Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _kajian_

Hati-hati, ais restoran lebih kotor daripada air tandas!

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isu Kebersihan Makanan: Satu pendedahan mengenai hasil kajian sampel ais dari beberapa rangkaian restoran segera terkenal. Adakah ia benar-benar lebih kotor daripada air tandas? Ikuti ulasan Tedi. Isi Kandungan: Hasil Kajian Mengejutkan Ulasan & Reaksi Tedi Sumber Rujukan Berita Ais Restoran Segera: Adakah Benar Lebih Kotor Daripada Air Tandas? # Ilustrasi: Kajian menunjukkan mesin ais jarang dibersihkan berbanding tandas. Satu kajian mendapati bahawa sampel ais yang diambil dari cawangan McDonald, Burger King, KFC dan Starbucks mendapati bahawa ia mengandungi tahap bakteria yang lebih tinggi daripada sam...

Senarai Susu Tanpa Laktosa di Malaysia

Imej
Info Kesihatan & Nutrisi Bayi: Kesedaran mengenai alahan laktosa (lactose intolerance) dalam kalangan ibu bapa di Malaysia semakin meningkat. Memilih susu formula tanpa laktosa yang tepat adalah langkah kritikal dalam penjagaan pediatrik bagi memastikan tumbesaran bayi tidak terganggu. Pada masa kini manusia di Malaysia sudah sedar akan harga kesihatan, sehinggakan minum susu yang dianggap bagus tu pun kini ditapis juga. Kebelakangan kini manusia di Malaysia mula mencari susu tanpa laktosa. Kenapa mahukan susu tanpa laktosa sama ada susu formula tanpa laktosa ataupun tidak? Ini adalah beberapa jenama susu tanpa laktosa di Malaysia yang Tedi kenal pasti. Abbott Similac LF: Rumusan Khas Tanpa Laktosa Susu tepung tanpa laktosa untuk bayi berusia dari 0 sehingga 12 bulan . Beratnya ialah 850 gram. Kandungi DHA, AA dan Nukelotida LF adalah akronim kepada Lactose Free Cara penyediaan: Susu tepung formula untuk bayi tidak melalui proses sterile dan tidak p...

Tambah Nilai Touch 'n Go Online

Imej
Adakah persoalan ini pernah bermain dalam minda anda para pengguna Kad Touch 'n Go? Bolehkah reload Touch 'n Go secara online? Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u? Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online banking Straight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe. sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu. Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go? Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa? Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka pe...

[t24e18] Keburukan Sonotron

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Apakah itu Terapi Sonotron? Terapi Sonotron ialah terapi perubatan alternatif bukan invasif yang digunakan oleh sesetengah pengamal perubatan untuk pesakit yang mengalami sakit kronik dan akut pada sendi dan tisu lembut yang lain. Sonotron bertindak melalui Corona Discharge Beam yang dihasilkan apabila radio frekuensi rendah gelombang digunakan pada elektrod yang terletak di dalam aplikator pegang tangan. Peranti tidak menyentuh kulit semasa rawatan. Terdapat bukti yang tidak mencukupi tentang keselamatan, keberkesanan dan keberkesanan kos Sonotron. Tiada literatur mengenai ujian klinikal yang direka bentuk dengan betul diambil. Sonotron tidak disyorkan sebagai rawatan standard untuk pesakit dengan pesakit kencing manis luka, arthritis atau selepas strok. Lebih banyak penyelidikan klinikal adalah wajar untuk memberikan yang baik bukti berkualiti seperti uji...

Kenapa Air Laut Masin?

Imej
Telah lama Tedi berfikir kenapa air laut boleh menjadi masin? Pada mulanya Tedi berasakan bahawa ada banyak bangkai haiwan laut tenggelam di dasar laut menyebabkan ia masin (mungkin ia sedikit benar?). Tapi setelah membaca beberapa artikel barulah Tedi faham bahawa sangkaan Tedi itu adalah propaganda semata, tapi tak semestinya tak betul kan? Ini adalah penjelasan kenapa air laut itu boleh menjadi masin. Garam di lautan datang dari batu-batuan di daratan Air hujan yang meresap ke dalam daratan mengandungi  karbon dioksida yang diserap daripada udara. Ia menyebabkan air hujan sedikit berasid disebabkan oleh  asid karbonik   (dikenali juga sebagai asid udara) yang terbentuk daripada gabungan air dan karbon dioksida. Berlaku satu tindakbalas kimia di sana yang kira-kiranya lebih kurang air + karbon dioksida = asid karbonik . Apabila air hujan ini meresap ke dalam batu-batuan, asid di dalamnya akan melarutkan batu tersebut. Proses ini akan menghasilkan ion, iaitu partikel...

[t16l13] Mandi Air Sejuk di Kali

Imej
Salah-satu maksud perkataan "kali" ialah sungai Tedi kalau mengisahkan suasana kampung dalam karangan Bahasa Melayu, pasti Tedi akan selitkan perihal kesejukan air di kali. Kali adalah nama lain bagi perigi sungai. Jika ditulis " sejuknya air di kali " akan tampak lebih sastera berbanding "sejuknya air di perigi sungai" atau "sejuknya air di telaga" . Terima kasih kepada pembaca yang menegur mengenai perkataan kali bukanlah bermaksud perigi . Setelah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar Edisi Kedua , salah satu maksud perkataan "kali" ialah  sungai dan perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa . Selalunya Tedi akan gunakan pula perkataan "dingin" untuk menggantikan "sejuk" hingga menjadi "dinginnya air di kali" , kerana perkataan dingin itu tampak macam sejenis kesejukan yang menyegarkan dan tidak menyeksakan. Tapi hakikatnya kesejukan air di kampung memang menyeksakan, sehingga ...

[t23d20] Contoh Perniagaan Perkhidmatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Apakah itu perniagaan perkhidmatan? Contoh perniagaan perkhidmatan Perkhidmatan latihan olahraga / kecergasan Perkhidmatan Kemas Rumah Rundingan perniagaan Perkhidmatan penyelenggaraan Rekaan grafik Khidmat nasihat kewangan Bimbingan akademik Kedai mekanik kenderaan Perkhidmatan pengangkutan Mencuci kereta Syarikat landskap Servis kolam Penjagaan kanak-kanak Mengecat rumah Terapi urut Industri perkhidmatan adalah penting kerana ia menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan memudahkan kehidupan mereka. Keperluan pelanggan adalah keutamaan dan menjadi misi perniagaan untuk memuaskan hati pelanggan mereka. Mempelajari perniagaan perkhidmatan membantu memahami kepentingan khidmat pelanggan dalam mengembangkan perniagaan. Apakah itu perniagaan perkhidmatan? Perniagaan perkhidmatan adalah syarikat aygn melaksanakan sesuatu tugas untuk faedah pe...

Apakah Saiz Resolusi Minimum untuk Cetak Gambar?

Imej
Baru sahaja sebentar tadi Tedi muatnaik gambar bayi Nor Aina ke dalam interpretZZ untuk menjadi kenangan. Resolusi gambar tersebut agak tinggi iaitu pada resolusi 3000 piksel lebar kali sesuatu saiz piksel panjang gambar. Tedi terpaksa kecilkan saiz gambar tersebut kerana tak mahu ruangan maya pustaka gambar interpretZZ penuh tetapi pada masa yang sama mahu gambar itu nanti cukup berkualiti untuk dicetak. Maka Tedi tertanya-tanya, apakah saiz gambar minimum untuk dicetak atau dicuci? Tedi telah mencari jawapannya melalui internet dan berikut adalah saiz resolusi minimum gambar kita untuk dicuci mengikut saiz-saiz tertentu: Cucian foto bersaiz 4" x 6" , resolusi imej sepatutnya  640 x 480 pixels minimum. Cucian foto bersaiz 5" x 7" , resolusi imej minimum sepatutnya  1024 x 768 pixels . Cucian foto bersaiz 8" x 10" , memerlukan resolusi imej minimum pada resolusi  1536 x 1024 pixels . Cucian foto bersaiz 16" x 20" pula memerlukan resolusi imej m...

[t16k24] Kenapa angkat wiper kereta?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ini adalah soalan ayang sering berlegar di minda Tedi, apabila melihat manusia mengangkat wiper kereta mereka apabila mereka meletakkannya di tempat letak kereta, lebih-lebih lagi apabila mereka meninggalkan kereta mereka untuk satu tempoh yang panjang. Apabila kereta diletakkan di tempat panas, dalam keadaan tertutup, suhunya boleh mencecah 70 darjah Celcius. Itu adalah suhu cermin hadapan yang tentunya akan memanaskan juga getah pada pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper). Pengelap cermin kereta yang kepanasan itu pula akan menyejuk pada waktu malam, ataupun apabila digunakan bersama air. Kitaran proses pemanasan dan penyejukan yang berulangan ini akan menyebabkan getah pada pengelap cermin kereta (windshield wiper) hilang daya elastiknya sekaligus menjadi keras dan rapuh. Elastik adalah sifat pada bahan yang menyebabkan ia kembali dengan segera kepada bentuk asalnya...

[t18e01] Duit Siam

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Hari ni terasa nak menjelajah dunia maya mencari kisah silam pasal duit siam, tapi tak tahulah sama ada penjelajahan maya ini akan berhasil atau tidak... Mungkin kawan-kawan hairan kerana apa Tedi agak mencurigai hasil penjelajahan ini?  Gambar di bawah ini adalah salah satu contohnya... yang keluar ialah gambar duit Thailand. Ia tidak salah kerana Thailand adalah Siam. Cuma nama modennya sahaja telah ditukar kepada Thailand.   "Nak tukar duit RM kepada THB semua rate mahal. Nasihat saya tak payahlah tukar duit di lapangan terbang sebab mahal. Baik tukar di tempat lain." Komen penulis mengenai Duit Siam tukar Duit Malaysia dalam tulisannya Diari Si Ketam Batu: Trip ke Krabi 2013   Kakak Senyum Semut ni kata dia tukar duit Malaysia kepada Thailand sebanyak MYR 306 kepada THB 3000. Erm... nampaknya duit Malaysia dah jatuh pada masa itu. Tak pun kakak ni tukar den...

[t23a20] Kuaci Bunga dengan Halal JAKIM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master suka makan kuaci dan satu permasalahan ketika nak beli kuaci ini adalah logo halal yang digunakan pelik-pelik. Boleh dikatakan memang tak jumpalah logo HALAL JAKIM digunakan. Lepas tu apabila kita nak semak guna portal HALAL JAKIM macam perlahan dan tak mesra pengguna, maka Tedi senaraikanlah di sini untuk rujukan kami pada masa depan.  Produk kuaci bunga yang mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM ialah: Jenama  Produk  Nama Syarikat   Tamat Tempoh ALIBA  KUACI BUNGA MATAHARI / SUNFLOWER SEED  YEW CHIAN HAW (M) SDN BHD    15/07/2023  BRAND SEAL KUACIMAS   ROASTED SUNFLOWER SEED (KUACI)   TANG SOON LAI TRADING    30/04/2023 CHACHEER  KUACI BUAH BUNGA MATAHARI (Perasa Karamel, Kelapa, Krim, Garam Laut, Wangi, Masin dan Wangi)   CHACHEER (MALAYSIA) SDN BHD ...

[t23a09] Jenama Barangan Elektrik Terbaik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berikut adalah jenama barangan elektrik terkenal yang diurutkan mengikut abjad beserta jenis produk dan negara asalnya: Amazon Echo - USA ( Peralatan automasi rumah dan peranti pintar) Belkin - USA (Peralatan networking dan aksesori telefon pintar) Bose - USA (Alat audio) Bosch - Germany (Alat-alat elektrik dan alat-alat binaan) Dyson - United Kingdom (Peralatan rumah, termasuk vacuum cleaner dan penyaman udara) GE - USA (Alat-alat rumah tangga dan elektronik) Haier - China (Peralatan dapur, peralatan rumah tangga, dan peralatan pemanasan) Hitachi - Japan (Peralatan elektronik rumah tangga dan peralatan profesional) JBL - USA (Alat audio) LG - South Korea (Peranti elektronik rumah tangga dan peranti elektronik sukan) Nest - USA (Peralatan automasi rumah) Panasonic - Japan (Peranti elektronik rumah tangga, elektronik profesional, dan peralatan dapur) Philips - Nethe...

[t22c26] Membandingkan Mi Air Purifier 3H dengan Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pelik pula kebelakangan ini hidung tersumbat teruk pada setiap pagi. Puas sudah bersihkan bilik menggunakan pembersih hampagas atau penyedut habuk  iLife V55 Pro , PerySmith , dan Philips dan dipasang juga pembersih udara Cuckoo tetapi masih juga gatal-gatal hidung kami. Master selalu menyalakan lampu suluh pada telefon pintarnya dalam kegelapan bilik tidur utama di rumah kami dan kelihatan masih banyak debu-debu halus berterbangan dengan bebasnya. Adakah pembersih udara Cuckoo model  CAC-CD1210FW C-MODEL itu sudah tidak relevan dengan tahap pencemaran udara dalam rumah kami? Adakah teknologinya sudah ketinggalan zaman? Adakah sudah tiba masanya Master mencari pengganti kepada produk yang perlu dibayar RM 56.60 setiap bulan itu (bersamaan RM 679.20 setahun )? Atau adakah sebaliknya Master perlu menambah bilangan alat pembersih udara dalam rumah kami? Walau...

Kebaikan dan keburukan muzik ke atas otak

Imej
Muzik boleh merangsang pelbagai fungsi berbeza pada otak Jadi tidak hairanlah manusia boleh berasa gembira apabila mendengar lagu yang mereka suka, tetapi pada masa yang sama  lagu kegemaran manusia itu juga mampu membawa mereka mengimbau nostalgia. Ahli kaji neuro Amerika Syarikat telah menggunakan teknologi pengimbas pengimejan resonans magnetik untuk memetakan aktiviti otak 21 orang sukarelawan muda.   Subjek dipilih kerana mereka mendengar pelbagai jenis muzik termasuk rock, rap dan klasik. Kajian ini dilakukan dengan memainkan 6 buah lagu, iaitu 4 lagu ikon kepada setiap genre, 1 lagu yang asing kepada subjek, dan 1 lagu lagi adalah lagu kegemaran subjek. Saintis melihat corak aktiviti yang memberitahu sama ada subjek suka atau tidak dengan apa yang mereka dengari . Kalau Tedi dengar apa yang Tedi tak suka, tentu sahaja Tedi akan hantukkan kepala ke meja! Saintis juga mendapati terdapat satu tanda yang memberitahu lagu kegemaran mereka sedang dimainkan . Lagu yang disuka...

[t14h09] Beza temuduga di syarikat kecil

Imej
Dalam persediaan mencari kerja baru, manusia perlu ditemuduga Menunggu giliran untuk ditemuduga amat mencuakkan manusia. Betul tak kawan-kawan?   Sekurang-kurangnya mereka perlu melalui proses temuduga untuk mendapatkan mana-mana kerja. Persediaan untuk temuduga pun bukannya susah kerana pada zaman siber ini maklumat berada di hujung jari dan di depan mata. Masalahnya kebanyakan tips temuduga itu selalu bersifat umum iaitu fokus kepada syarikat besar. Sedangkan manusia itu selalunya perlu bermula dengan bekerja di syarikat kecil. Ini beberapa tips untuk temuduga di syarikat kecil Minat dan bersemangat  |  Mudah menyesuaikan diri di mana-mana  |  Fleksibel dan berdikari  |  Soalan untuk ditanya kepada syarikat kecil  |  Gaji di syarikat kecil Minat dan bersemangat Selalunya di syarikat kecil manusia akan ditemuduga oleh pemilik atau pengasas atau bos syarikat itu sendiri. Bagi seorang bos, adalah penting baginya mengetahui calon pekerjanya ben...

[t22e09] Tugas Pengurus Restoran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tugas dan tanggungjawab Pengurus Restoran Memaksimumkan  suasana yang menarik di restoran memerlukan sedikit pengetahuan perniagaan yang baik. Pengurus restoran lulusan sekolah masakan mungkin akan memberikan pengalaman menikmati makanan yang lebih baik dan lebih tersusun kepada para pelanggan restoran. Secara ringkasnya tugas seorang pengurus restoran adalah untuk mengurus sebuah restoran . Ini bermakna pengurus restoran perlu mengawasi semuanya  berkaitan restoran sama ada makanan, kakitangan, kegembiraan pelanggan atau kebersihan restoran. Sesetengah orang mengatakan tugas penyelia restoran adalah serupa dengan tugas pengurus restoran, dan kadangkala kedua-dua gelaran itu boleh digunakan secara bergantian. Tidak kira apa yang anda panggil sebagai orang yang bertanggungjawab, mengurus restoran adalah pekerjaan yang memberi tekanan, dan bukan semua orang sesuai untuk i...

Panggilan 22990 Malaysia

Imej
Kiriman kali ini adalah berkenaan panggilan 22990   yang bakal menghuraikan 22990 nombor siapa. Bagi meredakan gundah-gulana sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang dapat panggilan dari 22990 dan selama ini membuatkan mereka tertanya-tanya panggilan 22990 siapa? atau 22990 nombor dari mana? Caller Me Tone Celcom Jangan ralat kerana panggilan dari 22990 atau pihak yang menggunakan number telefon 22990 adalah daripada Caller Me Tone dari Celcom . Mereka nak jual caller me Tone , jadi para pengguna adalah dinasihatkan untuk abaikan sahaja nombor tersebut. Caller me Tone adalah perkhidmatan di mana para pemanggil akan didendangkan dengan nada dering yang kita beli sementara menunggu kita menjawab panggilan telefon. Mereka kata tiada apa yang akan terjadi dan tiada caj akan dikenakan jika pengguna tidak membuat langganan, tapi siapalah tahu kan? Entah-entah bila jawab panggilan tersebut kita akan dicaj? Ramai pengguna atau pelanggan Celcom terima panggilan dari 22990 untuk promosi nada de...

[t16d18] Kelajuan Maksimum Manusia

Imej
Secara teorinya, manusia boleh mencapai kelajuan 40 batu sejam atau 64.3738 kilometer sejam seperti yang pernah dikaji oleh  Southern Methodist University pada 2010. Teori ini berdasarkan daya maksimum yang boleh dikenakan oleh kaki pelari ke atas tanah. Rekod larian terpantas adalah 44.64 kilometer sejam ( 12.4 meter per saat atau 27.8 batu sejam ),  dicipta oleh Usain Bolt dalam perlumbaan final 100 meter  di World Championships, Berlin pada 16 Ogos 2009  (purata laju di antara meter 60 dan 80 yang dicapainya dalam 1.61 saat). Usain Bolt hanya capai separuh daripada kelajuan yang boleh dicapai oleh manusia. Artikel lain yang berkaitan: Lima kali ganda lebih pantas berbanding Usain Bolt Artikel ini dilabelkan sebagai: kelajuan Usain Bolt 20160418

T21E25 Asal usul perkataan Fatamorgana

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum gais. Kabare? Topik kali ini lain sedikit sekadar nak berkongsi penemuan Tedi setelah mengkaji satu perkataan ini. Perkataan itu ialah " fatamorgana ". Pertama kali Tedi dengar adalah melalui nasyid bertajuk Fatamorgana dendangan munsyid Hijjaz dari Malaysia. Cikgu Tedi kata fatamorgana itu adalah ilusi bayangan seakan air di padang pasir apabila kita lihat dari jauh. Ia disebabkan oleh pembiasan cahaya. Baru Tedi tahu istilah Bahasa Melayu ialah "logamaya". Jadi sebab itulah istilah fatamorgana ni sering digambarkan sebagai sesuatu yang menipu mata, contohnya keindahan dunia mungkin menipu kita bahawa ia hanya persinggahan sementara.   Maksud "fatamorgana" dalam Bahasa Melayu Maksud fatamorgana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah [fa.ta.mor.ga.na]  Tulisan jawi: فاتامورݢان Definisi :  1. sesuatu yang bersifat khaya...

Siapa Telefon Saya Ni?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ +60 3 2618 6000 Master terlepas panggilan ini berjumlah 3 panggilan kesemuanya. Takut juga jika panggilan ini daripada syarikat yang mahukan pendapat Master berkenaan calon temuduga mereka. Jadi menjadi tugas Tedi untuk siasat milik siapakah nombor telefon ini. Nota: anda boleh scroll jadual di bawah ke kanan ke kiri. Tarikh   Komen Orang   Komen Tedi 20160105   saya menerima panggilan drp no 0326186000 semalam sekitar jam 4 petang..saya tak dapat nak hubungi mereka semula kerana kemugkinan nombor tersebut adalah daripada syarikat operator. saya berharap no tersebut akan dapat call sy semula...     20151210   Saya terima panggilan ini 3 hingga 4 kali sehari pada waktu pejabat dan tiada seorang pun yang bercakap.     20151202   Cakap hello sahaja tapi terus putus.     20151005   Baru s...

Popular