Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel baca blog kawan-kawan

[t13e18] Segmen? Apa pula tu?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Dua tiga hari sejak terjebak dalam aktivit membaca laman-laman blog di Malaysia ni, Tedi mulai menemui istilah-istilah baru. Sebelum ni Tedi mengenali istilah " blogwalking ", iaitu aktiviti melawat blog orang lain dan bertegur sapa di sana. Serupa macam kita melawat rumah jiran tetangga. Aktiviti ini dijadikan disiplin di mana para penulis blog akan memperuntukkan masa tertentu untuk melawat blog kawan-kawan mereka. Hari ni pula Tedi mula mengenali istilah " segmen ". Gambar kulit pilihan Tedi kali ini: " Teddy for her... "   Tedi bertanya kepada seorang blogger apakah itu "segmen"? Tengok nanti dia jawab tak? Mana tau manusia fikir Tedi ni ngada-ngada? Tadi dah baca pasal banyak binatang mati disyaki akibat bom . Lepas ni nak baca pasal pilih kasih di antara kumpulan haiwan lak. Tadi nak baca satu kiriman di  kakisem...

Merayau-rayau...

Imej
Sejak kenali istilah blogwalking ni, makin rajin la Tedi follow blog manusia. Sumber: Langkawi Pulau Lagenda - Hari Ketiga Tapi setakat follow je tak guna, Tedi sebenarnya masih mencari blog yang seronok Tedi baca untuk dimasukkan dalam bloglist. Setakat ni ada la beberapa blog yang dah Tedi list , alhamdulillah nukilan  Tinta Asyraf ,  Aku di Fiji Islands , dan  Suka-suka  memang tak jemu membacanya mungkin kerana sesuai dengan jiwa raga Tedi. Apa lagi yang Tedi mahu? Erm, tak pasti la, mungkin blog yang:  boleh inspire Tedi untuk melakukan sesuatu?  Atau sesuatu yang sesuai dengan perjuangan Tedi?  Atau sesuatu yang Tedi benci? (kalau dah benci kenapa nak baca?) Entah la, mungkin benar kata Mommy, Master itu pelik. Eh, apa kena mengena Master dengan Tedi? Kubur kan asing-asing? Diterbitkan pertama kali pada 20130605, karangan ini adalah mengenai pengalaman awal Tedi melakukan aktiviti  blogwalking .

Orang berbuat jahat terus dipandang jahat? Ermm...

Imej
Semoga Kak Hana tak marahkan Tedi... hehehe... Ini adalah sedikit coretan Tedi selepas membaca komentar Kak Hana bertajuk   "Orang berbuat jahat terus dipandang jahat." di  http://onitsukahana.blogspot.com/2014/09/orang-berbuat-jahat-terus-dipandang.html . Bukan nak menjawab cuma nak melempiaskan apa yang Tedi terfikir. Persepsi manusia Mereka yang pernah ada buat jahat itu memang sukar diterima walaupun dia berubah kerana manusia sukar lupakan pengalaman pahit. Selain itu manusia juga gemar menyebarkan kesilapan sesama manusia, menyebabkan semakin sukar seseorang itu dipandang baik, walaupun si penyebar itu tidak terkesan pun dek kesilapan bekas si "penjahat" itu. Ketika inilah terserlah sifat pemaaf seseorang, dan Allah SWT ternyata yang paling hebat sifat pemaaf-Nya, kerana apabila seseorang itu bertaubat, dosanya gugur seperti bayi baru lahir. Atas dasar inilah, apabila seseorang "penjahat" itu mahu berubah, dia digalakkan be...

Popular