Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Google Adsense

Saiz Iklan Paling Bagus untuk Mobile

Imej
Apakah Saiz Iklan Paling Sesuai untuk Mobile? Tedi telah lama berusaha untuk menambahkan pendapatan melalui Google Adsense ni namun masih belum membuahkan hasil. Jadi kalau kawan-kawan rajin, bolehlah tolong menabung di interpretZZ ni yaaa... hehe. Salah satu persoalan yang bermain di benak fikiran Tedi adalah apakah saiz yang paling sesuai untuk iklan Adsense di mobile seperti telefon pintar atau tablet? Tujuan utama adalah untuk meletakkan iklan tapi tidak beratkan laman blog mobile kepunyaan Tedi. Pada tahun 2014 saiz iklan mobile paling menarik bilangan CTR tertinggi adalah 320x100 . Tetapi pada suku ketiga tahun 2014, saiz iklan 320x50 dan 300x50 lebih banyak menarik pelanggan di atas telefon pintar, manakala saiz iklan 728x90 paling banyak dicapai di atas tablet. Saiz iklan yang lebih lebar adalah lebih cenderung menjana pendapatan berbanding iklan yang tinggi. Walau apa pun, saiz iklan terbaik adalah saiz iklan yang sesuai dengan laman anda. 20170116

Kunjungan bulan Oktober

Imej
Tak sangka cempedak jadi nangka... Hehe, tak pernah nak kirim kiriman sebegini cuma kali ni Tedi rasa gembira kerana coretan picisan Tedi pun ada manusia yang sanggup baca. Terima kasih kepada para pengunjung, semoga bacaan anda di sini akan memberikan manfaat. Tak sangka juga dengan kiriman yang tak sampai satu kiriman sehari pun boleh dapat jumlah pengunjung sebegini, tambahan pula tiada cerita sensasi mahupun gosip liar yang Tedi hidangkan. Tak ramai, cuma empat ribu pengunjung sahaja, tapi dah cukup ramai buat diri Tedi yang bukan siapa-siapa ni, hehehe. Di bawah ini pula adalah rekod kunjungan yang dipecahkan mengikut minggu. Kalau tengok angka tu macam setiap orang baca 2 halaman setiap kali melawat. Diharap mereka tidak meluat, menyampah, mahupun bosan membaca coretan di interpretZZ ini. Alhamdulillah coretan Tedi sudah kembali berkisar di sekitar dunia haiwan dengan harapan semoga kita dapat berkongsi hidup di dunia fana ini dengan aman dan damai. Sela...

Popular