Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel luar negara

Beradab di Facebook dan Twitter, atau sedia untuk dihumban ke dalam penjara.

Imej
Adakah Menyakiti Hati Orang Lain di Facebook & Twitter Satu Jenayah? Kita semua mungkin mempunyai berbeza pendapat mengenai perkara ini. Namun, apa yang pasti dan kita semua setuju adalah kepentingan menjaga kesopanan serta etika ketika menggunakan kedua-dua platform media sosial tersebut. Bagaimanapun, negara Grenada mengambil langkah yang jauh lebih drastik! Mereka telah memperkenalkan satu rang undang-undang yang membolehkan orang ramai melaporkan sebarang perbuatan yang menyakitkan hati mereka di Facebook dan Twitter terus kepada pihak polis. Seterusnya, hakim akan menentukan sama ada sesuatu kiriman atau post tersebut benar-benar mengganggu emosi mangsa. Jika terbukti bersalah, pesalah boleh dikenakan denda sehingga $37,000 atau hukuman penjara sehingga 3 tahun ! Hahahaha... kalau undang-undang macam ni dilaksanakan kat tempat kita, mahu gelak sendirian la jawabnya dalam lokap nanti. Sumber: 🔗 Offend Someone on Facebook, Go to Jail i...

Bayi Mesir dinamakan 'Facebook'

Imej
Pemberian nama 'Facebook' bukan sekadar suka-suka Semua ibu bapa pasti mahukan anaknya menjadi orang yang berguna. Selalunya anak-anak akan diberi nama dengan gelaran yang baik-baik supaya menjadi doa kepadanya. Lebih-lebih lagi jika si ibu bapa merupakan orang Islam.   Itulah juga yang bermain di fikiran penjaga 'Facebook' apabila mereka menamakan bayi mereka sempena gergasi rangkaian sosial itu.   "Terima kasih Facebook" Hutang gambar:  Richard Engel Kisahnya   Rangkaian sosial seperti Facebook & Twitter memainkan peranan penting dalam kebangkitan rakyat Mesir menentang penindasan pemerintah. Medium ini digunakan untuk menganjurkan sebarang aktiviti/perhimpunan. Pada bulan Januari, kerajaan Hosni Mubarak cuba menyekat rangkaian sosial dan juga telefon bimbit untuk menghalang penganjuran aktiviti2 yang menentang kerajaan, menunjukkan betapa gerunnya mereka kepada perkhidmatan2 itu. Sebagai mengingati sumbangan itu seorang bayi Mesir dinamakan dengan nama...

Diskriminasi! Kanak2 OKU disisihkan dalam gambar kelas

Imej
Tedi memang sokong tindakan ayah Miles Ambridge menyuruh gambar itu diambil semula. Tak payah Tedi komen panjang, tengok gambar di bawah ni dan rasakan perasaan ayah kepada kanak-kanak berusia 7-tahun itu! Miles tampak tak perasan bahawa dia disisihkan, menyengetkan badannya ke kanan untuk menyertai kawan-kawannya. Dia juga sedaya-upaya memberikan senyuman terbaiknya, satu peristiwa yang sepatutnya menjadi memori manis buat dirinya dan juga mana-mana kanak-kanak sebayanya. Entah apa-apalah jurugambar tu? Mungkin dia nak cepat sehingga budak tu dibiarkan sahaja di sana? Si guru pun mungkin kalut nak kawal semua murid maka dia tak perasan kehadian Miles di sana? Abaikan sahaja perbuatan mereka itu. Apa yang penting ialah tindakan bapa si Miles ini, Don Ambridge yang segera menghubungi pihak sekolah & meminta mereka mengambil semula gambar tersebut. "Saya dapati foto ini amat jelik. Sila hapuskannya. Saya tak mahu ia berada dalam rumah saya." - bunyi s...

Bungkusan rokok berjenama akan dilarang

Imej
Pembungkusan rokok seragam oleh Ireland meniru langkah Australia Ireland mungkin akan menjadi negara kedua untuk menguatkuasakan pembungkusan rokok tanpa disertakan jenama . Langkah ini akan menyebabkan semua bungkusan adalah seragam tanpa jenama , tanpa tanda niaga dan juga tanpa gambar . Setakat ini hanya Australia yang menggunakan pendekatan itu. Lebih 5200 rakyat Ireland mati setiap tahun kerana rokok Industri tembakau Ireland mengutuk langkah itu dengan alasan penjualan tembakau haram akan meningkat dan memberi kesan buruk kepada ekonomi. James Reily, Menteri Kesihatan Ireland menegaskan keputusan itudiambil setelah meneliti fakta-fakta berikut: industri tembakau perlu rekrut 50 perokok baru setiap hari untuk kekalkan kadar merokok semasa. 78% perokok dalam tinjauan mula merokok seawal umur 18 tahun menunjukkan industri tembakau fokus kepada kanak-kanak untuk gantikan perokok yang berhenti atau telah mati. Pembungkusan seragam akan hapuskan 1 kae...

Didenda $5000 kerana tergali rangka purba.

Imej
Kanada buat lawak lagi sekali. Pasangan Ken Campbell dan Nicole Sauve tergali 1 rangka di halaman rumah mereka di Ontario . Rangka berusia 400 tahun dipercayai milik wanita First Nations Kanada yang menjalankan aktiviti memburu, mengumpul hasil alam, dan juga menangkap ikan. Tanpa berlengah mereka memanggil pihak polis yang mengenalpasti rangka itu sebagai wanita aboriginal First Nation  Kanada berusia 24 tahun yang dijangka mati pada awal 1600-an. Bukannya jasa mereka dibalas namun mereka didenda $5000 oleh Registrar of Cemeteries di sana untuk bayaran ujian arkeologi.  Mengikut Funeral, Burial and Cremation Services Act di Ontario, pemilik hartanah adalah bertanggungjawab ke atas kos ujian arkeologi jika mayat manusia dijumpai di tanah mereka. Pasangan itu kini sedang menunggu campur tangan Datuk Bandar Sarnia untuk membayar kos tersebut. Hakikatnya mereka tak kisah pun siapa yang bayar asalkan mereka tak perlu bayar. Komen Tedi mengen...

Mimi & Wangcai, sungguh cool...

Imej
Seekor anjing yang cool dan temannya seekor kucing yang sungguh santai. Gila hebatlah pasangan 2 ekor ni! Bukan senang nak jumpa anjing dan kucing yang best friend, tambahan lagi apabila Sang Anjing menurut trend fesyen ala-ala K-POP dengan memakai kaca mata & telefon di lengan. Sang Kucing pulak bukan hanya bermain-main dengan Sang Anjing, malahan menunggang temannya itu apabila penat berjalan. Inilah kisah Mimi, seekor kucing dan temannya Mangcai, seekor anjing gangnam style dengan gelagat mereka yang menghiburkan di jalanan Kunming, China. Mimi, respect the don! Sumber berita:  Cat hitches a ride on sunglasses-wearing dog. Ada cerita menarik mengenai kucing berwajah dua di laman ini: " Jom Tengok: Venus. The Coolest Cat Ever? " 20130628

The Genghis Khan Statue

Imej
Genghis Khan adalah penakluk Monggol yang berjaya mengukir sejarah apabila menyatukan bangsa Monggol dan kemudiannya menyerang kuasa-kuasa besar lalu membina empayar Monggol. Patung Genghis Khan   The Genghis Khan Statue merupakan patung Genghis Khan menunggang kuda yang mempnyai ketinggian 40-meter. Terletak di tebing Sungai Tuul di Tsonjin Boldog (54km di timur Ulan Bator ). Patung ini secara simbolik menghadap selatan ke arah negara China. Patung ini terletak di atas Genghis Khan Status Complex , sebuah pusat perlancongan setinggi 10 meter dan mempunyai 36-columns mewakili 36 khan bermula dari Genghis Khan ke Ligdan Khan . Patung ini direka oleh pengukir D Erdembileg dan arkitek J Enkhjargal pada 2008. Pelancong boleh melihat pemandangan melalui kepala kuda dengan melintasi bahagian dada dan lehernya.  

Belanda tutup penjara kerana kekurangan banduan.

Imej
Suatu masalah yang menggembirakan? Bangunan penjara seperti ini hanya akan tinggal sejarah kerana para banduan sudah tidak sudi untuk menginap di dalamnya.     Mungkin la kot?   Belanda "terpaksa" menutup 8 penjara di mana 1200 manusia kehilangan kerja kerana penurunan kadar jenayah menyaksikan negara itu kekurangan banduan!   Ini adalah kontra kepada situasi pada tahun 90-an apabila penjara-penjara di negara itu penuh sesak.   Warden Penjara Arlon di Belgium sedang menutup pintu pagar utama. Pada masa ini Belanda mempunyai tempat untuk 14000 banduan di mana hanya 12000 banduan yang ada, Kementerian kehakiman Belanda menjangkakan kadar itu akan terus menurun, jadi Belanda sedang berusaha untuk mengimport 500 banduan Belgium ke penjara di  Tilburg .   Netherlands to close prisons for lack of criminals Belgium to rent Dutch jail cells 19 Mei 2009

Popular