Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tesco

[t16l18] Semak Harga TESCO Bandar Baru Nilai

Imej
Petang tadi kami ke TESCO di Bandar Baru Nilai untuk membeli-belah. Ini adalah senarai harga untuk beberapa produk yang menjadi tumpuan kami di sana. Promosi Tesco minggu ini: Harga AVA Aroma Floral 1.8 liter ialah RM 5.55. Hadir bersama teknologi micro burst yang mungkin bermaksud ia akan menghasilkan letupan-letupan kecil semasa anda membasuh kain, hehe. Harga cecair pencuci kain BREEZE Liquid dengan haruman Comfort seberat 4 kilogram ialah RM 19.89 daripada harga asalnya RM 30.59. Wow... penjimatan hampir sebanyak RM 10 di situ! Pelembut fabrik DAIA 1800 mililiter pada harga RM 5.85. Harga pek isian semula untuk pelembut kain Goodmaid Floral 1.8 liter ialah RM 4.99. Letak je lah RM 5... nampak benor bohongnya tu. Kenapa mereka ni gemar benar letak 0.99 sen padahal akan digenapkan menjadi RM 1 juga nanti? Kerana daripada teori pemasaran, pelanggan akan berasakan harga sesuatu produk itu murah apabila bernombor ganjil. Yeah, ramuan penting dalam  Jus Alpukat kegemaran Mommy, si...

T16F12 Rozita Che Wan di Tesco

Imej
Sebelum MAster berbual dengan jiran-jiran pada waktu malam berkenaan " Mahal Sangat Kena Pulau ", siangnya kami membeli-belah. Ada pula koleksi Rozita Che Wan di Tesco Bandar Baru Nilai ni dengan harga mahal gila RM 300 sepasang. Koleksi ini adalah koleksi eksklusif Rozita Che Wan untuk Tesco . Tapi yang Tedi musykil ada pula yang design nak sama dengan koleksi Razman (atau Rizman ?) pada tahun lepas yang turut bekerjasama dengan Tesco. Tedi rasakan mereka ini cari koleksi baju mana-mana lepas tu tepek (tampal) label Rozita Che Wan lepas tu bolehlah jual mahal. Tedi tengok ada je baju yang tampalannya dah tercabut pun. Zaman sekarang kan banyak design baju ditampal bunga. Apa-apalah, siapa yang mampu bolehlah beli koleksi ini di Tesco ya... # Sunday, 12 June 2016, 14:53 # 20160612 # 1465714398009 # HUAWEI H30-U10 #   20160612

Kantuk ketika memandu

Imej
9:20 malam, TESCO Kuala Selangor. Kami masih menunggu Mommy yang shopping , kelihatan beberapa orang dengan baju Sabak Bernam Rugby , mungkin baru balik dari latihan ragbi... Master selalu mencari sebab kenapa beliau boleh mengantuk semasa memandu. Namun hakikatnya Master memang cepat terlelap apabila dalam kereta kerana tiada apa untuk dilakukannya. Hal ini berbeza dengan perangainya semasa kecil yang boleh tidak tidur apabila berada dalam kereta kerana terujanya beliau untuk melihat suasana di hadapan atau di sekitar. Jika jadi penumpang, Master memang mudah terlelap, dan jika sebagai pemandu, Master mempunyai lebih ketahanan mungkin kerana ada aktiviti yang dilakukan. Namun kini mungkin semua itu tiada bermakna cuma nampak papan tanda dan jalannyang seolah tiada makna dan sama rupanya. Hakikat ini terlihat apabila selalunya Master cepat mengantuk ketika memandu pergi dan balik kerja. Selain itu Master akan mengantuk apabila kepanasan dan kehausan. Ketika ini beliau boleh min...

NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya

Imej
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi , kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai . Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung ( NESTLÉ CORN FLAKES ) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok. Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui. Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah. Hebat sungguh teknik pema...

Harga Lada dan Cili di TESCO Putra Nilai

Imej
Semalam selepas sahaja kami bergerak pulang dari kenduri di Kampung Parit Sidang Seman di Sungai Rambai dalam daerah Jasin di Melaka , kami singgah di TESCO Putra Nilai di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan untuk membeli bahan masakan bagi memenuhi keperluan nutrisi diet Mommy. Senarai Harga Pelbagai Jenis Lada di TESCO Putra Nilai Item   Harga   Lada Benggala Merah (Red Capsicum)   RM 15.99   Lada Benggala Kuning (Yellow Capsicum)   RM 15.99   Cili Besar Merah   RM 13.99   Cili Besar Merah   RM 11.99   Cili Padi Merah   RM 24.89   Cili Padi Kampung   RM 18.99   Cili Padi Thailand   RM 9.99           Produk yang Tedi survey kali ini adalah harga pelbagai jenis lada atau cili yang terdapat di Tesco Nilai tersebut. Tedi memang peminat lada dan cili kerana kepedasan mereka. Lada Benggala pula mungkin tidak berapa pedas, tapi ia ...

Koleksi Mickey Mouse di Tesco Kota Bharu

Imej
Mommy adalah pengumpul Mickey Mouse Jadi kalau dia terserempak dengan koleksi Mickey Mouse selalunya dia akan belek-belek jugalah. Mana yang cantik dan murah akan jadi pilihan. Kalau ada yang mahal tapi berkenan pun akan disambar Mommy juga. Apa yang comel sangat si Mickey Mouse tu tiadalah Tedi ketahui. Rasanya Mickey Mouse tu serupa je dengan tikus-tikus yang lain. Di Tesco Kota Bharu ada koleksi baru sweater atau baju panas Mickey Mouse dengan harga RM 60. Selain itu ada juga tshirt lengan pendek dan panjang. Apa-apa je lah Mickey Mouse oiii... 22 Mei 2016

Popular