Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel U-Mobile

Iklan banyak, tapi liputannya hampas...

Imej
Perjalanan dari Nilai ke Kota Bharu harap ditemani liputan internet mobil. Namun ternyata hanya kedukaan yang melanda diri Tedi ini dek kerana liputan U-Mobile hanya didapati di sekitar Lembah Kelang sahaja. Ketika di Pahang, adalah juga sedikit. Tapi apabila di Kelantan langsung tak dapat apa. malaysianwireless.com: U Mobile opens a new service centre in Kota Bahru, Kelantan Masalahnya iklan U-Mobile melambak juga di Kelantan. Adakah tiada liputan di kawasan kampung? Tidak. Bukan hanya di kawasan kampung, malahan di Kota Bharu pun tiada liputan. Liputan yang berjaya Tedi kesan hanyalah Celcom, Maxis dan Digi. U-Mobile langsung tiada. Maka Tedi pun berusaha mengkaji fenomena ini, dan manusia berkata di Kelantan memang tak boleh online  dengan U-Mobile. Pelik sungguh. Jika iklan banyak, seharusnya perkhidmatannya ada. Mungkin saja Tedi silap set APN? Tadi Tedi minta Master periksa berapa kos bulanan kalau guna Celcom, dan ianya lebih RM20 daripada apa yang Tedi bayar sekarang. Bersa...

U-Mobile... humm... boleh la.

Imej
Kalau nak komen banyak nanti orang cop Tedi memburuk-burukkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu pula. Hendak dijadikan cerita, ketika berkunjung ke Mydin Mall seperti yang Tedi ceritakan dalam kiriman bertajuk " Besarnya Mydin Mall Seremban 2 ", Master telah mendaftar untuk menggunakan talian pasca-bayar U Mobile dengan harga RM 28 sebulan. Tablet GOOGLE Nexus 7 keluaran ASUS.   http://www.enterpriseitnews.com.my/coverage/item/1446-the-nexus-7-tablet-launch-in-malaysia-the-first-in-sea.html Talian ini Master gunakan pada tab Nexus 7 milik Tedi (yang selalu Mommy culik buat main Candy Crush tu), agar Tedi boleh install  Whatsapp dan apa-apa app yang perlukan nombor telefon. Selain itu dengan internet mobil, diharap ia akan membantu kami dalam perjalanan apabila kami memerlukan peta atau penunjuk arah. Malangnya di Salak Tinggi ni pun tak dapat rangkaian U Mobile ni sebaliknya perlu roaming . Orang kata U Mobile roaming gunakan rangkaian Celcom. Dalam laman ...

Popular