Hang Tuah vs Hang Jebat. Siapa salah?
Kawan-kawan kenal tak siapa Hang Tuah dan Hang Jebat ? Kawan2 pernah dengar kisah mereka bertarung di antara sesama sendiri kerana perbezaan ideologi? Tedi pun berbeza ideologi dengan Master mengenai Tuah dan Jebat. Gambaran potret Hang Tuah Persatuan sejarah terbit setem wajah Hang Tuah Kenapa Hang Tuah berlawan dengan Hang Jebat? "Master, kenapa Tuah berlawan dengan Jebat? Mereka kan kawan baik?" "Kerana perbezaan ideologi " , jawab Master dengan yakin. "Siapa yang salah, Tuah atau Jebat?" "Erm, mungkin kedua-dua mereka tak salah. Tedi rasa siapa salah?" "Mestilah Jebat, kerana dia derhaka." , Tedi segera menjawab dengan bersemangat seolah-olah semangat Tuah meresap ke dalam diri. Resam dalam dunia ini, penderhaka akan dibenci, namanya akan dicaci, aibnya akan ditelanjangi, dan keluarganya mungkin dibuang negeri. "Jebat seorang yang setia, sebab itu dia melawan." , balas Master pula. Tedi termangu sebentar. Macam mana s...