbang melintasi jalan raya tersebut. Pada mulanya burung itu terbang ke hadapan dan sudah melepasi lorong yang bakal kami lalui, tetapi secara tiba-tiba sahaja burung itu berpatah balik dan terbang ke arah kereta Proton Saga BLM 1.3 MT yang sedang kami kenderai. Kami terlanggar burung tersebut di mana ia dirempuh di bahagian cermin hadapan. Mungkin ketika itu ia cuba terbang ke altitud lebih tinggi untuk mengelakkan kenderaan kami. Rempuhan kuat itu menyebabkan kami menyangka cermin hadapan pecah tapi nasib baik ia tidak berlaku. Nasib malang burung tersebut tidaklah Tedi ketahui namun tiada kesan darah pada kenderaan kami. Semoga ia dalam keadaan baik-baik sahaja. Hal ...

[t17i30] Periksa klac Proton SAGA BLM

Imej
Master membawa Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM ke bengkel kereta di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi untuk diperiksa. Ini adalah kerana komen Tok Abah yang menyatakan clutch kereta itu nak habis kerana kereta Proton SAGA BLM manual transmission tu dikatakan asyik melompat ketika masuk gear. Master rasa okay aja klac kereta manual tu cuma kadangkala melompat jugalah semasa dalam kesesakan lalu lintas. Oleh kerana 5 Oktober nanti kereta SAGA BLM tu akan dipinjamkan kepada Pak Long yang ada urusan di Kuala Lumpur selama seminggu, Master mengambil inisiatif untuk memeriksa keadaan klac kereta tersebut. Mekanik kata kena tukar klac tapi entah kenapa Master macam tak yakin dengan jawapannya sebab yang memeriksa kereta Master tu macam tak yakin. Ketuanya pula hanya dengar ulasan mekanik tu tanpa memandu uji kereta Proton SAGA BLM kami itu. Sumber:  Kereta Proton mengaum RM 400 terbang   Kos untuk tukar klac kereta Proton SAGA BLM manual adalah RM 800 lebih kata tuan bengkel tersebut. ...

[T16E21] Bayangan Ketika Memandu

Imej
Tengah tunggu kereta dicuci di Car Wash 64. Di sini kereta dibasuh dalam bangunan, Proton Saga BLM upahnya RM 10 siap vakum, manakala bagi mini SUV upahnya RM13 termasuk vakum. Sambil tunggu layan blog kejap, tak tahu nak buat apa. Kiriman semalam mengenai kepulangan kami dari Bukit Mertajam telah menimbulkan beberapa persoalan apabila Tedi ada sebut tentang bayangan semasa memandu. Bayangan semasa memandu disebut juga "lintasan" oleh segelintir manusia atau mungkin juga istilah itu lebih popular di kalangan manusia. Apa yang selalu disebut orang adalah "ada benda melintas". Benda apa? Wallahu'alam.   Master mengalami "lintasan" Hal "benda melintas" ini adalah sesuatu yang dipandang sinis oleh Master sehinggalah dia mengalaminya pada suatu siang. Pengalaman pertama itu adalah pengalaman yang paling menyentak jantung sehingga terasa mahu luruh jantung dibuatnya. Pengalaman pada malam itu pula, adalah lintasan yang tidak menyentak jantu...

11 Oktober

Imej
Dah lewat ni, sepatutnya Tedi sudah kena masuk tidur ni... Alhamdulillah, petang tadi dekat jam 7 malam berjaya juga Tedi membuatkan proses kemaskini ID Cincin Kekunci berfungsi dengan baik. Puaslah Tedi belek dan belek, sehingga akhirnya terpaksa Tedi debug baris demi baris sebelum Tedi kenalpasti bahawa punca masalah adalah disebabkan oleh nilai yang tidak tepat pada 3 set 3 jenis Kunci Terpelihara Global Platform . Ia menyebabkan proses penulisan ke dalam Modul Capaian Terpelihara tidak dapat dilakukan kerana proses pengesahan gagal. Tedi tak faham juga kenapa 6 set pembolehubah yang berlainan yang Tedi umpukkan dengan 3 set Kunci Terpelihara yang berlainan boleh pula tiba-tiba mendapat nilai yang sama? Tidak pernah Tedi melihat perkara sebegitu. Memandangkan fungsi itu disediakan oleh pelajar lain, Tedi biarkan sahajalah, asal ia berfungsi. Tadi Mommy tanya, siapa Budak Baik? Biarlah rahsia... hehe... Tengahari tadi Tedi berbual dengan seorang pemilik Myvi. Terkejut j...

T13J12 Selenggara Proton SAGA BLM

Kos Service Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM Lokasi pusat penyelenggaraan: SY Tyres and Services, No 23, Jalan 10, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019-3795796

Minyak Proton SAGA BLM dari KL ke Sepang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tadi Tedi duk perhati sahaja tolok minyak kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT dari Bangsar South sehinggalah Bandar Baru Salak Tinggi Gambar meter dashboard (papan pemuka) minyak Proton SAGA BLM Selalunya jika meter minyak menunjukkan 2 takuk (bar), Master akan segera mengisi petrol demi mengelakkan tragedi kehabisan minyak di tengah jalan. Tapi tadi Tedi sengaja ja menghalang Master daripada berbuat demikian, tambahan pula memang tiada stesen minyak yang ada pada haluan kami pulang. Jika ada pun, kami akan terpaksa membuat pusingan-U. Terkadang terfikir juga kenapa tiada stesen minyak dibuka di Lebuhraya MEX menghala ke Putrajaya? Jika ada, rasanya memang akan jadi tumpuan ramai kerana keadaan di lebuhraya itu agak kurang sesak dan selesa, jadi tidak serabut untuk pemandu berhenti. Kali ini kami memandu pulang dalam keadaan yang kurang sesak mungkin kerana telah lewat, d...

Prestasi merosot...

Imej
Menurut kajian yang telah Tedi jalankan dan laporkan kepada Master sebelum ini, Proton Saga BLM 1.3M Mid-line boleh mencapai 320 kilometer dalam 3 bar pertama. Kalau kawan2 tak faham apa yang Tedi maksudkan, boleh rujuk laporan Tedi yang bertajuk " Estimate jarak (kilometer) sebuah Proton Saga BLM 1.3M Midline boleh pergi untuk 3 bar pertama " Mengikut kajian itu, kereta Mommy boleh pergi sejauh 320 kilometer dengan kelajuan 100kmj-120kmj . Namun, minggu lepas Master telah memecut dengan purata 120kmj-140kmj. Kesannya penggunaan petrol meningkat. Jika sebelum ini boleh pergi 320km, sekarang hanya 220 kilometer - 270 kilometer sahaja. Ini bermakna pengurangan jarak daripada 50 kilometer sehingga 100 kilometer . Trend  ini dijangka akan berterusan pada minggu ini memandangkan Tedi ada perbincangan berkumpulan sepanjang minggu ini. Projek HUR telah bermula, diskusi pun bermula, sibuk sepanjang minggu. Lupakanlah tentang kajian itu. Insya-Allah jika ada rezeki leb...

Tukar tayar kereta di Lim Tayar Bangsar

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Akhirnya Master menggantikan juga tayar kereta  Michelin Energy XM2 yang telah digunakan sejak 2012 lagi. Tiba-tiba sahaja Master ambil keputusan drastik untuk menukar tayar kereta pada petang ini kerana salah satu daripada 4 tayar kereta  Proton Saga BLM Duel Blitz Monster 1.3 Manual Transmission itu selalu kekurangan angin. Tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 kini selalu kehilangan angin. Semalam lebih teruk apabila tayar kereta Michelin Energy XM2 itu pancit keseluruhannya, nasib baik masih boleh diisi angin semula di pam minyak Petron Salak Tinggi . Master takut kalau tayar kereta tu tiba-tiba pancit di tengah jalan, keluar rim berapi pula nanti, naya je . Pada mulanya Master nak ke kedai Lim Tayar USJ di mana beliau beli tayar kereta Michelin Energy XM2 tersebut namun apabila diketahui kedai Lim Tayar ada cawangan di Bangsar iaitu di Jalan Tandok off Jalan Maarof , Master memutuskan untuk ke cawangan Lim Tayar ya...

Perbaharui cukai jalan SAGA BLM di Takaful Ikhlas HQ

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Hari ini Master perbaharui cukai jalan (renew roadtax) bagi kereta Proton SAGA BLM H-Line 1.3 IAFM transmisi manual kerana cukai jalan tamat tempoh. Aktiviti beli insurans dan perbaharui cukai jalan tamat tempoh itu berlaku di ibu pejabat Takaful Ikhlas Berhad di Bangsar South. Untuk kereta Proton SAGA yang dah berusia 7 tahun itu: nilai perlindungan ialah RM 16,000 dan harga sumbangan asas ialah RM 663.80. Ditolak dengan kadar NCD sebanyak 55% atau RM 365.09. Ditambah dengan insurans cermin sebanyak RM 75. Menjadikan jumlah kasar perbaharui cukai jalan tamat tempoh sepatutnya dibayar ialah RM 373.31. Kami dapat pula diskaun 10%, atau berjumlah RM 37.37, menjadikan sumbangan selepas diskaun ialah RM 336.34. Tapi kami dikenakan pula Cukai Perkhidmatan dan Jualan atau lebih terkenal dengan panggilan GST untuk perbaharui cukai jalan tamat tempoh, sebanyak 6% atau RM 20.18. Dan untuk melengkapkan pembelian cukai jalan itu kami dikenakan St...

T14H30 Proton SAGA BLM susah dihidupkan selepas jalan jauh

Imej
Hari ini sempat hantar kereta Mommy untuk diselenggara. Semasa pembayaran dibuat Master sempat meminta tips daripada bos pusat servis itu. Master: "Kalau kereta susah nak hidup tu apa masalahnya?" Bos:  Ada crank tak? Master: Crank? Crank tu apa? Bos: Crank tu bunyi enjin nak hidup. Master: Owh, ada. Bos: Banyak punca tu, kena periksa dulu. Master: Dia susah nak hidup selepas berjalan jauh, kalau sebelum jalan tu tiada masalah. Bos: Owh, boleh jadi ada angin. Masalah ni selalu jadi pada Proton SAGA BLM. Master: Angin? Angin masuk dalam enjin? Bos: Yup. You selalu pandu berapa? Lapan puluh? Seratus? Master: Seratus. Bidaah je Master tu, dia pandu lebih seratus dua puluh kilometer sejam (120 km/j) Bos: Angin. Ramai kena sampai enjin tak boleh hidup lansung. Rupa-rupanya kereta pun boleh kena angin ek? Nasib baik tak naik angin. Nak kena bekam kot kereta tu? Atau kena bagi dia minum air halia supaya dia kentut selalu? Penapis minyak yang tidak diganti bisa ...

Popular