Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel IPD Sepang

Dipermainkan towing bernama Nazir panel Takaful Ikhlas

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tedi sebenarnya malas nak mengarang atau kirim sesuatu pasal keburukan perkhidmatan sesiapa, tapi tak patut kalau ada orang lain menjadi mangsa seperti kami. Orang ramai di Malaysia patut tahu kehodohan sikap para penunda kereta yang menjadi panel insurans ni. Dia sanggup buat kami menunggu berjam-jam lamanya, malahan tidur dalam kereta di luar balai polis demi nafsu tamak dia. "Sudah jatuh ditimpa tangga" , mungkin itulah peribahasa paling sesuai untuk menjelaskan keadaan Master. Sudahlah kemalangan pada 21 Disember 2017 lalu, anak isteri masuk wad kecemasan, kemudian baby Aina dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan plastik pada 22 Disember. Master tidak mengikut ke HKL kerana beliau mahu menyelesaikan urusan menarik kereta Proton Saga BLM yang tersangkut di pembahagi jalan Cyberjaya susur keluar ke Dengkil. Master telah menghubungi E-Ikhl...

Popular