Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dengkil

[t16b27] Pelawas? Macam tak sesuai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Terserempak dengan Pelawas di Jalan Bangi-Dengkil... Selesai Tedi dan keluarga bermain badminton di Bangi, kami singgah makan di sebuah kedai makan di Jalan Jenderam-Bangi. Selesai makan Tedi ternampak sebuah kereta dengan perkataan yang agak menyentuh jiwa, yang berjaya memaksa Tedi mengambil gambarnya dengan bersembunyi dan membuatkan Tedi terfikir-fikir.... apakah Pelawas tu? bukan pasal ehem ehem ke? Apakah maksud perkataan "Pelawas"? Pelawas ialah sejenis gentian polisakarida yang tidak dapat dicernakan atau diserap oleh tubuh. Pelawas ialah selulosa tumbuhan yang tidak dapat dicerna dan diserap. Dalam sistem pencernaan, pelawas akan menyerap cecair, mengembang lalu menambahkan isi padu dalam usus besar. Dengan cara ini pelawas merangsangkan pergerakan peristalsis dan membantu dalam perkumuhan. Kekurangan air dan pelawas boleh mengakibatkan sembelit dan penyakit div...

[t16f16] Terlanggar Burung

Imej
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah subhanahu wa ta'ala juga kita semua kembali. Semalam semasa memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam di Jalan Bangi-Dengkil menghala ke persimpangan Dengkil, Master telah terlanggar seekor burung yang sedang terbang melintasi jalan raya tersebut. Pada mulanya burung itu terbang ke hadapan dan sudah melepasi lorong yang bakal kami lalui, tetapi secara tiba-tiba sahaja burung itu berpatah balik dan terbang ke arah kereta Proton Saga BLM 1.3 MT yang sedang kami kenderai. Kami terlanggar burung tersebut di mana ia dirempuh di bahagian cermin hadapan. Mungkin ketika itu ia cuba terbang ke altitud lebih tinggi untuk mengelakkan kenderaan kami. Rempuhan kuat itu menyebabkan kami menyangka cermin hadapan pecah tapi nasib baik ia tidak berlaku. Nasib malang burung tersebut tidaklah Tedi ketahui namun tiada kesan darah pada kenderaan kami. Semoga ia dalam keadaan baik-baik sahaja. Hal ...

Pemandu kereta kompak fikir mereka tunggang motosikal?

Imej
Kisah ni berlaku sebelum singgah Cendol Bakar @Dengkil . Kisahnya Master keluar simpang, pastu Master terus konsisten dengan kelajuan 60km/j. Tiba2 ada sebuah kereta kompak dengan laju muncul dari belakang. Di sebelah kiri ada 1 lane yang selalunya ada untuk kereta2 keluar simpang. Simpang yang ni adalah simpang kedua, bukan simpang yang Master keluar tadi. Pemandu kereta kompak tu punya la kalut, nak mencelah di sebelah kiri. Tapi dia takleh lepas sebab lane  tu dah menyempit. Master dengan selambe perlahankan lagi kereta. Kereta di belakang tu terpaksa la tunggu pastu memotong ikut kanan lak. Apa punya manusia la camtu? Potong je la dari kanan. Bahaya je nyelit 2 camtu. Master kata dia selalu dah jumpa pemandu kereta kompak yang camtu . Gamaknya mereka ni dulu mat rempit, jadi budaya merempit tu digunapakai pula dalam pemanduan kereta kompak. 20130520 : 87 seumur hidup : 15 setahun

Peta Cendol Bakar @Dengkil

Imej
Sebab ada orang tanya, maka Tedi buat la peta ni. Sorry la peta tak canggih. Tapi jangan risau kerana Tedi ada sertakan peta dan Street View di hujung kiriman ini. Siapa tahu Jalan Pintasan Dengkil yang orang dari Putrajaya/Cyberjaya guna untuk ke LCCT/KLIA mesti tau 1 traffic light di Dengkil yang selalu sesak dengan kenderaan tu. Master pesan, kalau dari Putrajaya/Cyber, jangan masuk dengkil tapi hala ke Bandar Baru Salak Tinggi , straight jer daripada Putrajaya/Cyber, takde masuk mana2 simpang. Cendol Bakar ni selepas traffic light  tu jika dari Putrajaya/Cyber. Nama lamanya semasa Tedi mula-mula hantar kiriman ini ialah Cendol Bakar @ Dengkil, namun pada masa ini (Mei 2019) namanya ialah Cendol Bakar Auntie Sue. Selalunya jika ada penukaran nama sebegini ia bermakna ia menumpang sesuatu jenama yang terkenal, dan kemudian ditukar mungkin kerana ada sesuatu konflik atau dikecam. Landmark terdekat ialah pekan Dengkil sendiri dan juga Kota Warisan . Ni zoom dekat.  ...

Singgah di Restoran Warisan Kak Wok di Cyberjaya Commercial Valley

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami sekeluarga makan malam di Restoran Warisan Kak Wok. Tadi kami singgah di Restoran Warisan Kak Wok Putrajaya - Dengkil yang terletak di Cyber Valley Commercial Center . Restoran ini sebenarnya terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong atau Jalan Pintasan Dengkil dan boleh dilihat dari  flyover , namun tidak berapa kelihatan. Ia terletak di sebelah Hotel Sepang. Itupun Mommy yang ternampak Restoran warisan Kak Wok ni sekaligus memasukkannya ke dalam senarai kedai makan Nasi Kak Wok yang harus dikunjungi. Nak ke Restoran Warisan Kak Wok ini pun memerlukan sedikit usaha untuk masuk ke jalan ke Dengkil sebelum ke Cyber Valley Commercial Center. Dari jalan Dengkil ini ia tidak kelihatan kerana ia terletak di sebelah belakang. Tedi boleh katakan kawasannya tidak strategik sebab di belakang namun ia sebenarnya di sebelah Jalan Pintasan Dengkil cuma jalan masuk ke sana sahaja tiada. Master tadi pun melakukan pusingan U di ha...

Mereka itu bangsat

Imej
Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil (Dengkil Bypass) pasti biasa tersangkut di lampu isyarat persimpangan Dengkil, yang terletaknya kedai Cendol Bakar @Dengkil tu. Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil tersebut dari Cyberjaya menghala ke Kota Warisan, pasti juga biasa melakukan pusingan-U di jalan Dengkil-Bangi yang terletak di simpang kiri di lampu isyarat persimpangan Dengkil tersebut. Sumber foto:  Paya Indah Wetlands (PIW)

Popular