Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel komentar

[t13l17] Tunjuk muka di Tv3

Imej
Kemanusiaan Kawan Master Sertai Rombongan Membantu Mangsa Banjir di Kuantan Ceritanya lebih kepada bagaimana terujanya dia melihat kelegaan dan keterharuan pada wajah mangsa banjir apabila mereka dibantu. Walaupun bantuan itu kecil dengan hanya kerahan tenaga membersihkan apa yang termampu. "Tak tergambar perasaan apabila melihat wajah orang susah terharu menerima bantuan" "Susah ke orang-orang kat Kuantan tu?" "Mereka mungkin tak susah sebelum ni, mereka mungkin hidup senang lebih daripada kita, tapi apabila kita ditimpa bencana atau kemalangan, maka jadilah orang susah!" Di sebalik itu kawan Master juga agak kecewa dengan mereka yang memalu gendang hero membantu mangsa banjir, heboh di berita popular TV3 , namun sebenarnya tiada apa! TV3 melaporkan kononnya mereka yang memalu gendang itu menjadi hero ketika ini, pada keadaan banjir masih teruk, membantu mangsa banjir yang kesempitan! "Tahi lembu semua itu!" , kata kawan ...

[t14a21] Khatib, tolonglah petik nombor surah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Khatib adalah mereka yang membacakan khutbah pada hari Jumaat K hutbah yang dimaksudkan adalah khutbah khas sebelum solat Jumaat atau boleh juga khutbah sunat selepas solat sunat Aidilfitri atau Aidil Adha. Selain daripada itu khutbah boleh juga dikatakan sebagai ucapan mengandungi kata-kata nasihat. Maksud khutbah yang sebenarnya tiadalah Tedi maklumi dan Tedi pada malam ini agak kemalasan untuk menyelak kamus. Definisi : (perkataan Arab) pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan . Contoh ayat: Sembahyang Jumaat didahului oleh khutbah . Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/06/khatib-menangis-sebak-baca-khutbah.html Perkataan khutbah ini yang Tedi benar-benar maklumi ia berasal daripada perkataan Arab. Namun jika dikaji lebih lanjut mungkin sahaja ia akan berasal daripada bahasa lain pula kerana manus...

Tutup Periuk Nasi?

Imej
Tadi Tedi baca satu kiriman mengenai perangai kurang ajar seorang peniaga di Pantai Klebang, Melaka. Kiriman bertajuk " Kedai makan popular sebab maki hamun. " itu mengisahkan mengenai sikap biadab peniaga terhadap pelanggan. Pelanggan itu rasa sakit hati dan memuatnaik gambar kedai itu ke dalam media sosial sehingga menjadi viral. Tedi percaya ramai di antara kita berasa teraniaya dek tindakan ramai peniaga di Malaysia ni. Terkadang kita rasa nak hebahkan ke seantero dunia supaya "bakal" pelanggan takkan terkena. Tedi percaya ramai juga di antara kita yang membatalkan niat itu kerana tak mahu "menutup periuk nasi" orang lain. Perkara yang sama juga sering Tedi alami. Selalu bertanya kepada diri, adakah salah jika kita menghebahkan "penganiayaan" yang berlaku ke atas kita supaya pihak lain boleh berwaspada, ata...

Orang berbuat jahat terus dipandang jahat? Ermm...

Imej
Semoga Kak Hana tak marahkan Tedi... hehehe... Ini adalah sedikit coretan Tedi selepas membaca komentar Kak Hana bertajuk   "Orang berbuat jahat terus dipandang jahat." di  http://onitsukahana.blogspot.com/2014/09/orang-berbuat-jahat-terus-dipandang.html . Bukan nak menjawab cuma nak melempiaskan apa yang Tedi terfikir. Persepsi manusia Mereka yang pernah ada buat jahat itu memang sukar diterima walaupun dia berubah kerana manusia sukar lupakan pengalaman pahit. Selain itu manusia juga gemar menyebarkan kesilapan sesama manusia, menyebabkan semakin sukar seseorang itu dipandang baik, walaupun si penyebar itu tidak terkesan pun dek kesilapan bekas si "penjahat" itu. Ketika inilah terserlah sifat pemaaf seseorang, dan Allah SWT ternyata yang paling hebat sifat pemaaf-Nya, kerana apabila seseorang itu bertaubat, dosanya gugur seperti bayi baru lahir. Atas dasar inilah, apabila seseorang "penjahat" itu mahu berubah, dia digalakkan be...

Fireflyz Kota Bharu - Subang kelewatan lagi

Imej
Master inform  Tedi pagi ni yang pesawat syarikat penerbangan tambang murah Fireflyz yang dinaiki kawan Twitter-nya kelewatan lagi. Penerbangan yang terlibat itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , Kota Bharu (KBR) ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah  [ ms ][ en ], Subang (SZB). Menarik untuk dibaca: Fireflyz 2060 (Jumpseat) Perkara ini menyedihkan Master sebab Master sebelum ini mengkagumi budaya kerja kakitangan syarikat itu. Diharap perkara ini tidak selalu berulang memandangkan harga tiket tu pun bukannya teramat murah, mahal jugak .

Popular