Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Piala Thomas

Semi final Piala Thomas di MEX

Imej
Layan siaran langsung semi final Piala Thomas di RnR MEX Seri Kembangan hala Putrajaya. Sambil tu layan laksa dari gerai Aneka Mee Bondaku. Kuah laksa dia rasa tak berapa best tapi boleh makan. Pakcik gerai ni pun macam tak berapa mesra sangat, jawab macam nak tak nak je. Kalau dulu peniaga gerai ni mesralah juga. Tadi mula-mula sampai sekitar jam 19:30, TV3 yang mereka pasang. Nasib baik mereka tukar saluran, masa tu Lee Chong Wei dah menang satu set lawan Axelsen, pemain muda yang nampak ada masa depan, cuma dia kurang sabar. Sekarang beregu pertama tengah lawan di set kedua. Set pertama Malaysia menang. Kalau beregu pertama kita menang, maka laluan agak cerah untuk Iskandar Zulkarnain kerana kurang tekanan. Tedi harap Malaysia menang melalui Iskandar Zulkarnain dan selepas tu Tedi nak ajak Master balik. Badan dah rasa rimas.. rimas.. aku lemas. 20160520

Piala Thomas 2016: Malaysia gagal ke final setelah kalah kepada Denmark

Imej
Wah, boleh kalah pula pasukan Malaysia, kalah dengan perseorangan kedua, beregu kedua, dan perseorangan ketiga. Semua itu menunjukkan bahawa pasukan Malaysia masih belum mempunyai skuad pelapis yang kuat. Semalam Tedi dikecewakan oleh persembahan Iskandar Zulkarnain yang kelihatan banyak melakukan pergerakan yang sia-sia walaupun semangatnya tampak membara. Selain itu Iskandar Zulkarnain perlu lebih kuat psikologinya, jangan tunjukkan kepada pihak lawan bahawa anda sedang tertekan, dan jangan tunjukkan kepada lawan bahawa anda sedang dalam kepenatan. Jika boleh, lebihkan permainan menyerang, jangan ikut sangat rentak lawan. Smash tu janganlah smash ke bahagian yang pihak lawan selesa, kalau boleh biar sampai dia berpusing nak angkat smash tu, lama-lama dia akan kepenatan juga. Selain itu Tedi kecewa kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak memilih Zulfadli Zulkifli walaupun  ranking beliau lebih baik. Kasihan bagi pemain yang berusaha keras naikkan  ranking tap...

Kecewa.. moga tidak lama

Imej
Kecewa dan tension , itulah yang Tedi rasa ketika ini. Iskandar Zulkarnain terlalu defensive , tak mahu serang apabila ada peluang. Kecewa betul apabila orang yang kita harapkan tidak memenuhi jangkaan, apatah lagi apabila kesilapan yang sama diulangi. Walaupun kalahnya Iskandar Zulkarnain belum tentu bermakna Malaysia akan kalah malam ni, tapi bagi Tedi seolah-olah dunia sudah menjadi kelam. Cuba lagi Iskandar Zulkarnain. Semoga kekalahan ini menjadi pengalaman berguna pada masa depan. Iskandar kalah 18-21

Come on Iskandar Zulkarnain.. love u.. hik hik

Imej
Lee Chong Wei menang, dan beregu pertama dah menang. Kini tinggal Iskandar Zulkarnain cuba mencatat nama dalam akhbar esok hari. Tedi tengok dia ni rajin terbang dan makin bijak membaca permainan, serta lebih berkeyakinan. Tapi kalau dia asyik terbang membabi buta, Tedi gusar dia akan keletihan. Dan pemain lawannya lebih berpengalaman maka dia perlu lebih cool. Go go Iskandae ZulkaZulkarnain... gambate ne...

Malaysia vs Denmark

Imej
Yeay.. lama dah tak excited macam ni. Sekarang tunggu Mommy tiba dari pejabat beliau. Kami bajet nak sampai di RnR Seri Kembangan dalam jam 7 malam. Nak tengok Lee Chong Wei main dalam game semifinal Piala Thomas di mana Malaysia lawan Denmark. Tapi macam sesak la pula jalanraya masa ni...

Popular